saya bangun awal, mandi sunat hari raya dan sediakan sarapan pagi sendiri. milo, ketupat, gulai ayam dan sebiji almond london.
hari ini saya makan sepinggan nasi tomato dan nasi beriyani,sepotong lemang,kuih siput,biskut mazola,almond london,setengah bungkus tapai, dua biji ketupat, semangkuk kecil gulai ayam, dua roti jala. itu saja saya rasa.
baju raya saya warna purple. pergi rumah tok, family pak cik pakai purple, pergi rumah tok wa pon ada pakai purple, nak pergi solat hari raya selisih dengan ramai orang pakai purple. lepas ni saya nak beli baju warna yang orang tak beli. ada?
ukhwah orang kampung lagi kuat dan lagi mesra. selepas solat hari raya, semua bersalam berpeluk mesra. yang aku ternganga tak kenal sapa. kalau pergi kubur, tanya ja nak cari kubur siapa, mereka boleh tunjukkan walau nisan tak bernama. dahsyat, bukan takat orang sebelah rumah, sampai yang dalam kubur mereka kisah. kita?
masa khutbah jumaat khatib sebak bila menyebut pemergian ramadhan. terasa sungguh ditinggalkan ramadhan. seolah-olah ramadhan tidak akan datang lagi. saya tersentuh. kita remaja suka ria macam tiada apa-apa.herm..
kanak-kanak menerima, yang dewasa bekerja memberi. mereka yang remaja usha saja la. saya kata mereka sebab saya masih dapat duit raya. dah orang bagi, kecil tapak tangan, poket saya tadahkan.
saudara-mara sibuk tanya bila nak terbang. jawapannya, saya bukan superman nak terbang2. kalaulah kalian tahu dan faham status akademik saya,pasti tak kan tanya bab2 terbang ni. lepas cutting point dulu, nanti kita sembang lain.
hari ni saya menyuarakan hasrat nak mengerjakan umrah lepas habis IB. sudah lama mengidam. duit dalam akaun pun kira cukup dah. nak clear kan hajat dulu, dah lama mengumpul duit. lepas ni boleh tutup akaun, bukan akaun baru. habuan nak kahwin la pulak.
rasanya selesai raya saya tahun ini [fullstop]
sekian itu saja, malas nak tulis hasil observation saya. saya suka observe sekeliling. biar ianya terbuku dalam memori saya untuk diekstrak pengajarannya. mungkin akan disampaikan secara halus. kalau simpan seorang tak guna juga.
selamat..
-mfr5071-
*menulis sekadar suka-suka.
5 comments:
penceritaan yang menarik.
kehidupan memang begitu..
rmdhan tlh prgi..
penceritaan yang menarik.
kehidupan memang begitu..
rmdhan tlh prgi..
salam kenal akhi fil islam,
taqabbalallahu minna wa minka ya akhi ;)
salam..
selamat hari raye...btol2,thun ni ramai pakai wrne ungu...wrne tema family sy pn ungu...jln2 hari raye kt sekitar rmh pn ade yang pakai purple.. thun dpn kene cari wrne yang org x suke la nmpknye..bru x de yang same..hehe.. :-)
hurm, jap nie faiz rodzi ke?
Post a Comment