keep update with us on facebook!

Tuesday, December 28, 2010

kalau namanya muslim

in the name of Allah the most gracious the most merciful

hari ini memang merancang untuk berkongsi sesuatu disini dan sebelum itu sempat lompat dari blog ke blog dulu. nah, hari ini saya 'discover' sesuatu yang mungkin biasa tetapi rasa seperti ditekuk kalau dalam bahasa indon nya (belum tentu betul penggunaannya). al-maklumlah dua tiga hari ini bnyak yang dibacanya bahasa indon. suram saja rasa tapi macam mana pun saya akan tetap berkongsi sesuatu untuk sama-sama difikirkan.

kalau dah namanya muslim, ini bukan muslim si pertahanan skuad harimau malaya tu, muslim yang dimaksudkan di sini ialah individu yang menjunjung kalimah LA ILAAHA ILLALLAH,

Seorang yang menganut islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliah. Dia merasakan ketika dia mula menganut islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliah dan sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada. Dia merasakan bahawa segala sesuatu di zaman jahiliah dahulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan ajaran islam. Dengan perasaan inilah dia menerima hidayah dan petunjuk islam yang baru itu dan sekiranya dia didorong oleh nafsunya sesuatu waktu, atau sekali sekala dia tertarik dengan kebiasaanya yang dahulu, dan kalau dia berasa lemah dalam menjalankan tugas dan kewajipan keislamannya sesuatu ketika, nescaya dia berasa bersalah dan berdosa dan dia merasakan dari lubuk hatinya bahawa dia perlu membersihkan dirinya daripada apa yang berlaku itu lalu dia berusaha sedaya upaya mengikuti panduan yang digariskan oleh Al-Quran.
source: "petunjuk sepanjang jalan"- syed qutb


boleh fahamkan?
mungkin ini sesuai untuk tatapan diri saya sendiri dan buat sahabat yang sebaya dengan saya yang masih dibayangi jahiliyah masing-masing.

sebelum saya mengundur diri, ada buah tangan yang saya sedut dari sokernet selepas arsenal membenam chelsea, ini sempena pertemuan harimau malaya vs garuda malam esok.

"Abang harap kau pula menang esok..."

"Emmm..."


-mfr5071-

No comments: