keep update with us on facebook!

Monday, July 5, 2010

friendship

seminggu yang lalu, aku dan ikhwah-ikhwah lain mentadabbur doa rabitah. doa yang membawa kepada tafsiran erti 'friendship' yang cukup mendalam. sebuah ikatan yang bersalutkan keimanan kepada yang Maha Esa.

terbinanya persahabatan boleh dengan pelbagai cara. ada yang rapat kerana aktiviti sehariannya dan ada yang rapat kerana sama hobinya dan bagi yang hidupnya lama di asrama, mungkin pernah berkata "kerana kawan aku sanggup buat apa sahaja" dan "frens foreva". dahsyatkan?

jom kita menghayati maksud doa rabitah. fahaminya. dan bayangkan wajah kawan-kawan kita. di manakah pengakhiran persahabatan kita dengan mereka. berbahagia di syurga atau bersama menanggung kepedihan azab neraka?

YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya…

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini…

menulis sambil merindui.

-mfr5071-

No comments: