coretan kali ini mungkin berkisar tentang pengalaman ekspedisi 2 hari 1 malam ke Yan, Kedah. Sungguhpun pulau bunting hanyalah projek terbengkalai pembangkang barisan nasional di negeri kedah, ianya mengukir pengalaman berharga. mungkin pembaziran jutaan ringgit di sebalik projek terbengkalai ini yang tidak pula menjadi perhatian lensa kamera boleh dijadikan isu hangat para pengkritik politik, namun lebih banyak perkara lain yang lebih bermanfaat untuk dibincangkan selain daripada bahana politik 'busuk' malaysia ini.
ekspedisi yang disertai 9 orang sahabat berkenderaan 4 buah motosikal dan sebuah kereta ini bermula hanya dicetuskan dengan satu mesej ringkas dan disusuli dengan respon setuju.
perjalanan bermula sesudah zohor, menuggang motosikal bertemankan pisang goreng panas dan berlatarkan sawah padi sungguh mengasyikkan. ketibaan ke kampung yang namanya tidak pula diambil kisah oleh kami disambut oleh 'tok wan', ketua kampung berkenaan. ketika itu kami berenam, geng kereta bergerak berasingan dari sungai petani.
berhidangkan rokok daun, kami bersembang-sembang dengan tok wan. sungguhpun hanya dua tiga orang sahaja yang merokok, yang lain hanya menghabiskan daun sahaja termasuk saya, eksyen orang kedah kata. haha. ada beberapa bahasa 'pancing' yang tidak difahami(seorang sahaja antara kami yang kaki pancing sebenarnya, yang lain menyemak sahaja). antaranya..
pengalaman pertama memancing di lauttok wan: hari ni berapa haribulan? 8 masuk 9 kan?uzair: ha, malam ni 9hb.
aku:(sambil melihat jam) eh, ari ni bukan 14hb?(monolog dalaman)
tok wan: hampa mai silap hari, malam ni ayaq mati(air tak pasang)
uzair: hang xyah dok buat muka heran pait, orang mengail ni sembang kalendar hijrah, mana layan masihi.
aku: wow
namun petang itu kami menghabiskan masa memancing ikan semilang berumpankan 'mentarang', hari itu juga aku baru belajar memasang joran dengan sempurna dan berkenalan dengan mentarang. walaupun masih terkial kial memasang kail, Alhamdulillah kami pulang dengan 5 ekor semilang.
malamnya selepas isya' dan makan malam, kami berangkat ke jambatan yang merentasi laut ke pulau bunting. panjangnya 3km mungkin. bertemankan cahaya bulan yang separa penuh dan angin laut yang menggigit, kami hanya menanti walaupun tidak mengharap sangat kerana air masih belum pasang. sekiranya benar air mati, maka ber'camping'lah kami, bukannya memancing. takjub dan kagum memikirkan sistem pasang surut ini. Subhanallah.
sekitar pukul 2 pagi, semua kail telah dilempar ke dalam laut, kerana ombak dipantai mula kedengaran dan angin pun semakin kuat, tanda air mula pasang. empat dari kami sudahpun tidur berbungkuskan kain pelekat. sejuk. kami tekun menanti respon dari joran yang telah dipasang loceng. akirnya menjelang 5 pagi kami semua tewas, ada yang melarikan diri kedalam kereta manakala saya dan dua lagi rakan mendirikan khemah. sekurang-kurang dapat mengelak dari kesejukan angin. tahniah kepada zarul, ipin dan ckgu lat yang masih tegar tidur berlapikkan kanvas(kami tidak kejutkan mereka sebenarnya,haha)
kami berkemas pulang ke rumah tok wan bila azan subuh kedengaran. hanya anak gelama yang mengena. sesudah subuh tok wan menjamu kami kopi o panas. kami semua kaget..
uzair: besa. dah nak masuk 20 kot kita, tak yah dok bajet muda. haha
safwan masih dgn kopi o nya. maybe terpikat ketika sarapan pagi tadi. penangan kopi o tok wan. haha
kalau dah orang lama, cukup berpengalaman
sesudah zohor kami pergi memancing lagi. sedang kami memancing datang seorang pak cik, petang semalam hampir 10 ekor pancingnya mengena.
pak cik: kena dak lagi?
kami: dak lagi pun, sejam pi dah.
pak cik: ayaq tak beralun hari ni, ikan tak berapa nak ada. dia mau ayaq macam kelmarin baru klia
kemudian dia lepak di pondok sambil hisap rokok daun tanpa melempar kail ke laut. kami masih tegar menanti penuh harapan. lepas beberapa ketika, angin mula bertiup kencang dan pak cik tu pun bangun dan melempar kail. beberapa minit kemudian orang bersorak. kail pak cik itu mengena. cis, kalau dah orang lama.
petang itu kami pulang dengan hanya 2 ekor semilang. setelah berkemas dan bersalaman dengan tok wan, kami berangkat pulang. entah bila pula akan kembali.
8 + 1 = 9.
-mfr5071-
3 comments:
2 diaa... mana sakannnnn!
Your stories can be compiled and made into a book lah Faiz.. :) Fishing requires patience and the right kind of setting I guess.. Better luck next time, InsyaAllah..
paan: panjang lg ni klau nak tulis smua. haha.
teacher: haha, spelah nk baca sngat cerita saya. myb i'll compiled for my personal collection.fishing is a great actvty. we can learn a lot of things.
Post a Comment