keep update with us on facebook!

Friday, December 17, 2010

kebejatan politik semasa

setelah parlimen kecoh dek penggantungan 4 orang perwakilan pakatan rakyat, petang ini saya terpanggil untuk berbicara soal politik semasa yang cukup 'busuk' untuk dibincangkan. mungkin saya terlalu mentah untuk berbicara soal ini, al maklumlah hanya seorang pelajar kolej persediaan yang tambahan pula prestasi akademiknya yang agak 'tahi'. namun tak kan kita nak tunggu sehingga segalanya menggangu duit poket kita baru kita nak memaki hamun? 'selfish' sungguh. saya akan cuba untuk tidak menyebelahi mana-mana parti politik di sepanjang penulisan post ini walau hakikatnya sukar dielak.

sekarang ini segalanya ingin di politikkan. segalanya? mungkin sukar untuk mengklasifikasikan mana politik mana tidak kerana suara media hari ini cukup licik. yang remajanya disogok dengan pelbagai hiburan dan golongan pak cik mak cik di kampung dicucuk dengan berita-berita nasional yang kononnya telus lantas menjadi hujah di kedai-kedai kopi. natijahnya segala doktrin yang ternyata berat kepada parti yang menguasai media terus subur dalam kalangan masyarakat.

isu banjir di kedah
baru-baru ini kecoh apabila shahrizat dengan lantang mengkritik kerajaan negeri kedah yang membiarkan rakyatnya tidak mendapat bantuan secukupnya. lantas itu ustaz azizan bangkit mengecam kritikan tersebut. isu ini hangat digemburkan media. seluruh rakyat malaysia memandang serong terhadap barisan kepimpinan kerajaan negeri kedah ini. sedangkan rakyat kedah sentiasa 'cool' sahaja kerana mereka sedar itu hanya mainan politik. sedang kedua parti rancak bertikam lidah, persatuan budha kedah bergerak dari satu rumah ke satu rumah, menghulurkan bantuan makanan dan rm200 bagi setiap rumah. "kami ikhlas nak membantu, ini bukan politik atau apa, kita kena jaga hak sesama manusia." nah, tidak malukah kita?

isu ketuanan melayu
kata-kata DS Wan Azizah dalam kongres PKR yang sedikit sebanyak mengkritik perjuangan dalam memperjuangkan ketuanan melayu pun ingin di politikkan. jika diteliti balik teks ucapan tersebut dengan apa yang ditafsir oleh media ternyata bertentangan. saja ingin membangkitkan sentimen perkauman. saya tidak kata memperjuangkan ketuanan melayu itu salah tapi betulkah kita memperjuangkan ketuanan melayu sedangkan segalanya dirujuk kepada barat? kita bangga suatu ketika dahulu melayu hebat, ya fakta itu tidak dapat disangkal tapi sedarkah kita melayu dulunya hebat kerana segalanya dirujuk kepada islam? zaman kesultanan melayu melaka contohnya. itulah, dalam kelas sejarah jangan tidur. islam dan melayu mempunyai hubungkait yang cukup kuat. lebih banyak pembacaan dan kajian perlu dibuat jika ingin berbicarakan isu ketuanan melayu ini.

isu air
isu ini sebenarnya hangat diseluruh malaysia. dan mungkin saya akan menjadi agak 'bias' bila membicarakan isu air ini kerana saya mempunyai fakta yang agak 'convincing'. ya, bila kerajaan kedah hebat dihentam oleh kerajaan pusat melalui media arus perdana, saya tidak cepat melatah. sememangnya rasa seperti ada yang tidak kena dan tanggapan saya itu tepat. kedangkalan rejim najib terserlah. tidak saya sangka kepimpinan yang diketuai graduan oxford sebodoh itu dalam memutarbelitkan fakta. penswastaan dan pengkorporatan pun boleh disalah ertikan. saya pun belum jelas dengan istillah ini tapi mana mungkin barisan kepimpinan negara pun tak dapat membezakan istillah itu. dari JBA dikorporat menjadi SADA, namun tarif air kekal pada harga 40 sen seliter padu sejak 1983. so what? negeri si menteri yang mengkritik kedah pun tarif air nya 90 sen seliter padu. sewaktu BN memerintah kedah, air di langkawi diswastakan. kos sebelum diswastakan 70 sen seliter padu dan selepas diswastakan menjadi rm1.92 seliter padu. kenapa tak kecoh? sekarang kedah berhutang 1.6 billion kepada kerajaan pusat hasil tinggalan 50 tahun pemerintahan pembangkang BN. ada disebut di media?

saya rasa cukuplah tiga isu ini saya ketengahkan. para pembaca boleh membuat kajian atau menyemak sekiranya fakta saya itu silap. cuma pesan saya, kita perlu membaca dari pelbagai sumber atau kita akan diperbodohkan. timbanglah dengan baik setiap berita dan fakta yang dihujahkan. jangan menjadi terlalu dungu dengan menerima sahaja apa yang disuap oleh media. mungkin kita disibukkan oleh kerja seharian namun mungkin masa yang diperuntukkan untuk dota dan cerita korea boleh kita ganti untuk peduli hal disekeliling kita.

sekian.

-mfr5071-

p/s: ini belum lagi isu APCO, WikiLeaks dan konsep 1Malaysia.

5 comments:

insan kerdil said...

awesome! huhu...gto a bright future to be one of them...most of ur opinion i agree...medias play an importnt role in windng the mind of people..they dominate most the villagers and old citizens bcoz this group of people only can see the outer..only can see wht they can see reality..but not wht happend virtually..they take the advntge of that....they said they didnt give bribe but yhey do..they said they are professionl but they didnt actually....

Jebat Malaya said...

Bez2... Aku pun da x suka kerajaan nih....

Anak FELDA said...

haha..nice entry
by the way
"jangan hanya melihat politik berdasarkan isu sahaja"
(pesan senior kepadaku)
(kini pesanku kepadamu)
(^^)

FaizRodzi said...

hisyam: i dont really like to comment about politic actually. i just have some interest to the issue. i read according to the issue but its related to the politic so wht can i do..haha..ok then? btw tq for the advise.

Atiqah Mahzan said...

terbaik!