keep update with us on facebook!

Monday, November 15, 2010

bila ikan bersidang

dicelah hingar pekikan suara peniaga dan suara pembeli yang sedang tawar menawar, parlimen ikan sedang bersidang di atas sebuah meja yang agak dingin kerana dihiasi longgokan-longgokan ais.

ikan 1: ini tak boleh jadi!! kaum manusia sudah melampau, kerana mereka ramai sanak saudara kita syahid di dalam tong sampah.
ikan 2: bawak bersabar Yang Berhormat, kita boleh berbincang macam mana nak selesaikan masalah ini. jangan cepat melatah.
ikan 1: saya bukan melatah, baru-baru ini saya menerima laporan dari informer kita, nun jauh di tengah ladang kelapa sawit sana, banyak riwayat kaum ikan berakhir di dalam tong sampah. dah tu, bukan kata nak cuba menjamah walaupun sedikit, tengok ikan pun tak nak. dengar saja ikan, terus melencong ke cafe, ayam juga yang dicari mereka.
ikan 2: bertenang Yang Berhormat, mungkin kita dijual dengan harga yang mahal.
ikan3: bertenang biar bertempat, masalahnya sekarang, kita bukannya dijual tapi diberi percuma!!! bukankah itu sudah keterlaluan?? tak kan nak kena tunggu sampai kebulur baru nak cari ikan!!

kedengaran bunyi ketukan meja tanda sokongan ahli parlimen yang lain.

ikan 2: mungkin kita boleh lancarkan kempen kesedaran tentang khasiat ikan. mereka tidak tahu yang kita boleh membekalkan hampir 70% protein yang boleh berfungsi membina tisu dan organ dalaman seperti jantung dan otak.
ikan 1: sampai bila kita nak membazirkan duit berkempen?? kalau dah dasar manusia tak reti bersyukur,kononnya mereka punya hak memilih, tak sedarkah mereka duit poket mereka pun bukan duit mak bapak mereka sahaja, duit rakyat jelata juga.
ikan 2 : Yang Berhormat, jaga adab dalam berbicara. bukankah kita diajar untuk bersangka baik. mungkin mereka allergic ikan. lagipun kalau nak menegur biar berhikmah, jangan mencarut tidak tentu hala.
ikan 1: eh, Yang Berhormat yang beriya-iya membela si manusia tu kenapa? dah berapa banyak mereka 'suap'?
ikan 2: astaghfirullahala'zim... bukan begitu. apa daya kita nak menghalang hak manusia. kita hanya makhluk yang diciptakan untuk memberi manfaat kepada mereka. jika mereka menolak, apakan daya. berserah sahajalah kepada Allah, yang menciptakan kita dan mereka.
ikan 4: betul kata Yang Berhormat ikan 2 tu, sama-samalah kita berdoa agar mereka diberi pengajaran yang setimpal. setidak-tidaknya suatu hari nanti mereka akan sedar kepentingan kewujudan kita di bumi ini.

seluruh parlimen ikan mengaminkan doa Yang Berhormat ikan 4 itu.

parlimen bersurai.

-mfr5071-

No comments: