Saturday, November 7, 2009

Menjelang Liga IB musim 1

Banting,KMB - Menjelang liga IB yang akan berlangsung pada awal Disember nanti kelihatan pasukan Faiz masih berusaha mencari rentak. Sebagai pasukan yang masih baru dalam kancah liga IB ini sememangnya menuntut kesungguhan yang amat tinggi jika ingin memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain.

Liga IB yang akan berlangsung selama empat musim mempunyai enam pasukan yang ternyata sangat berpengalaman seperti Math HL, Chemistry HL,Physics HL,English HL,Malay SL dan Business SL. Semua pasukan yang berada dalam liga IB ini menjanjikan saingan sengit sepanjang empat musim bagi merebut tempat dalam liga antarabangsa yang lebih berprestij.

Berdasarkan keputusan perlawanan persahabatan yang lalu,ternyata pasukan faiz bukan tandingan pasukan-pasukan lain. Pasukan faiz telah dibelasah teruk oleh pasukan Math HL dan Physics HL jelas menggambarkan status pasukan faiz sekarang ini.

"Berdasarkan keputusan perlawanan persahabatan yang lalu,kami tidak menaruh harapan yang tinggi pada musim ini tapi itu tak bermakna kami tidak akan memberi saingan" kata faiz yang ditemui di bilik c239 sebentar tadi.

Kelihatan pasukan faiz sedang giat menjalani latihan dalam usaha mencari keserasian pemain-pemain baru dan lama. Kali ini pasukan faiz bakal dibarisi Takae GDC yang baru dibeli dengan yuran perpindahan yang mencecah hampir rm500. Selebihnya pasukan faiz kekal dengan muka-muka lama seperti pakar "drag flick" Thomas Kilometrico dan Sohail Pilot.

"Kami berharap kehadiran Takae GDC dalam pasukan dapat memberi impak positif sepanjang perlawanan nanti" ujar Sohail Pilot.

Mengulas kondisi 'turf' latihan dan turf kejohanan,faiz berkata keadaannya agak berbeza semasa liga SPM yang lalu. Turf latihan disini mempunyai banyak gangguan luar seperti aktiviti sampingan yang banyak yang kadangkala mengganggu kosentrasi pemain. Turf kejohanan pula agak sejuk namun para pemain tampak tidak menghadapi sebarang masalah dengan keadaan ini.

"Kami akan turun sebagai pasukan 'underdog' dan insyaAllah kami akan tampil bersama strategi ampuh bagi merobek kubu lawan" ulas faiz lagi.

Liga IB musim 1 ini akan bermula pada 3 Disember 2009 dan pastinya penampilan pertama pasukan faiz amat dinantikan.

sumber: mfr5071

Wednesday, November 4, 2009

terfikirkah kita...??

case 1

"eh, ko dah siap report blom?"
"aku blom lg la...mcm mna ni...nnt kna sound, dh tu rendah la markah I.A aku."

"mlm ni ko tngok bola tak..?"
"mesti la tngok,rugi oo tak tngok...game best siot..."

"weh bayar rm5."
"nak buat ape..?"
"kita nk kumpul duit beli TV baru untuk blok ni.."
"rm5 je..cukup ke..rm10 pon aku sanggup.."
"tv besar baru puas tngok bola"

case 2

"eh, ko dah solat blom..?
"ala..kejap lg la..."
"ko tak takut Allah marah ke..?
"dah tu nanti cm ne nk masuk syurga..?"

"malam ni ko pegi usrah tak..?"
"ishk...tak kot...aku banyak keje la..."
"lagi pon mak aku antar cni suruh belajar je..."
"tp kan...Allah taqdirkan ko hidup kat dunia ni untuk ape..?"

"weh ko dah derma untuk palestin..?"
"erm...aku kewangan tak mengizinkan la.."

"Jangan tanya apakah yang islam telah sumbang kod kita,
tapi tanyalah apakah yang telah kita sumbangkan untuk islam.."

~maaf jika sejak kebelakangan ini banyak post yg mengarut

"hidup dan mati kerana Allah"

-mfr5071-


Wednesday, October 28, 2009

emosi terganggu

adat kerja berpasukan perlukan kerjasama,
perlukan kesungguhan semua,
kesungguhan itu perlu juga berterusan,
kalau sekejap saja tiada guna juga,
sebab kalau seorang sahaja bersemangat,
yang lain diam dan kononnya ikut 'flow' saja,
memang kesungguhan individu yang bersemangat itu tak berbaloi,
langsung tak berbaloi.

hidup ini perlu bersabar,
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang yg sabar,
bersabarlah,
terus bersabar,
bersabar ya..

mudah benar mulut mengkritik,
itu tak kena,
ini tak kena,
bagi orang yang biasa berada d tempat org yg kena kritik,
mesti faham,
bukan senang,
cuba si pengkritik yang buat tengok,
sanggup..??

merajuk...??
ala...mcm pompuan ja merajuk,
kecewa..
sedap sikit dengar...
mesti ada sebab kita kecewa,
sebab apa ya..??
sendiri pikir la...

kononya berpendirian,
sekali saja buat keputusan,
klau lepas ni ada org tnya...
a: cmna dgn... b: pegi mampos...
a:asl dah lama tak... b:pegi mampos...
a:ala...hg kn... b: pegi mampos...
a: asl emo sngt ni.. b: pegi mampos

setiap penulisan mesti bersebab. klau tak faham apa yg d tuliskan. abaikan sahaja kalau faham ambil manfaatnya.

kalau post kali ini ada menyinggung sesiapa, sori la...

kosong tanpa ilmu berguna. maaf ya.

~aku ingin mencipta rekod peribadi

-mfr5071

Saturday, October 24, 2009

kritikal

"serabut.."
dalam keserabutan otak sempat lagi berblogging. sambil membaca segala berita berkaitan bajet 2010,aku pon meluangkan masa beberapa minit untuk mencoret sesuatu disini.

kritikal dalam segenap aspek punca kepada keserabutan.

mutaba'ah yang tunggang langgang sedikit menggusarkan.mungkin perlu lebih disiplin dan mungkin inilah yg dinamakan mujahadah dalam tarbiyah.

'time management' yg kelam kabut juga menyumbang kepada keserabutan. antara study dan assignment. lab report...adola...

akademik..!!! result test yg amat menggerunkan. "orang akan berasa lega sekiranya markahnya lebih dari faiz walaupun hanya 1 markah,tp wajah pantas berubah sekiranya markah rendah dari faiz walau setengah markah kerna itu bermakna dia berada dlm bahaya" itu situasinya...so guess what..??

bersukan di kmb agak kurang rencahnya. nikmatnya tak 'umph..' mungkin kerna dilema antara komitmen akademik dan sukan. tapi bukan banyak yg dipinta,cuma secebis kesungguhan untuk menaikkan aromanya. btw aku rindu hoki. "oh hoki sygku...i really miss u dear.." haha..

projek brjln lancar. but u have to expect unexpected decision from faiz. perhaps,u will dissappointed with his decision soon.

sekian.

~aku dan IB...mampukah..?

-mfr5071-

Sunday, October 18, 2009

bila turn kita?

sejuk.
semalam hujan lebat menyimbah bumi kmb disertai dengan kombinasi guruh dan kilat sabung-menyabung.
tatkala manusia lain sedang enak diulit mimpi di pagi hari minggu ini,aku pula membuka laptop bagi meng'update' isu-isu semasa sebelum menyambung menyiapkan report fizik yang masih belum tersentuh.
Menjadi kebiasaan semasa online untuk ziarah dari blog ke blog. Sekurang-kurangnya dapat meninjau keadaan sahabat-sahabat lain yang sedang berjihad dilapangan masing-masing.

"destinasi kita sama cuma waktunya berbeza"

frasa spontan yang keluar dari mulutku.
dua berita yang agak terkesan kepada diri semasa 'blog walking' tadi.
dua post yang bertajuk al-fatihah dan you have to be strong,
dua kisah seniorku yang baru berusia 22thn dan 20thn,
moga Allah mencucuri rahmat keatas roh kak fatimatussolihah yg kembali ke rahmatullah akibat kemalangan,
dan moga Allah memberi kekuatan kpd kak nadia yg sedang berperang dgn sakit buah pinggang yg kini berada pada fasa kritikal.

merujuk kpd kisah dua orang seniorku itu,
aku teringat kpd kisah perbualanku dgn beberapa org sahabatku di sekolah dulu,
mungkin ini dianggap jenaka ketika itu,
ya,sebuah lawak jenaka yang agak kasar bunyinya,

semasa prep pagi hari sabtu di kelas 5s2...
md square:"weh pait,aku rasakan nnt aku nk wat frame besaq2 gambaq batch kita,nak gantung kt dinding rumah aku"
sater:"gila style, baguih gak idea hang tu.."
md square:"tp kena ada gambaq smua org r...xleh ada yg tercicir.."
pait:"apa yg hang tiba2 semangat batch ni..??"
md square: "haa...dah tu nantikan bila ada ja member kita yg mati dulu aku pangkah la muka dia...nanti kita tengok sapa last man standing.."
pait: haram toi...kurang hajaq gila...
sambil kelas aku menjadi riuh seketika.yg sebelum ini tengah fokus belajar pon mencelah kata2 member aku sorang ni yg idea nntah apa2..
sater:"dah tu nnt klau hg yg p dulu cmna..?? sapa nk pangkah..?
md square: haa...btoi gak no...haish..hg jgn kata cmtu sater...doa la bagi umur aku panjang..
pait: haha...mampuih gak hg ni...
perbualan itu berlanjutan lagi dengan nntah apa lagi isu yg gagal direkodkan sambil mengulangkaji pelajaran...kononnya study la..huhu..

teringat kisah itu membuatkan aku teringat akan rakan-rakan yg lain..
apa khabar mereka sekarang...
entah bila turn kita ya..
tp mau tak mau semua itu pasti berlaku...
detik2 sedih itu tetap kita akan hadapi..
kehilangan orang yg kita sayang...
cuma masanya entah bila...

"sama-samalah kita bermuhasabah..."

~kadang kala berfikir perkara yang sepatutnya org lain fikir itu hanya membuang masa

-mfr5071




Sunday, October 11, 2009

hidup ini...

"huh..." aku mendengus panjang.
terasa malas sekali untuk turun beriadah pada petang ini. Lebih selesa duduk bersandar dihadapan laptop sambil menikmati gelagat manusia sekeliling melalui tingkap bilik sahaja.

"Mari kita merenung sebentar"

Dipetik dari blog seorang sahabat. Blog post yang cukup ringkas tapi mungkin itulah yang perlu aku lakukan ketika ini. Cuma sebentar kalau lama hanya membuang masa namanya.

Pernah terbaca sebuah penulisan yang mengatakan sekiranya kita cepat putus asa, frust dan segala yang negatif dengan segala usaha yang telah kita lakukan sebelum ini,itu bermakna kita perlu semak kembali niat kita. Hala tuju kita.

Sememangnya tak semua yang kita kehendaki akan tercapai tapi bagi aku kita berhak untuk kecewa tetapi ambillah pengajaran daripada kegagalan itu.

"Adakah kita kecewa kerana kita gagal..?"
hal itu bergantung kepada situasi masing-masing.

Justeru perkara yang perlu direnungkan ketika ini ialah soal niat.

"Untuk siapa..?"
"Kerana apa..?

mungkin persoalan itulah perlu dijawab seikhlas mungkin. Hal ini kerana walau apa kerja buat kita, HDA merupakan perkara pertama yang perlu diambil kira then come others.

Rasanya itu sahaja renungan untuk kali ini. Mungkin ianya lebih kearah membetuli diri sendiri tapi bagi yang membaca penulisan ini moga memperoleh manfaat juga.

sekian.

~tuning myself to be .... and achieve them. Yang 'lain' pegi mampos...

-mfr5071-


Friday, October 9, 2009

tahu tapi tak mahu

"bila aku lihat aku senyum..."
"bila aku pikir, aku senyum..."

"diam tak bermakna tak terlaksana..."
"diam tak bermakna sedang bermuram durja..."

"kerna mata pena syed qutb ke tali gantung.."
"menggambarkan bisa dan kesan walau hanya dengan tulisan.."



mfr5071 now undergoing mega reconstruction
inner and outer

-mfr5071-