hujung minggu berkunjung lagi. setelah seminggu berhempas pulas dengan ee, akhirnya selamat dihantar draf yang pertama walaupun secara teknikal banyak cacat celanya, tapi apa yang ingin difokuskan ialah intipati kajian. InsyaAllah draf kedua akan lebih sempurna.
post kali ini sebenarnya ingin mengajak rakan-rakan bloggers membaca sebuah artikel. yang saya klasifikasikan perlu dibaca. klik sini
pedih hati ini. kadangkala rasa geram. bagi saya, cadangan melaksanakan 'economic transformation program"(ETP) itu bakan menyerlahkan lagi kebodohan dan kedangkalan barisan pemimpin hari ini.
saya tahu saya bukan pakar dalam bab ekonomi, malah saya juga bukan pelajar subjek ekonomi. namun akal saya ini tidak dapat menerima idea untuk membangunkan ekonomi dengan menjadikan negara ini sebagai hub hiburan.
akhbar-akhbar tempatan sentiasa kecoh dengan kes pembuangan bayi, remaja lari rumah dan baru-baru ini seorang gadis 12 tahun mati jatuh bangunan ketika melarikan diri apabila diserbu sedang melakukan seks bersama 3 lelaki. KERAJAAN PUSAT sibuk membahaskan solusi nak menangani isu ini, tapi keluar pula idea ETP ini. bengong sungguh.
berbaloikah mengejar kemewahan yang kononya untuk rakyat dengan mempertaruhkan masa depan anak muda negara ini?
kenapa, negara kita ni sesak duit sangatkah wahai pemimpin-pemimpin negaraku? kalau dah sesak sangat, tengok la balik ke mana duit tu dibelanja...tak belajar cashflow forecast kah? tak kan tak belajar kot...kami yang budak IB ni pun belajar, inikan pula menteri.
saya tahu saya antara yang menghabiskan duit negara kerana saya pemegang biasiswa. saya memohon ampun kepada Allah sekiranya nanti mereka yang bersekongkol dalam melaksanakan ETP ini menjadikan alasan sebagai menaja pembelajaran saya menyebabkan negara kehabisan duit dan dengan menjadikan negara ini hub hiburanlah solusinya. saya rela biasiswa saya ditarik kalau itu lah puncanya.
maaflah kalau cara saya tulis ini macam keterlaluan sedikit. kalau lah pak bijan baca post ini. saya syorkan dia klik link yang saya letak di awal post tadi. baca komen disana. bertapa rakyat malaysia peduli akan idea ETP ini.
teringat doa imam masjid di kampung saya pada setiap hari jumaat, sebuah masjid PRO KERAJAAN NEGERI KEDAH,:
Ya Allah, Kau berilah petunjuk kepada raja dan pemimpin kami, agar mereka memimpin negara ini dengan berpandukan Al-quran dan sunnah nabi. Kau singkirkanlah PEMIMPIN-PEMIMPIN yang mengkhianati syariatMu ya Allah.
pesanan saya kepada barisan pemimpin negara, walaupun mustahil sekali kalian membaca. ingatlah, mungkin kalian punya kuasa, bebas memutuskan apa sahaja. buatlah. buatlah apa yang kalian suka, tapi jika ia berkait dengan islam, membabitkan imej dan reputasi islam, kami tidak akan duduk sahaja. nescaya akan ada yang bangkit menentangnya.
we wait for genuine future leader, that will fight for ummah, for islam. not just wait, we work for it. takbir...Allahuakbar!!!
-mfr5071-
1 comment:
pak bijan sudah keterlaluan..
Post a Comment