keep update with us on facebook!

Friday, September 17, 2010

review: ranjau sepanjang jalan

karya tulisan Shahnon Ahmad yang berlatarbelakangkan Kampung Banggul Derdap, Sik, Kedah ini ternyata dapat membuka minda siapa sahaja yang membacanya.

Bertemakan kesusahan hidup yang dialami oleh sebuah keluarga dalam usaha mendapatkan sesuap nasi. Jerih perit kehidupan sebelum benih padi menjadi sebutir beras perlu difikirkan oleh anak muda kini yang dengan mudah menolak hidangan yang disediakan kerana tidak menepati selera. mungkin kita tidak nampak kesusahan petani bertungkus lumus menghasilkan walau sebutir beras. ya,mungkin kemajuan teknologi menjadikan proses menuai padi lebih mudah tapi ingatlah ianya tidak semudah mengeluarkan duit dari kocek untuk sebungkus nasi.

sekarang di utara tanah air musim para petani menuai hasil padi masing-masing. mesin-mesin padi sedang galak di petak-petak sawah. sengaja saya meninjau suasana ini. membaca hasil tulisan Shanon Ahmad sambil dibelai angin sawah.

kanak-kanak yang asyik mengekori belakang mesin padi sambil menangkap ikan. mereka riang bermandikan selut. umpama watak Lebar dan Kiah yang digambarkan oleh pengarang dalam novel ini. lengan-lengan keras berotot sambil rokok daun di mulut yang tegap berdiri di atas batas-batas sawah tak ubah seperti watak Lahuma.

saya tersenyum. terima kasih para petani

sekian sahaja review novel ini. mungkin tidak terperinci kerana ini hanya sebuah review bukannya analisis.

baca dan berfikirlah.

-mfr5071-


No comments: