keep update with us on facebook!

Thursday, December 30, 2010

ngauman harimau malaya

sekalung tahniah kepada skuad harimau malaya yang berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki ke tanah air. walaupun dipatuk garuda, namun gigitan skuad harimau di kandang sendiri beberapa hari yang lalu sudah cukup bisa untuk dinobat sebagai juara.

rakyat malaysia pastinya suka setelah Najib mengumumkan 31 dec ini sebagai cuti umum yang jatuh pada hari jumaat. moga dengan pengumuman itu membuatkan seluruh rakyat malaysia dapat mengecapi nikmat solat jumaat dengan lebih segar dan khusyuk tanpa memikirkan hal kerja. sekali-sekala dapat juga menikmati nikmat yang dikecapi rakyat kedah kelantan dan terengganu ini.

rasa-rasanya la kan, kita ada menyumbang tak kepada kemenangan malaysia tadi?

waterboy: aku tolong bancuh ayaq kot.

mamak kedai: you makan dekat saya punya kedai sambil layan skrin besar lagi mau tanya ka?

jejakamacho: giler der, gwa lari laju2 dari pejabat, pukul 5 dah masuk stadium, ni ha, poket pon dah rabak. demi harimau malaya der.

yang dekat rumah pulak? ok la kan walau jeritan tu safee sali mahupun brader kutip bola tu tak dapat dengar, tembakan-tembakan doa itu sampai insyaAllah.

walaupun malaysia sedang asyik menyaksikan harimau malaya berentap, masih ada golongan yang tak hirau pun suasana ini. mereka dengan hal mereka. tapi esok bila baca paper terhegeh-hegeh juga nak tumpang bangga. jumaat ni pun mereka nak cuti juga. tak segan ke der?

boleh nampakkan 'level of contribution' di situ?

Dari Nukman bin Basyir katanya,

“Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?” Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan). Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda,

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.
Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.
Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya.
Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.”
Kata Huzaifah RA, “Kemudian baginda SAW diam.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.

agak-agaknya la kan, nanti bila hadith nabi diatas menjadi kenyataan, sistem khalifah kembali dan islam menjadi rujukan alam, ada tak contribution kita kepada kebangkitan dan kejayaan tersebut?

or masa tu kita baru bangga yang kita ni islam? herm...saya bertanya kepada diri saya sebenarnya. kadang-kadang kita perlu berkomunikasi dengan diri. agar apa yang kita fikirkan itu lebih jelas. tak gitu?

sekian.

-mfr5071-

Tuesday, December 28, 2010

kalau namanya muslim

in the name of Allah the most gracious the most merciful

hari ini memang merancang untuk berkongsi sesuatu disini dan sebelum itu sempat lompat dari blog ke blog dulu. nah, hari ini saya 'discover' sesuatu yang mungkin biasa tetapi rasa seperti ditekuk kalau dalam bahasa indon nya (belum tentu betul penggunaannya). al-maklumlah dua tiga hari ini bnyak yang dibacanya bahasa indon. suram saja rasa tapi macam mana pun saya akan tetap berkongsi sesuatu untuk sama-sama difikirkan.

kalau dah namanya muslim, ini bukan muslim si pertahanan skuad harimau malaya tu, muslim yang dimaksudkan di sini ialah individu yang menjunjung kalimah LA ILAAHA ILLALLAH,

Seorang yang menganut islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliah. Dia merasakan ketika dia mula menganut islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliah dan sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada. Dia merasakan bahawa segala sesuatu di zaman jahiliah dahulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan ajaran islam. Dengan perasaan inilah dia menerima hidayah dan petunjuk islam yang baru itu dan sekiranya dia didorong oleh nafsunya sesuatu waktu, atau sekali sekala dia tertarik dengan kebiasaanya yang dahulu, dan kalau dia berasa lemah dalam menjalankan tugas dan kewajipan keislamannya sesuatu ketika, nescaya dia berasa bersalah dan berdosa dan dia merasakan dari lubuk hatinya bahawa dia perlu membersihkan dirinya daripada apa yang berlaku itu lalu dia berusaha sedaya upaya mengikuti panduan yang digariskan oleh Al-Quran.
source: "petunjuk sepanjang jalan"- syed qutb


boleh fahamkan?
mungkin ini sesuai untuk tatapan diri saya sendiri dan buat sahabat yang sebaya dengan saya yang masih dibayangi jahiliyah masing-masing.

sebelum saya mengundur diri, ada buah tangan yang saya sedut dari sokernet selepas arsenal membenam chelsea, ini sempena pertemuan harimau malaya vs garuda malam esok.

"Abang harap kau pula menang esok..."

"Emmm..."


-mfr5071-

Sunday, December 26, 2010

habit kita orang melayu

in the name of Allah, the most gracious the most merciful.

setelah hampir seminggu tidak mencoret, hari ini cuba untuk berkongsi sesuatu yang entah ilmiah entah tidak. anda sebagai pembaca yang tetapkannya. seminggu tidak menulis bukan bermakna sibuk sangat, hakikatnya hampir langsung menganak tirikan IB. berfutsal, menjengah laman bloggers lain, meng'explore' dunia business dan menonton movie. ya saya menonton movie, ketawa haziq 'classmate' saya bila saya meminta link untuk download movie. ada dua movie, sang murabbi dan color of paradise. lebih mengajak otak untuk menganalisa dari membuat batin terseksa.

habit kita orang melayu

banyak kalau nak di 'list'kan habit kita orang melayu ni baik positif mahu pun negatif. cuma saya nak sentuh satu, baca dan kajinya tak nak tapi bila bab mengata kalau tak diajak pun dia nak. mungkin saya tergolong dalam golongan ini. hal ini jelas semasa negara kecoh dengan isu syiah. serabut kepala jika mengikuti isu ini, lebih serabut bila mana saya dan faqir ditugaskan mengkaji tentang hizbut at-tahrir. cetek ilmu itu sudah semestinya lah tapi kelakar bila mana orang kecoh hal syiah, dia pun nak berhujah hal syiah. berhujah biarlah punya fakta dari sumber yang tepat. mungkin kenyataan tersebut menampakkan saya lebih birokrat tapi kalau nak 'smat alec' pun biarlah bertempat.

awas dengan sumber rujukan

ibrah dari pertelingkahan bab syiah di malaysia ini, ianya membuka mata dan minda saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih sumber rujukan. kalau sumberya terus dari al-quran dan hadith mungkin tidak punya masalah tapi sekarang banyak dari kita merujuk kepada internet. nasihat saya, bila kita merujuk biarlah ianya dari sumber yang sah. kalau kata ulama' biar ianya dari ulama-ulama muktabar. kalau buku-buku kita lihat dahulu siapa penulisnya dan lihat sumber rujukannya. saya risau juga sekiranya disepanjang penulisan saya telah merujuk kepada sumber yang salah. sebab itu saya cuba sertakan reference dan para pembaca boleh betulkan saya.

politik

saya bukan nak kritik politik semasa lagi tapi bila dirumah ini internetnya laju, jadi banyaklah laman politik yang saya singgah. yang pastinya kena dari dua pihak agar nanti ada 'claim' dan 'counter-claim'. saya mengesyorkan bagi yang stress untuk lepak di laman politik kerana ianya boleh membuatkan hati anda terhibur melihat badut-badut politik berpencak memaki hamun sesama mereka. apa kaitannya dengan topik? pesan saya, fakta dari laman politik amat dhaif untuk dijadikan hujah atau tak langsung boleh dijadikan hujah. anda perlu kerja lebih jika faktanya dari sumber yang berbenderakan politik. perlu memeriksa sumber hingga ke pangkal. pening politik malaysia sekarang, malaysia ada dua jenis ulama', ulama' umno dan ulama, pas. tak ka serabut kepala.

saya tutup entry saya dengan adegan dari sarkas politik bagi mengurangkan stress para pembaca:

claim: kita satu malaysia, katanya logo satu malaysia melambangkan perpaduan bukannya politik, jadi kenapa kerajaan selangor haramkan? kerajaan selangor takut dengan bayang2 BN
counter-claim: dah 3 thn pas memerintah kedah, gambar ustaz azizan tak leh gantung kat sekolah bawah kementerian pelajaran, katanya politik. tak kecoh kat tv pon. sapa takut sebenarnya?

sekian.

-mfr5071-

p/s: maaf kerana entry yang panjang

Sunday, December 19, 2010

lets make up our mind

anyone here wanna be a billionaire, put your hands up.

i'm pretty sure everybody wanna be a billionaire if they are given the opportunity but do you think you are ready to be a billionaire? do you ever heard there are people that suddenly receive the properties which the value is up to a billion and just after some times they lost it? it is simply because they are not ready to be it. they failed to control their own mind which is a precious gift from Allah. to control our mind is not easy as we control our computer. agree?

here i want to share a technique so called NLP (neuro linguistic programming), one of the technique to control our mind but just one thing to remind the readers, it is just a theory and its depend on yourself to make it applicable. there are five steps on how could we make up our mind to be what we want in the future.

1st: fill up your mind with anything that you want

we always heard that we can achieve on what mind can believe. long time ago, no one of our prophet's companions believe that islam can conquer the costantinople but prophet Muhammad was very optimistic. then eventually the dream comes true even though after hundred years. that kind of faith should have in our spirit, Allah will give what we want, just the matter we dont know when, keep putting the effort and praying.

2nd: say it

you have to make your dream clear. you could say it verbally or say it loudly if you want because our mind will work better with what we say. perhaps this affirmation technique will work well to the egoistic person i guess. you will try all the way to get what you said or you the alphabet 'L' will hang around your forehead. haha. at least you will feel there is something wrong when the things you do not towards what you want. let say you want to lose your weight but you still keep eating what you can eat even though it is the time to do something healthy for instance going to gym. does it make sense to you so far?

3rd: visualize it

you have to visualize your dream. it's quite dangerous i guess. you may end up dreaming but not work for it. haha.

when i was a hockey player, my coach always ask us to visualize about our tomorrow game before we go to bed. make it your dream through out your sleep if possible. imagine how would you play in 70min match. if it's penalty corner how would you deal with it. thats why a discipline player will sleep earlier during the match eve ( which i rarely do but i did visualize). however i never practice this when i representing my college in a football tournament. it is simply because my teammates didnt take it seriously. hang around until late night while ask the other to sleep early. its not worth dude to give a full commitment when you play a sport that require a teamwork. thats why we lost in the final. even people said we deserve to win but i would say no. we dont behave like a champion. as simple as that.

4th: put your emotion into it

as a human, emotion will act as an indicator to burn your desire. according to abraham maslow, emotion will be the main key for the maslow hierarchy of needs. for the businessman perhaps million of profits would motivate them. for the students, getting a great result in exam which represent a good image for islam would be a great reward for them. for the sportsmen, it depends on your philosophy, just wanna win and being praise by the others? lost,there is no such word in my dictionary of sport.

5th: be confident.

you can do it. just do it, bother about the outcome. you scared that you will fail? failure is a key of success. dare to fail dude. if you dont trust your self, who else?

thats all the five steps. perhaps its gonna be useful towards coming 2011.

-mfr5071-


Friday, December 17, 2010

kebejatan politik semasa

setelah parlimen kecoh dek penggantungan 4 orang perwakilan pakatan rakyat, petang ini saya terpanggil untuk berbicara soal politik semasa yang cukup 'busuk' untuk dibincangkan. mungkin saya terlalu mentah untuk berbicara soal ini, al maklumlah hanya seorang pelajar kolej persediaan yang tambahan pula prestasi akademiknya yang agak 'tahi'. namun tak kan kita nak tunggu sehingga segalanya menggangu duit poket kita baru kita nak memaki hamun? 'selfish' sungguh. saya akan cuba untuk tidak menyebelahi mana-mana parti politik di sepanjang penulisan post ini walau hakikatnya sukar dielak.

sekarang ini segalanya ingin di politikkan. segalanya? mungkin sukar untuk mengklasifikasikan mana politik mana tidak kerana suara media hari ini cukup licik. yang remajanya disogok dengan pelbagai hiburan dan golongan pak cik mak cik di kampung dicucuk dengan berita-berita nasional yang kononnya telus lantas menjadi hujah di kedai-kedai kopi. natijahnya segala doktrin yang ternyata berat kepada parti yang menguasai media terus subur dalam kalangan masyarakat.

isu banjir di kedah
baru-baru ini kecoh apabila shahrizat dengan lantang mengkritik kerajaan negeri kedah yang membiarkan rakyatnya tidak mendapat bantuan secukupnya. lantas itu ustaz azizan bangkit mengecam kritikan tersebut. isu ini hangat digemburkan media. seluruh rakyat malaysia memandang serong terhadap barisan kepimpinan kerajaan negeri kedah ini. sedangkan rakyat kedah sentiasa 'cool' sahaja kerana mereka sedar itu hanya mainan politik. sedang kedua parti rancak bertikam lidah, persatuan budha kedah bergerak dari satu rumah ke satu rumah, menghulurkan bantuan makanan dan rm200 bagi setiap rumah. "kami ikhlas nak membantu, ini bukan politik atau apa, kita kena jaga hak sesama manusia." nah, tidak malukah kita?

isu ketuanan melayu
kata-kata DS Wan Azizah dalam kongres PKR yang sedikit sebanyak mengkritik perjuangan dalam memperjuangkan ketuanan melayu pun ingin di politikkan. jika diteliti balik teks ucapan tersebut dengan apa yang ditafsir oleh media ternyata bertentangan. saja ingin membangkitkan sentimen perkauman. saya tidak kata memperjuangkan ketuanan melayu itu salah tapi betulkah kita memperjuangkan ketuanan melayu sedangkan segalanya dirujuk kepada barat? kita bangga suatu ketika dahulu melayu hebat, ya fakta itu tidak dapat disangkal tapi sedarkah kita melayu dulunya hebat kerana segalanya dirujuk kepada islam? zaman kesultanan melayu melaka contohnya. itulah, dalam kelas sejarah jangan tidur. islam dan melayu mempunyai hubungkait yang cukup kuat. lebih banyak pembacaan dan kajian perlu dibuat jika ingin berbicarakan isu ketuanan melayu ini.

isu air
isu ini sebenarnya hangat diseluruh malaysia. dan mungkin saya akan menjadi agak 'bias' bila membicarakan isu air ini kerana saya mempunyai fakta yang agak 'convincing'. ya, bila kerajaan kedah hebat dihentam oleh kerajaan pusat melalui media arus perdana, saya tidak cepat melatah. sememangnya rasa seperti ada yang tidak kena dan tanggapan saya itu tepat. kedangkalan rejim najib terserlah. tidak saya sangka kepimpinan yang diketuai graduan oxford sebodoh itu dalam memutarbelitkan fakta. penswastaan dan pengkorporatan pun boleh disalah ertikan. saya pun belum jelas dengan istillah ini tapi mana mungkin barisan kepimpinan negara pun tak dapat membezakan istillah itu. dari JBA dikorporat menjadi SADA, namun tarif air kekal pada harga 40 sen seliter padu sejak 1983. so what? negeri si menteri yang mengkritik kedah pun tarif air nya 90 sen seliter padu. sewaktu BN memerintah kedah, air di langkawi diswastakan. kos sebelum diswastakan 70 sen seliter padu dan selepas diswastakan menjadi rm1.92 seliter padu. kenapa tak kecoh? sekarang kedah berhutang 1.6 billion kepada kerajaan pusat hasil tinggalan 50 tahun pemerintahan pembangkang BN. ada disebut di media?

saya rasa cukuplah tiga isu ini saya ketengahkan. para pembaca boleh membuat kajian atau menyemak sekiranya fakta saya itu silap. cuma pesan saya, kita perlu membaca dari pelbagai sumber atau kita akan diperbodohkan. timbanglah dengan baik setiap berita dan fakta yang dihujahkan. jangan menjadi terlalu dungu dengan menerima sahaja apa yang disuap oleh media. mungkin kita disibukkan oleh kerja seharian namun mungkin masa yang diperuntukkan untuk dota dan cerita korea boleh kita ganti untuk peduli hal disekeliling kita.

sekian.

-mfr5071-

p/s: ini belum lagi isu APCO, WikiLeaks dan konsep 1Malaysia.

Thursday, December 16, 2010

ekspedisi memancing

coretan kali ini mungkin berkisar tentang pengalaman ekspedisi 2 hari 1 malam ke Yan, Kedah. Sungguhpun pulau bunting hanyalah projek terbengkalai pembangkang barisan nasional di negeri kedah, ianya mengukir pengalaman berharga. mungkin pembaziran jutaan ringgit di sebalik projek terbengkalai ini yang tidak pula menjadi perhatian lensa kamera boleh dijadikan isu hangat para pengkritik politik, namun lebih banyak perkara lain yang lebih bermanfaat untuk dibincangkan selain daripada bahana politik 'busuk' malaysia ini.
ekspedisi yang disertai 9 orang sahabat berkenderaan 4 buah motosikal dan sebuah kereta ini bermula hanya dicetuskan dengan satu mesej ringkas dan disusuli dengan respon setuju.

perjalanan bermula sesudah zohor, menuggang motosikal bertemankan pisang goreng panas dan berlatarkan sawah padi sungguh mengasyikkan. ketibaan ke kampung yang namanya tidak pula diambil kisah oleh kami disambut oleh 'tok wan', ketua kampung berkenaan. ketika itu kami berenam, geng kereta bergerak berasingan dari sungai petani.

berhidangkan rokok daun, kami bersembang-sembang dengan tok wan. sungguhpun hanya dua tiga orang sahaja yang merokok, yang lain hanya menghabiskan daun sahaja termasuk saya, eksyen orang kedah kata. haha. ada beberapa bahasa 'pancing' yang tidak difahami(seorang sahaja antara kami yang kaki pancing sebenarnya, yang lain menyemak sahaja). antaranya..
tok wan: hari ni berapa haribulan? 8 masuk 9 kan?
uzair: ha, malam ni 9hb.
aku:(sambil melihat jam) eh, ari ni bukan 14hb?(monolog dalaman)
tok wan: hampa mai silap hari, malam ni ayaq mati(air tak pasang)
uzair: hang xyah dok buat muka heran pait, orang mengail ni sembang kalendar hijrah, mana layan masihi.
aku: wow

pengalaman pertama memancing di laut

namun petang itu kami menghabiskan masa memancing ikan semilang berumpankan 'mentarang', hari itu juga aku baru belajar memasang joran dengan sempurna dan berkenalan dengan mentarang. walaupun masih terkial kial memasang kail, Alhamdulillah kami pulang dengan 5 ekor semilang.
malamnya selepas isya' dan makan malam, kami berangkat ke jambatan yang merentasi laut ke pulau bunting. panjangnya 3km mungkin. bertemankan cahaya bulan yang separa penuh dan angin laut yang menggigit, kami hanya menanti walaupun tidak mengharap sangat kerana air masih belum pasang. sekiranya benar air mati, maka ber'camping'lah kami, bukannya memancing. takjub dan kagum memikirkan sistem pasang surut ini. Subhanallah.

sekitar pukul 2 pagi, semua kail telah dilempar ke dalam laut, kerana ombak dipantai mula kedengaran dan angin pun semakin kuat, tanda air mula pasang. empat dari kami sudahpun tidur berbungkuskan kain pelekat. sejuk. kami tekun menanti respon dari joran yang telah dipasang loceng. akirnya menjelang 5 pagi kami semua tewas, ada yang melarikan diri kedalam kereta manakala saya dan dua lagi rakan mendirikan khemah. sekurang-kurang dapat mengelak dari kesejukan angin. tahniah kepada zarul, ipin dan ckgu lat yang masih tegar tidur berlapikkan kanvas(kami tidak kejutkan mereka sebenarnya,haha)
kami berkemas pulang ke rumah tok wan bila azan subuh kedengaran. hanya anak gelama yang mengena. sesudah subuh tok wan menjamu kami kopi o panas. kami semua kaget..

safwan: wow,kopi o panas kot weh. terbaek. rasa macam 'orang lama'
uzair: besa. dah nak masuk 20 kot kita, tak yah dok bajet muda. haha



safwan masih dgn kopi o nya. maybe terpikat ketika sarapan pagi tadi. penangan kopi o tok wan. haha


kalau dah orang lama, cukup berpengalaman
sesudah zohor kami pergi memancing lagi. sedang kami memancing datang seorang pak cik, petang semalam hampir 10 ekor pancingnya mengena.

pak cik: kena dak lagi?
kami: dak lagi pun, sejam pi dah.
pak cik: ayaq tak beralun hari ni, ikan tak berapa nak ada. dia mau ayaq macam kelmarin baru klia

kemudian dia lepak di pondok sambil hisap rokok daun tanpa melempar kail ke laut. kami masih tegar menanti penuh harapan. lepas beberapa ketika, angin mula bertiup kencang dan pak cik tu pun bangun dan melempar kail. beberapa minit kemudian orang bersorak. kail pak cik itu mengena. cis, kalau dah orang lama.
petang itu kami pulang dengan hanya 2 ekor semilang. setelah berkemas dan bersalaman dengan tok wan, kami berangkat pulang. entah bila pula akan kembali.

8 + 1 = 9.


-mfr5071-

Thursday, December 9, 2010

muqaddimah 1432

cuti semester telah menjengah hari ketiga. bertemankan gerimis subuh dan kesejukan angin yang menggigit ini, hati dijemput untuk mencoret sesuatu disini, menulis dari bumi Melaka, bandaraya bersejarah. Terasa kekok sebenarnya untuk kembali menulis setelah agak lama tapak pembinaan ini berhenti beroperasi.

"duduklah bersama kami, kita beriman sejenak"-mu'az ibn jabal

mari sama-sama kita menyahut seruan mu'az ibn jabal. kita baru saja melangkah ke tahun 1432 hijrah, kalau dikira sejak 1412h, usia saya pun sudah menghampiri angka 20 dan sejak 2007, sudah hampir 4 tahun bergelar 'blogger'.

sebagai muqaddimah tahun baru, saya kembali menyelak helaian muqaddimah kitab almuntalaq karangan syeikh muhammad ar rasyid kerana di dalamnya terkandung pesanan yang berguna terutamanya tentang seni dakwah yang saya kira perlu diambil perhatian oleh rakan-rakan yang berkecimpung dalam dunia blog ini. tidak perlu rasa 'inferior' bila mendengar perkataan dakwah itu, selagi mana kita menulis hal kebaikan bertujuan untuk memberi kefahaman dan mengajak kearah kebaikan, itulah dakwah walaupun sekadar berkongsi pengalaman diri.

cuma apa yang cuba ditekankan dalam muqaddimah al-muntalaq ini ialah perlunya kekuatan hubungan dengan Allah (HDA) untuk memastikan keberkesanan penyampaian kerana hanya aqal yang memahami, hati yang bersih dan orang yang yakin dengan kebenaran yang dibawanya sahaja boleh mengungkapkan kata-kata yang benar dan kekal. diluar logik akal kata-kata mu'az ibn jabal diatas mampu kekal hingga hari ini walau dahulunya tiada teknologi untuk merakam kata-kata tersebut. kuncinya ialah HDA. Allah jualah juga yang membuatkan kata-kata itu tersemat di hati hamba-hambaNya yang terpilih.

justeru saya mengajak hadirin rakan-rakan bloggers untuk memberi nafas baru dalam setiap bait yang bakal kita coret pada hari-hari mendatang. biarkan ianya menjadi pelaburan yang bermanfaat 'disana' kelak.

akhir kalam, teruskan menulis walau hanya berkongsi pengalaman diri. saya pun kembali menulis dengan azam baru dan dengan harapan akan lebih teratur (munazzhamun fi syu'nihi). ada beberapa perubahan sempena tahun baru ini. walau tidak sehebat langitilahi.com tapi tetap ada. tiada publisiti tentang perubahan itu. cari dan kesanlah sendiri.

sekian.

-mfr5071-

reference: muqaddimah al-muntalaq, muntalaq.com

Tuesday, December 7, 2010

salam ma'al hijrah

Assalamualaikum semua, tapak pembinaan akan kembali beroperasi seperti biasa bi iznillah. Bersempena dengan sambutan ma'al hijrah hari ini, saya tidak mahu menulis panjang, cuma ingin berkongsi sepotong kata sebagai madah muhasabah. disedut dari blog seorang rakan untuk tatapan pembaca disini.

Berkata imam Al-Ghazali: " Jika engkau mengikuti jejak para imam kuatkanlah
dirimu untuk terima segala musibah, bertenang dalam menaggung kepahitan, sifat
sabar terbentang dalam dadamu, lisanmu perlu dikunci, matamu perlu dikawal,
rahsiamu disembunyikan, hanya dilihat oleh Tuhanmu sahaja, namamu jangan
terkenal, mulutmu tersenyum, perutmu lapar, hatimu luka, hidari dari terkenal,
pangkatmu dipendam, setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,
sedang hatimu menurut. Siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai, malam mu rindu
Tuhan sepi dari pandangan. Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat
yang padanya sulit sekali untuk mencari jalan.."

source: purplecitronella.blogspot.com

sekian.

-mfr5071-

p/s: saya sedang blog hopping mengumpul data untuk math portfolio. so rakan-rakan, maaf menyemak di ruang komen blog anda. tiada diskriminasi terhadap subjek lain, outline for english individual oral dalam proses. peace=)

Thursday, November 18, 2010

pengumuman

tarikh: 19.11.2010
atas beberapa masalah dan kesulitan
jurutera tapak pembinaan membuat keputusan untuk menutup tapak pembinaan ini buat sementara waktu.
tempoh masanya tidaklah diketahui
dijangka akan memakan masa yang lama
mungkin HDA connection dan beberapa aspek lain yang perlu diselenggara
pengumuman dibuat sekadar pemberitahuan
agar tiada yang mengecam jurutera tapak pembinaan ini
akibat membiarkan tapak pembinaan ini terbengkalai
meskipun sedar tiada siapa yang menghiraukan hal ini
-mfr5071-
juruteraa tapak pembinaan.

air mata di pagi aidil adha

ini kisah hari raya aidil adha. meskipun pada malam 10 zulhijjah, diri ini langsung tidak merasakan yang esoknya hari raya qurban. mungkin kerana suasana suram di kedah akibat banjir, tak banyak lembu yang di kurban tahun ini. di rumah tok saya, ibu kepada ayah saya buat julung kalinya tidak melaksanakan ibadah kurban. tahun-tahun sebelumnya kurang-kurang dua ekor.

seusai solat hari raya, saya menghabiskan masa di depan tv, bersama tok saya. sama-sama menonton dokumentari orang melaksanakan ibadah haji di makkah sambil tok saya berkongsi pengalamannya menunaikan ibadah haji suatu ketika dahulu, sekarang beliau sudah uzur tapi caa beliau bercerita macam baru saja pulang dari tanah suci itu. walaupun usia entah saya tak tahu berapa, ingatan pun telah luput, tapi kenangan di tanah suci masih segar, saya mendengar cerita yang siap disertakan dengan bacaan yang perlu dibaca. saya terdiam kagum.

sedang asyik menonton, air mata ini mengalir. tidak dapat dinafikan saya memang mudah mengalirkan air mata. teringatkan tok saya yang seorang lagi, ibu kepada mama saya. beliau telah kembali ke rahmatullah ketika saya darjah enam, tidak sempat melihat slip upsr saya. saya antara yang paling rapat dengannya. orang yang selalu mengingatkan solat saya.

masih segar diingatan, saat beliau handak berangkat ke tanah suci, tika sanak-saudara mengirim beli itu dan ini, langsung tak dihiraukan. duit dibawa sekadar perlu sahaja. katanya, pergi makkah ni nak menunaikan rukun islam, nak beribadah, nak menghadap Allah.

beliau menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya, di hospital alor star, waktu maghrib, malam jumaat. saya tak lupa itu. saya tahan untuk tidak menangis, kerana saya tahu beliau telah lama menanti saat itu, saat bertemu dengan Penciptanya. saya bersama jenazah beliau sehingga selamat dikebumikan. proses menyimpan jenazah tidak sukar, kerana semuanya telah disediakan. telekung baru, wangi-wangian dan naskhah alquran 30 juzuk untuk diperdengarkan kepada beliau sebelum ke liang lahad semuanya telah tersedia lengkap di dalam almari. ya, memang benar beliau merindui saat itu, dan beliau betul-betul telah bersedia.

kini saya merenung wajah tok saya yang masih semangat berkongsi pengalaman beliau. wajahnya telah dimamah usia. hanya menanti masa. cuma antara saya dan dia, tidak tahu siapa dahulu yang dijemput. persoalannya, dia mungkin sudah bersedia, bagaimana pula dengan saya?

sekian, detik berharga di pagi aidil adha walaupun bertemankan air mata.

-mfr5071-

Monday, November 15, 2010

bila ikan bersidang

dicelah hingar pekikan suara peniaga dan suara pembeli yang sedang tawar menawar, parlimen ikan sedang bersidang di atas sebuah meja yang agak dingin kerana dihiasi longgokan-longgokan ais.

ikan 1: ini tak boleh jadi!! kaum manusia sudah melampau, kerana mereka ramai sanak saudara kita syahid di dalam tong sampah.
ikan 2: bawak bersabar Yang Berhormat, kita boleh berbincang macam mana nak selesaikan masalah ini. jangan cepat melatah.
ikan 1: saya bukan melatah, baru-baru ini saya menerima laporan dari informer kita, nun jauh di tengah ladang kelapa sawit sana, banyak riwayat kaum ikan berakhir di dalam tong sampah. dah tu, bukan kata nak cuba menjamah walaupun sedikit, tengok ikan pun tak nak. dengar saja ikan, terus melencong ke cafe, ayam juga yang dicari mereka.
ikan 2: bertenang Yang Berhormat, mungkin kita dijual dengan harga yang mahal.
ikan3: bertenang biar bertempat, masalahnya sekarang, kita bukannya dijual tapi diberi percuma!!! bukankah itu sudah keterlaluan?? tak kan nak kena tunggu sampai kebulur baru nak cari ikan!!

kedengaran bunyi ketukan meja tanda sokongan ahli parlimen yang lain.

ikan 2: mungkin kita boleh lancarkan kempen kesedaran tentang khasiat ikan. mereka tidak tahu yang kita boleh membekalkan hampir 70% protein yang boleh berfungsi membina tisu dan organ dalaman seperti jantung dan otak.
ikan 1: sampai bila kita nak membazirkan duit berkempen?? kalau dah dasar manusia tak reti bersyukur,kononnya mereka punya hak memilih, tak sedarkah mereka duit poket mereka pun bukan duit mak bapak mereka sahaja, duit rakyat jelata juga.
ikan 2 : Yang Berhormat, jaga adab dalam berbicara. bukankah kita diajar untuk bersangka baik. mungkin mereka allergic ikan. lagipun kalau nak menegur biar berhikmah, jangan mencarut tidak tentu hala.
ikan 1: eh, Yang Berhormat yang beriya-iya membela si manusia tu kenapa? dah berapa banyak mereka 'suap'?
ikan 2: astaghfirullahala'zim... bukan begitu. apa daya kita nak menghalang hak manusia. kita hanya makhluk yang diciptakan untuk memberi manfaat kepada mereka. jika mereka menolak, apakan daya. berserah sahajalah kepada Allah, yang menciptakan kita dan mereka.
ikan 4: betul kata Yang Berhormat ikan 2 tu, sama-samalah kita berdoa agar mereka diberi pengajaran yang setimpal. setidak-tidaknya suatu hari nanti mereka akan sedar kepentingan kewujudan kita di bumi ini.

seluruh parlimen ikan mengaminkan doa Yang Berhormat ikan 4 itu.

parlimen bersurai.

-mfr5071-

Thursday, November 11, 2010

congratulation

this post i dedicated to my youngest brother. i dont know whether he will read or not but he is one of my follower.

firstly i have to admit that i'm not a good brother. i may contribute nothing for this excellent achievement. congratulation for getting 5As in UPSR. i'm proud of it. lets continue our delegacy. lets show the people that the sportsman can excellent in sports and academic.

now is the time for you to choose where is your next stop.MRSM or SBP. its hard to choose because the place is limited but trust me, you may choose. i know i'm still nobody without any title yet but this is faiz. people may not know who am i but you may no me better.

here i wanna share something. at least you have something to think about your next destination. when i was at your situation, i wish i could enter mrsm and i can if i want but mama wanna me to enter sains pokok sena, which is just in front of our house. i dont like that decision, i wish i could be in somewhere far away from home. and luckily i got the offer from sains kedah in sg petani. although not really far, at least it is 1 hour from our house.

now i'm very grateful i'm not the mrsm student. haha, i dont want to mention it here why i said so. just to be fair.

i think thats all. again, congratulation muhammad aiman b. rodzi for getting 5As. always pray that the number of As will keep increasing.ameen. here is a quotation for you as the end of this post.

"i already filled up two out of four boards in sains kedah
main hall. you may filled another two or just filled up the same boards. i dare
you"
-your brother-

-mfr5071-

Wednesday, November 3, 2010

i'qab

rasa macam baru semalam, alunan merdu ayat-ayat suci Sang Pencipta menghiasi subuh yang hening. namun sebentar tadi aku tewas, dan sekarang aku kembali menghadap yang Maha Pengampun.

"hipokrit!" getus hatiku bersendirian.

tubuh yang masih dibasahi air wudhuk kini bersandar di tiang masjid. memerhatikan manusia lain yang khusyuk menghadap Allah. waktu solat lambat lagi sebenarnya, cuma sahaja ingin mencari ketenangan.

"aku faham maksud futur, aku faham ayat 8 surah as-syams, tapi kenapa aku masih tewas dengan pujukan nafsu" aku terus bermonolog sendirian.

"mungkin kamu manjakan sangat diri kamu ya syabab" terngiang suara itu seolah memberi respon kepada monologku.

"manja?" aku terus berkomunikasi, walau tidak tahu dari mana datang suara itu.

"ya, manja. apa yang terlintas di fikiran, kamu turuti. kononnya punya faedah, dapat membentuk fikrah islamiah. kamu dah timbang berapa fikrah islamiah, berapa jahiliah?' aju suara tersebut.

ada benar apa yang dibicarakan suara itu. hati ini tersentak.

"jadi bagaimana?" aku bertanya kembali tanpa menjawab soalan yang ditanya.

"mungkin sudah sampai masa berjinak-jinak dengan perkataan i'qab."

"i'qab? menghukum diri?" retorisku spontan.

"ya. pernah dengar bukan? ilmu tanpa amal umpama pokok tidak berdaun. sedangkan para sahabat mengi'qab diri. tujuannya sebagai tarbiah membentuk akhlak islamiah."

i'qab atau melayunya menghukum. pernah dengar dalam halaqah yang entah bila tarikhnya. benarlah, setiap teori perlu disertakan praktikalnya. baru ilmu itu bermanfaat.

"mad, bangun mad. dah subuh!!" kedengaran suara lain sambil diiringi ketukan pintu.

"Astaghfirullah...mimpi rupanya aku. ya, ya, dah bangun ni, terima kasih tolong kejut" sambil menyahut suara sahabat yang datang mengejut diri ini untuk sama-sama berjemaah di masjid

sambil bersiap-siap ke masjid, mimpi tadi masih bermain difikiran.

"ya Allah bantulah hamba Mu ini, berilah petunjuk dalam setiap kerja buatku" doaku sambil kaki ini cergas melangkah ke masjid, sambil tangan mengetuk pintu-pintu yang dilalui, sambil memanggil nama-nama sahabat lain yang disayangi.

i'qab, teori yang mungkin praktikal untuk mentarbiah diri.

-mfr5071-

*olahan pengisian berkenaan tazkiyatun nafs. assif kalau ada salah dalam penggunaan istillah.

Friday, October 29, 2010

kami peduli

hujung minggu berkunjung lagi. setelah seminggu berhempas pulas dengan ee, akhirnya selamat dihantar draf yang pertama walaupun secara teknikal banyak cacat celanya, tapi apa yang ingin difokuskan ialah intipati kajian. InsyaAllah draf kedua akan lebih sempurna.

post kali ini sebenarnya ingin mengajak rakan-rakan bloggers membaca sebuah artikel. yang saya klasifikasikan perlu dibaca. klik sini

pedih hati ini. kadangkala rasa geram. bagi saya, cadangan melaksanakan 'economic transformation program"(ETP) itu bakan menyerlahkan lagi kebodohan dan kedangkalan barisan pemimpin hari ini.

saya tahu saya bukan pakar dalam bab ekonomi, malah saya juga bukan pelajar subjek ekonomi. namun akal saya ini tidak dapat menerima idea untuk membangunkan ekonomi dengan menjadikan negara ini sebagai hub hiburan.

akhbar-akhbar tempatan sentiasa kecoh dengan kes pembuangan bayi, remaja lari rumah dan baru-baru ini seorang gadis 12 tahun mati jatuh bangunan ketika melarikan diri apabila diserbu sedang melakukan seks bersama 3 lelaki. KERAJAAN PUSAT sibuk membahaskan solusi nak menangani isu ini, tapi keluar pula idea ETP ini. bengong sungguh.

berbaloikah mengejar kemewahan yang kononya untuk rakyat dengan mempertaruhkan masa depan anak muda negara ini?

kenapa, negara kita ni sesak duit sangatkah wahai pemimpin-pemimpin negaraku? kalau dah sesak sangat, tengok la balik ke mana duit tu dibelanja...tak belajar cashflow forecast kah? tak kan tak belajar kot...kami yang budak IB ni pun belajar, inikan pula menteri.

saya tahu saya antara yang menghabiskan duit negara kerana saya pemegang biasiswa. saya memohon ampun kepada Allah sekiranya nanti mereka yang bersekongkol dalam melaksanakan ETP ini menjadikan alasan sebagai menaja pembelajaran saya menyebabkan negara kehabisan duit dan dengan menjadikan negara ini hub hiburanlah solusinya. saya rela biasiswa saya ditarik kalau itu lah puncanya.

maaflah kalau cara saya tulis ini macam keterlaluan sedikit. kalau lah pak bijan baca post ini. saya syorkan dia klik link yang saya letak di awal post tadi. baca komen disana. bertapa rakyat malaysia peduli akan idea ETP ini.

teringat doa imam masjid di kampung saya pada setiap hari jumaat, sebuah masjid PRO KERAJAAN NEGERI KEDAH,:

Ya Allah, Kau berilah petunjuk kepada raja dan pemimpin kami, agar mereka memimpin negara ini dengan berpandukan Al-quran dan sunnah nabi. Kau singkirkanlah PEMIMPIN-PEMIMPIN yang mengkhianati syariatMu ya Allah.

pesanan saya kepada barisan pemimpin negara, walaupun mustahil sekali kalian membaca. ingatlah, mungkin kalian punya kuasa, bebas memutuskan apa sahaja. buatlah. buatlah apa yang kalian suka, tapi jika ia berkait dengan islam, membabitkan imej dan reputasi islam, kami tidak akan duduk sahaja. nescaya akan ada yang bangkit menentangnya.

we wait for genuine future leader, that will fight for ummah, for islam. not just wait, we work for it. takbir...Allahuakbar!!!

-mfr5071-

Wednesday, October 27, 2010

akhlak dan ibadah

sebagai peringatan. kadang-kadang kita mudah terlupa. peringatan untuk saya dan orang yang membaca.

Beberapa orang telah datang kepada Rasulullah SAW. Mereka berkata ' wahai
Rasulullah, fulanah terkenal rajin mengerjakan solat, berpuasa dan berzakat.
Hanya saja, ia sering menyakiti tetangganya'.

Rasulullah menjawab, ' Dia di neraka.'

Lalu disebutkan pula ada wanita yang solat, puasa dan zakatnya biasa-biasa sahaja, tetapi ia tidak menyakiti tetangganya.

Maka Rasulullah menjawab, 'Dia di syurga.'

(riwayat Ahmad, Al hakim & Al Haitsami)

akhlak dan ibadah perlu seiring. dalam keghairahan beribadah bagi memperbaiki HDA, jangan dilupa hak sesama muslim.

sekian.

-mfr5071-

*sedut dari kedai mamak

*HDA = hubungan dengan Allah. (saja rindukan term ini)

Saturday, October 23, 2010

saya ada telefon bimbit

petang ini sunyi dan tenang sahaja. ramai yang balik dan ada yang keluar ke alamanda. tinggallah aku yang malas di kolej ini. ya, saya mengaku saya malas dalam segala perkara. kemalasan itu yang membuatkan kaki ini belum pernah menjejakkan kaki ke alamanda. pekan banting pun baru dua kali sahaja. EE tak siap-siap juga.

sambil berusaha menyiapkan lab report physic, tertarik kepada sebuah gajet hitam di sebelah bantal. oh,saya punya handset rupanya. ada macam tak ada sahaja. setelah dibelek dan diselongkar, inilah hasilnya. pesanan-pesanan dari orang yang sayangkan saya. merekalah insan yang bergelar sahabat.

"hati yang bersih ibarat nur yang memancar, dimiliki oleh insan yang
benar-benar meletakkan Allah di hadapan,malaikat di kiri dan kanan dan matlamat
islam di sekelilingnya. hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling
lembut terhadap saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling cekal
dalam beragama" - saidina Ali

"kesolehan akhlak bermula dari kesolehan hati. kefasadan akhlak berpunca
dari fasadnya hati. islahlah hati dengan amal ketaatan dan kebajikan( hati raja
kepada amal jasad). tiada yang selamat bertemu Allah melainkan orang yang
membawa hati yang sejahtera"

terima kasih sahabat.

"ukhwah adalah kesatuan roh, jalinan hati dengan hati, minuman yang bersih
dari Allah untuk hambanya yang beriman. dengan spontan rasa cinta bergerak dan
mengalir bersama darah, bersinar dalam wajah"- sheikh Abdullah Nasih Ulwan

mesej-mesej di atas membuatkan saya rasa bersyukur. dianugerahkan sahabat itu satu hal, tetapi sekurang-kurangnya handset saya punya fungsi untuk dekat dengan Dia, walaupun telah retak skrinnya.

sekian.

-mfr5071-

Wednesday, October 20, 2010

chill

kebelakangan ini kepala memang sedikit pusing. kelam kabut jadinya. saya bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang sentiasa ceria. tidak emo walaupun hakikatnya tertekan dengan segala macam dugaan menimpa.

EE, TOK essay, IOC dan banyak lagi. namun dota tetap dota, hebat betul mereka menghayati makna istiqamah. terpulanglah, cuma harapnya hubungan dengan Allah sentiasa dijaga.

dalam kesibukan ini, tertarik dengan sebuah hadith,

Nabi SAW bersabda, kalian tidak akan disenangi banyak orang dengan harta kalian. Buatlah mereka senang dengan wajah ceria dan akhlak mulia. (alBazzar dan abu ya'la)

moga mendapat manfaat.

doakan saya tidak dissolve dalam kesibukan ini.

-mfr5071-

Sunday, October 10, 2010

english proficiency

this post could be influenced by the past 7 hours of my ielts class.

attending the ielts class for about 3 to 4 hours per day is one of the tedious moment of the day. you may try to plan something so that the class the class would not be perfect 4 hours. for instance come 10 minutes late to class and take a break for 15 minutes even the teachers said you can take a break just for 5 minutes.

i would say that i'm one of the student who behave like that but i'm just stealing for about less than 10 minutes overall. stealing? when i think a suitable word to use in wrtiting this post then i realize that stealing is something that is certainly prohibited, am i right? so something to ponder upon guys.

then back to the intention. sometimes we attending the ielts class just for the sake we dont want to fail the exam and have to reseat the exam and pay about rm600.

here i wanna share something. if i'm not mistaken, there is a hadith in a book of "kenapa saya menganut agama islam" by Fathi Yakan, which said about learning other language but i forgot the exact meaning of that hadith. the meaning is more or less said, our prophet once said, it is better for you to learn and be proficient in more than one language especially the jews language. readers, do correct me if i'm wrong. this is base on my reading about 3 years ago.

so i hope, with that hadith all my friends and i will be more sincere and encourage in attending our next ielts class. same goes to our english sl class.

my memory is still fresh with the experience during world ijtima' ulama' at masjid klia last year. how the speaker can convincely speaking and make all the audience into tears eventhough he is not a native english speaker. subhanallah.

i wish i could be like him. all depends on our effort and Allah will.

till the next knowledge. tq.

-mfr5071-

Thursday, October 7, 2010

hamba Allah yang sejati

petang tadi, sementara menunggu untuk berhalaqah dengan year 1, terkenang tentang sebuah pengisian ilmu yang cukup berguna. pengisian yang disampaikan oleh akh faqih, di bilik azuan, pada malam minggu. kisah ini kisah tahun lalu tapi ilmu tetap ilmu, tiada tarikh luputnya.

jadi malam ini, ingin saya sebarkan ilmu itu disini, sambil memuhasabah diri dan mengajak kalian semua menjadi hamba Ilahi. sebuah pengisian tentang ciri-ciri ibadurrahman yang termaktub dalam surah al-furqan, ayat 63-74.

berikut saya sertakan terjemahannya disini. bacalah sambil mencermin diri.

  • "(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati" [63]
  • "Dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan." [63]
  • "Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Rabb mereka." [64]
  • "Dan orang-orang yang berkata, 'Ya Rabb kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasan yang kekal."[65]Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman." [66]
  • "Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." [67]
  • "Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah." [68]
  • "Dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar.[68]"
  • "Dan tidak berzina [68]"
  • "Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu. [72]"
  • "Dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya." [72]
  • "Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Rabb mereka, mereka tidaklah menghadapi nya sebagai orang-orang yang tuli dan buta." [73]
  • "Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa." [74]

indah bukan? itulah alquran yang terkandungnya segala. serba lengkap. cuma kita sahaja yang leka dan alpa.

ayuh sama-sama mengkoreksi diri.

berusaha menjadi hamba Allah yang sejati.

-mfr5071-

Saturday, October 2, 2010

barang murah!!!

pagi yang dingin. hujan renyai-renyai membasahi bumi. seperti biasa, mata ini sentiasa liar memerhati gelagat manusia. cuma pandangan perlu ditapis dengan tapisan iman.

sekilas pandang, satu perkataan yang dikira sesuai sebagai konklusi kepada suasana pagi ini ialah "murah". mungkin kasar tapi itulah konklusi spontan.

saya rasa bukan saya seorang saya sahaja kata murah. boleh saja anda semua mendengar bisik-bisik kedai kopi yang membicarakan tentang harga runtuh ini. tak ubah seperti mak cik - mak cik bergosip tentang year end sale.

lantas teringat pula kepada sebuah dialog yang famous suatu ketika dahulu

"barang free sapa tak mau bai.."

monolog dalaman untuk hari ini:

"cik adik, nape lengan baju panjang sangat?(ada la 2,3 cm dari sleeveless), kalau lengan cik adik hitam macam lengan saye mesti cik adik pakai long sleeve kn? tapi tudung pakai la pulak...nape ek? botak tengah ke? ke...dah beruban?"

saya halalkan ayat saya di atas untuk diguna pakai. saya hanya mampu bermonolog. saya kan pemalu orangnya. haha.

ada yang terasa panas dengan post saya kali ini? harapnya tidak. kita yang meletak nilai kepada diri kita. sama ada semurah segelas air suam ataupun semahal _______(isi sendiri)?

herm. entahlah. dunia...dunia.

Wednesday, September 29, 2010

langkah pertama

setiap perkara yang berlaku pasti bermula dengan langkahan pertama.

ulama' berkata :

“Pandangan adalah awal dari segala kemaksiatan yang menimpa seseorang. Kerana pandangan akan melahirkan lintasan fikiran, lintasan fikiran akan melahirkan idea, idea akan melahirkan keinginan, keinginan akan melahirkan kehendak, kehendak akan menguat menjadi tekad, dan tekad akan menghantarkannya kepada perbuatan dosa, dan perbuatan dosa ini akan menjadikan seseorang itu terbiasa melakukannya sehingga sangat sukar untuk meninggalkannya.”

nasihat saya, jangan cuba mulakan sebarang bentuk maksiat walaupun sekadar mencuba. akibatnya parah. anda akan memerlukan kekuatan luar biasa untuk keluar dari kancah maksiat tersebut.

sekadar perkongsian ringkas.

-mfr5071-




Saturday, September 18, 2010

no title

i'm leaving to my college tonight.

don't feel sad at all to leave my home

i enjoyed my holiday.

Ranjau Sepanjang Jalan and My Fairlady are done.

math portfolio is half way.

physics and math handouts are not done yet.

zero progressed on my ee.(memang cari nahas)

thats all i can said.

others are just between me and Allah.

-mfr5071-



Friday, September 17, 2010

review: ranjau sepanjang jalan

karya tulisan Shahnon Ahmad yang berlatarbelakangkan Kampung Banggul Derdap, Sik, Kedah ini ternyata dapat membuka minda siapa sahaja yang membacanya.

Bertemakan kesusahan hidup yang dialami oleh sebuah keluarga dalam usaha mendapatkan sesuap nasi. Jerih perit kehidupan sebelum benih padi menjadi sebutir beras perlu difikirkan oleh anak muda kini yang dengan mudah menolak hidangan yang disediakan kerana tidak menepati selera. mungkin kita tidak nampak kesusahan petani bertungkus lumus menghasilkan walau sebutir beras. ya,mungkin kemajuan teknologi menjadikan proses menuai padi lebih mudah tapi ingatlah ianya tidak semudah mengeluarkan duit dari kocek untuk sebungkus nasi.

sekarang di utara tanah air musim para petani menuai hasil padi masing-masing. mesin-mesin padi sedang galak di petak-petak sawah. sengaja saya meninjau suasana ini. membaca hasil tulisan Shanon Ahmad sambil dibelai angin sawah.

kanak-kanak yang asyik mengekori belakang mesin padi sambil menangkap ikan. mereka riang bermandikan selut. umpama watak Lebar dan Kiah yang digambarkan oleh pengarang dalam novel ini. lengan-lengan keras berotot sambil rokok daun di mulut yang tegap berdiri di atas batas-batas sawah tak ubah seperti watak Lahuma.

saya tersenyum. terima kasih para petani

sekian sahaja review novel ini. mungkin tidak terperinci kerana ini hanya sebuah review bukannya analisis.

baca dan berfikirlah.

-mfr5071-


Wednesday, September 15, 2010

are you brilliant?

this year, i still manage to visit my friends' house, hang out with them and play futsal even though my holiday is full of assignment. i spent my time with them at night. after maghrib until....

one thing to share here. i meet a lot of brilliant people. it is up to you how you define 'brilliant'. most of these brilliant people are very good in their field but something i do not know whether they realize or not, they probably brilliant in their field but they may be very stupid in some other fields. so, this holiday, the behavior of brilliant people thought me something.

perhaps before this i just observed from my surrounding since i was surrounded by a lot of brilliant people. am i right KMBians? but this time i have some talk with these brilliant people and try to see how they think. some of my guessing are justified but i know it is not applicable to all. that is how i learnt. but dont worry, i never judge people. i learnt ToK, i learnt social science. human behavior can't give you certainty,it is very subjective.

therefore, jump to the conclusion, we have to respect and listen to others even who we are. then, it's ok if u think u are not among the brilliant people, because brilliant people never claim they are brilliant.

thank you.

-mfr5071-

i'll finished my reading on "ranjau sepanjang jalan" and "my fair lady" by tomorrow. maybe my next post can be the review of both of them. zero progress on my ee. just a bit effort on physics and math handout. no idea on math portfolio. let see how my holiday ends.








Friday, September 10, 2010

raya pertama

fakta menarik pada hari raya pertama saya:

saya bangun awal, mandi sunat hari raya dan sediakan sarapan pagi sendiri. milo, ketupat, gulai ayam dan sebiji almond london.

hari ini saya makan sepinggan nasi tomato dan nasi beriyani,sepotong lemang,kuih siput,biskut mazola,almond london,setengah bungkus tapai, dua biji ketupat, semangkuk kecil gulai ayam, dua roti jala. itu saja saya rasa.

baju raya saya warna purple. pergi rumah tok, family pak cik pakai purple, pergi rumah tok wa pon ada pakai purple, nak pergi solat hari raya selisih dengan ramai orang pakai purple. lepas ni saya nak beli baju warna yang orang tak beli. ada?

ukhwah orang kampung lagi kuat dan lagi mesra. selepas solat hari raya, semua bersalam berpeluk mesra. yang aku ternganga tak kenal sapa. kalau pergi kubur, tanya ja nak cari kubur siapa, mereka boleh tunjukkan walau nisan tak bernama. dahsyat, bukan takat orang sebelah rumah, sampai yang dalam kubur mereka kisah. kita?

masa khutbah jumaat khatib sebak bila menyebut pemergian ramadhan. terasa sungguh ditinggalkan ramadhan. seolah-olah ramadhan tidak akan datang lagi. saya tersentuh. kita remaja suka ria macam tiada apa-apa.herm..

kanak-kanak menerima, yang dewasa bekerja memberi. mereka yang remaja usha saja la. saya kata mereka sebab saya masih dapat duit raya. dah orang bagi, kecil tapak tangan, poket saya tadahkan.

saudara-mara sibuk tanya bila nak terbang. jawapannya, saya bukan superman nak terbang2. kalaulah kalian tahu dan faham status akademik saya,pasti tak kan tanya bab2 terbang ni. lepas cutting point dulu, nanti kita sembang lain.

hari ni saya menyuarakan hasrat nak mengerjakan umrah lepas habis IB. sudah lama mengidam. duit dalam akaun pun kira cukup dah. nak clear kan hajat dulu, dah lama mengumpul duit. lepas ni boleh tutup akaun, bukan akaun baru. habuan nak kahwin la pulak.

rasanya selesai raya saya tahun ini [fullstop]

sekian itu saja, malas nak tulis hasil observation saya. saya suka observe sekeliling. biar ianya terbuku dalam memori saya untuk diekstrak pengajarannya. mungkin akan disampaikan secara halus. kalau simpan seorang tak guna juga.

selamat..

-mfr5071-

*menulis sekadar suka-suka.

Thursday, September 9, 2010

perutusan aidilfitri

baru selesai lompat dari blog ke blog untuk mengucapkan salam aidilfitri. cara ini lebih economic. cuma sememangnya mustahil untuk mencapai semua blog. blog yang di follow bukannya sikit. mana dengan yang follow blog ni lagi. apa pun ini perutusan raya dari saya, engineer tapak pembinaan.

salam aidilfitri.
taqabbalallahu minna wa minkum.
“Kullu ‘am, wa antum bi khair”.

-mfr5071-
engineer tapak pembinaan.

Sunday, September 5, 2010

E09D newspaper: Is MCB will be your next destination?

E09D was published it newspaper last Friday on September,3rd 2010. this is one of the feature story extract from the newspaper. hopefully this feature story will not lead to controversy since it is published to the public. this feature story will be more interesting if it has some pictures but i failed to do that. btw have a pleasure...

written by mfr5071.

All the SPM leavers may wonder when they receive an offer to pursue their foundation studies in a place named MARA College Banting (MCB) by doing a weird name program so called ‘International Baccalaureate (IB)’. Is it a pre-degree program or pre-school program? Thus, you are choosing a right article to read and keep reading line by line which will bring you to deeply fell the future of your pre-degree studies.

MCB is publicized as among the top IB world school around the world. It is located at among the busiest place in Malaysia which your daily background melody will be the sound of aeroplane day and night. Once you step into MCB, you will feel very reluctant to step out because of it great facilities plus your outing will cost of walking about 15 minutes to the bus stop with the bus just pass through the bus stop only once in an hour.

Talking about the great facilities of MCB, you will share a luxurious room with your roommate. You do not need to worry about the size of the room since it will be big enough for you. How big is big? Just imagine that if you are a muslim you cannot even spread out your praying mat. Besides that, there is good news to all the sports lovers since you will have great sports facilities that you cannot have it outside of MCB for instance gymnasium which will be restricted for girls twice a week even though there is no girls that enter the gymnasium and the classic hockey facilities which sometimes we can confuse whether it is a hockey stick or a firewood. The latest is the college just invested thousands of money to build a lawn ball field which it seems like the best ever historical monument in MCB since we can see it every day without any people use it. What a great investment!

Now I am pretty sure that all of the readers can already imagine how MCB looks like. Then I will be a conductor to guide you to walk into the IB life of MCB. IB Diploma program is a pre-degree program which will grant you a blissful moment ever in your life. By doing this program only you can have the experienced of not sleeping throughout your night not because of playing video games but by working hard to complete your internal assessment. In addition, when you are in this program, you will feel that you have very much free time which you will find that you can spent more time in front of your laptop, facebooking and play the online games. As the consequence you will have lot of procrastinated assignment and end up with blaming the IB Organization by accused it try to ruin your life. As usual, you always think you are right, well, you are cream of the cream student that were offered the scholars right?

In a nutshell, you should not feel absurd when you get an offer letter to pursue your study by doing IB Diploma at MCB. Perhaps this article already constructs a big picture of your wonderful life when getting that offer. Just the matter you start preparing your mental and physical or just throw away the offer letter and look into other choices. For further details, you may visit www.ibo.org or www.mrsmkm.edu.my/banting/.

can it be classified as feature story? haha. leave your comment.
-mfr5071-

Saturday, September 4, 2010

i'm home

hari ini hari pertama di rumah setelah tiga bulan berkelana menimba ilmu.

hari ini berpeluang bertarawikh di masjid walaupun dekat dengan rumah ada surau. saja ingin menikmati alunan bacaan al-quran dari yang hafiz al-quran. namun hari ini lapan rakaat saja tapi untungnya hari ini ada ceramah dari ustaz yang tak diingati namanya.

membahaskan hadith yang diriwayatkan oleh imam bukhari dalam kitab sahih bukharinya. hadith yang diceritakan oleh adi ibn hatim yang dulunya seorang kristian sebelum memeluk islam. hadith yang dimana Rasulullah menyarankan seluruh umatnya memelihara diri dari api neraka.,

penyampaian ceramah yang amat menyentuh hati sambil diselitkan sedikit unsur-unsur humor. dah lama tak dengar ceramah pure loghat kedah. kadang-kadang dengarnya kasar sikit, tapi biasalah.

waktu ceramah tadi jugak dapat la update sikit perkembangan politik malaysia yang meloyakan. politik yang makin lama makin tahi. saya kurang pasti bagaimana rasa penyokong parti pembangkang dalam ceramah tadi. tak senang duduk rasanya. ceramah di masjid ini memang selalunya berbaur politik. cuma para pembaca, harus diingat ya, kedah dipimpin kerajaan pas, so yang dimaksudkan parti pembangkang itu yang sebaliknya lah. yang memerintah itu lah kerajaan. betulkan? "gemilangnya islam dibawah kepimpinan ulama". takbir!!!

dua cara memelihara diri dari api neraka yang diceritakan oleh adi ibn hatim yang disabdakan oleh Rasulullah: bersedekah walau dengan secubit tamar dan berkata dengan kata-kata yang baik.

pengajaran dari sudut politik pula, tak perlulah mempolitikkan isu-isu kecil tambah-tambah yang berkaitan hukum. rujuklah pakar jika dah sedar ilmu itu cetek, hal agama ini bukan boleh difikir logik semata-mata. ini bukan TOK ya.

sekian.

-mfr5071-

Friday, August 27, 2010

second half already begin

Ramadhan 17, 1431.

while we are gearing up to the fullest,
to grab every reward in this ramadhan,
to search for al qadar,
there are people that already think about raya,
never realize that today is nuzul quran,
the raya songs already played in the laptop,
it seems like we are praying so that this ramadhan quickly ended.
perhaps that is our culture,
which is different with prophet Muhammad and his companions' era,
that's why nowadays its ok if we are not in cultural norm,
because our cultural norm is not normal already,
so keep practicing what are stated in quran and sunnah,
even people weirdly glancing on you.
its like a song : " i'm not afraid to stand alone"

"beruntunglah orang yang dagang..."

-mfr5071-

Saturday, August 21, 2010

one third

"menulis dengan perasaan bercampur baur, angkara IB.."

the times goes by,
it seems like just yesterday i said ahlan wa sah lan,
but today it's eleventh already,
am i seize every seconds and opportunities?

it's like non stop heavy rain,
it is up to us whether to use every drops of it,
or just to let it flowing into the drain,
jibril once said to our prophet.
"it is very bad for those who have the opportunity to be in Ramadhan,
but they never try to be a better person",
the prayer was 'amin' by our prophet Muhammad.

we still have about nineteen more days,
for those who are just realize it,
better grab these opportunities,
next year is not guarantee yet.

"Dan janganlah berasa lemah dan sedih, sesungguh kamulah paling tinggi sekiranya kamu beriman [3:139]" - be strong.

-mfr5071

Wednesday, August 11, 2010

ahlan wa sahlan ya ramadhan

salam ramadhan to all readers,today is the first of ramadhan and most of the bloggers wrote about about ramadhan. everybody step into ramadhan with full of hope and i prayed so that all of my fellow bloggers can achieve the target.

yesterday i was challenged to compete in doing 'amal' and i accept it without hesitate. some people said better we focus on quality of our ibadah rather than quantity but in my opinion why not we focus on both?

anyhow life must go on. to all the students like me, dont let our eagerness to grab the rewards from Allah will spoiled our study. it will be a fitnah to our religion, islam. study is also ibadah and especially to the scholarship holder, its not just ibadah but also amanah. am i right?

now there is one question that has teased my mind. its start when two of my teachers said the same thing. one was yesterday and another one is today. it is about "study is one of the jihad/perjuangan fi sabilillah". so now i'm playing with the question and its time to recheck my self. how can't i feel it is one of the perjuangan when i study,doing assignment and wake up early to go to class? i feel there is someting wrong. -konflik dalaman-

mencari kenikmatan berjuang di jalan Allah. moga hidup ini pun berakhir di jalan Allah. amin.

-mfr5071-

Sunday, August 8, 2010

3 days to go

now three of my fingers are swallowing,

my sport house t-shirt missing already,

should i sue mak cik dobby?

tomorrow will be a first standardized test for math HL students,

i repeat 'math HL' ok,

its mean i'm gonna miss tonight community shield,

then after test there will be a football friendly match with KPM Beranang,

surely i'll not be in the line up for that match due to my injury,

on tuesday, all engineering student will have physics test,

also need to submit wold lit final draft(settled already),

when i asked why everybody like all of those things happen next week,

the reason is "saja sambut ramadhan,"

ok fine, perfect answer.

hopefully this hectic life can make me closer to Allah,

still have about 3 days to prepare for coming ramadhan.

-mfr5071-



Saturday, August 7, 2010

ramadhan race

"minggu depaan dah start puase eh?"
"ye la, sekarang dah hujung sya'aban dah pun.."
"oh ye...tak sedar plak aku.."

ramadhan is just few days to come, everyone ready to grab every reward awarded in this month?

it is more precious than honor roll award, you only have less than a week to prepare for this race. you can see every mukmin will compete each other in this month to grab the reward. fastabiqul qairat..

are you a muslim and mukmin? so dont waste this opportunity. get prepared so that we are really fit to grab everything in this ramadhan.

pray hard so that we can be in the coming ramadhan. tomorrow is not guaranteed yet.

Allahumma ballighna ramadhan...

-mfr5071-

Saturday, July 31, 2010

tersadai di kolej

hujung minggu kali ini terasa rugi yang amat.

maka benarlah,sesungguhnya demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.

kini aku tersadai di kolej bersama IA Business aku yang belum siap sedangkan yang lain sedang join jaulah ke negeri sembilan. deadline isnin ini.

hasrat untuk menyertai jaulah yang pertama tidak kesampaian hasil kesilapan diri sendiri. bila kerja ditangguh hingga minggu terakhir. bila di saat akhir dapat berita ada jaulah, nah, hanya mampu tepuk dahi. padan muka.

Allah anugerahkan dugaan dan cabaran untuk kita menilai diri.

ternyata masih belum peka dengan masa. salah satu dari muwassafat tarbiyah.

moga Allah beri kekuatan.

-mfr5071-


Monday, July 19, 2010

extra point

when we receive our marked exam papers,sometimes we feel very anxious when we see our mark is just one point to achieve a higher grade. at that time what we will do?

commonly we will consult our teachers and persuade them with hope that we will get bonus one mark. we will refer back to our coursework and for sure this kind of persuade will be more easy if we have a good relationship with the teachers. am i right?

perhaps my seniors of kmb who are now really hope for the bonus points to pass the requirement are more understand this situation.

now let say this situation happen to us while we are on the judgement day?

we need only one 'pahala' to enter the heaven.

at that time we have no chance to persuade anybody but we still can hope for a bonus points which are syafaat from Nabi Muhammad the Messenger of Allah or the syafaat from Al-Quran.(do correct me if i'm wrong). but...

do you think Nabi Muhammad will give his syafaat to us if we dont care about our relationship with Allah while we were alive?

dont you feel ashamed to ask for syafaat from Nabi Muhammad while we were alive,we dont ever remember him?

still do you think quran will give the syafaat to us but we always have something else to do instead of reciting quran and understand it?

we want to say we are busy?

they also can say they are busy, there still have a lot of people that deserve the syafaat. the people that always keep their good relationship with Allah,always remember to His messenger and apply the sunnah in daily life and always make sure their tongue keep reciting the quran and always said a good thing. are we among this group of people or else?

just for our reminder. we have to remind each other.

since we are in sya'aban, get prepared for ramadhan and pray hard to Allah so that we can again be in ramadhan because tomorrow is not guarantee.

cuti sempena academic day semalam.

-mfr5071-


Wednesday, July 14, 2010

just wanna say something

sometimes we are more concern on what we saw.

even there are a lot of signs around us,

even there is a lot of lessons from the past.

lets take some examples.

mr. lactacyd (my facial cleanser,just to create a character,hehe)

a few years ago, when he was at school, he commonly went late to class without feeling anything but when he start working after graduated from the school, he was very discipline by arriving to his work place earlier than others so that his will not be scolded by his bos. is it happen to you?

why do you think this kind of attitude happen?

because we can see how people that come late to the office were scolded and their salary were cut off but we always went late to class when we were at school because we can't see the value of knowledge that we can get from the lecture. am i right?

we are growing in a system that trained us to be materialistic but is it worth to blame the others?

better we think what we can do because we the only person that will answer on what we did in our life in front of our 'creator',the ranking is much higher than your bos at the office.

"in quran, there are a lot of verse that tell us about what happen to the past generation because of their wrongdoings. it is not the matter we dont know about this things but its the matter we dont concern about it. the best solution is back to the quran and sunnah."

just have a stop for a while to look into the meaning of the quran before we continue our journey of life because we need it as a guide for us so that the end of our journey will be the heaven, the best place ever to end our life on this earth.

-mfr5071-

Monday, July 5, 2010

friendship

seminggu yang lalu, aku dan ikhwah-ikhwah lain mentadabbur doa rabitah. doa yang membawa kepada tafsiran erti 'friendship' yang cukup mendalam. sebuah ikatan yang bersalutkan keimanan kepada yang Maha Esa.

terbinanya persahabatan boleh dengan pelbagai cara. ada yang rapat kerana aktiviti sehariannya dan ada yang rapat kerana sama hobinya dan bagi yang hidupnya lama di asrama, mungkin pernah berkata "kerana kawan aku sanggup buat apa sahaja" dan "frens foreva". dahsyatkan?

jom kita menghayati maksud doa rabitah. fahaminya. dan bayangkan wajah kawan-kawan kita. di manakah pengakhiran persahabatan kita dengan mereka. berbahagia di syurga atau bersama menanggung kepedihan azab neraka?

YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya…

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini…

menulis sambil merindui.

-mfr5071-

Sunday, June 27, 2010

sesegar embun pagi

pagi hari minggu yang dingin. hujan renyai-renyai membuatkan telinga ini terdengar suara katil sayu memanggil dengan menjanjikan mimpi indah. terasa bertuah sebenarnya kerana online guna streamy zone di bilik. ada bilik lain di kmb yang dapat streamyx zone? hehe.

Jemaah subuh tadi semakin surut. Al-maklumlah orientasi dah berakhir. yang senior pula dua tiga kerat ja. huh, bagaimana la dengan hari-hari seterusnya.

semasa makan tadi kelihatan dua tiga orang ikhwah bertebaran di DS. makan bersama-sama junior. semuanya dalam proses membina hubungan dalam usaha membentuk saf-saf dakwah yang kukuh. ini strategi. waktu mabit semalam pun dah berta'aruf dah sikit cuma tak tidur di surau sama-sama sebab mulai tahun ini admin tak benar tidur di surau. tapi nanti boleh kot. peraturan itu teori.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh" [61:4]

moga istiqamah. fastabiqul khairat.

-mfr5071-

Friday, June 25, 2010

angan-angan kosong

"(setan itu) memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, padahal setan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka." [As-saf,61:4]

bila ditanya siapa ingin masuk syurga nescaya semuanya mengangkat tangan, kalau disuruh angkat kaki pun pasti ramai yang bersungguh-sungguh mengangkat kaki masing-masing.

Namun bila berbicara soal amalan harian kita kepada Allah,tersipu-sipu tunduk. agak-agak kenapa begitu ya?

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakdan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)”. -(Aali-’Imraan:14)

adakah kita sedar akan perkara ini?

itulah kan orang-orang yang skor exam kata, kau study buku sekian-sekian pasti skor punya exam. jadi situasinya sama sahaja dengan kehidupan ini.

Ibarat medan peperiksaan untuk menguji tahap keimanan kita dan Allah telah sediakan Al-Quran sebagai bahan bacaan untuk kita study. Semua ini agar kita tak berangan-angan kosong untuk ke syurga.

Mana nak dapatnya 'honour roll' kalau study pon tidak.


-mfr5071-

Wednesday, June 23, 2010

defend mechanism

ini pendapat saya mengenai defend mechanism.

bukankah lebih baik dalam kita muhasabah dan membuat refleksi diri, kita menuding jari kepada diri kita sendiri?

tanya kepada diri kenapa sesuatu masalah itu boleh berlaku dan bagaimana nak menyelesaikannya?

apakah keuntungannya bila kita menuding jari kepada orang lain? aku tuduh kau, kau tuduh aku then penyelesaiannya?

dalam hidup ini banyak lagi perkara yang kita perlu belajar.

-mfr5071-

Saturday, June 12, 2010

keberangkatan pulang

sebentar lagi akan berangkat pulang ke kolej.

membawa pulang bersama assignment yang tak siap.

semua orang di rumah rasa seperti sekejap sahaja. Memang sekejap pon aku di rumah. seminggu lebih sahaja walaupun hakikatnya cuti tiga minggu. Yang lain dihabiskan di luar, Kalau di rumah pon bukan lah lekat di rumah sangat. Ada sahaja tempat nak pergi. Bila cuti dah habis baru gelisah assignment tak siap. Ala kata cuti. Dan aku tahu kesungguhan ku bercuti ini akan dibayar dengan setimpal bila berada di kolej nanti. Itu berdasarkan 'inductive logic'.

bila ditanya bila pula balik. entahla,zaman sahabat dulu orang keluar jihad mana ada menaruh harapan nak balik. Semua nak syahid. Tapi aku ni layakkah nak berada sebaris dengan para sahabat yang syahid? d.u.i.t

balik ni Minggu Penghayatan Islam lah pulak. Mampukah nak menghayati? or lebih menghayati world cup? cabaran tu.

Wahai math dan physics ku sayang,tolonglah jangan fail.

-mfr5071-