keep update with us on facebook!

Saturday, November 14, 2009

Satu Malaysia or Allah yg Esa...?

satu Malaysia
rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

or

Allah yg Esa,
Allah didahulukan,Islam diutamakan.

Perlukah nasionalisme?

bukankah kerana nasionalisme kita berpecah belah?

memperjuang hak melayu atau hak islam...mana lebih utama..??

oho...rakyat didahulukan...kecoh satu Malaysia kes tanah runtuh, tapi akhlak remaja yg runtuh...ape cer..??

"ya Allah, satukanlah hati-hati kami seluruh umat Islam"

~sorila sbb ana bukan org yg brtauliah nk membahaskan isu ni,klau rasa prlu dsumbat dlm ISA mai jemput kt c239...pintu x kunci.

~radikal sk8 post kali ni...hoho.

-mfr5071-

Saturday, November 7, 2009

Menjelang Liga IB musim 1

Banting,KMB - Menjelang liga IB yang akan berlangsung pada awal Disember nanti kelihatan pasukan Faiz masih berusaha mencari rentak. Sebagai pasukan yang masih baru dalam kancah liga IB ini sememangnya menuntut kesungguhan yang amat tinggi jika ingin memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain.

Liga IB yang akan berlangsung selama empat musim mempunyai enam pasukan yang ternyata sangat berpengalaman seperti Math HL, Chemistry HL,Physics HL,English HL,Malay SL dan Business SL. Semua pasukan yang berada dalam liga IB ini menjanjikan saingan sengit sepanjang empat musim bagi merebut tempat dalam liga antarabangsa yang lebih berprestij.

Berdasarkan keputusan perlawanan persahabatan yang lalu,ternyata pasukan faiz bukan tandingan pasukan-pasukan lain. Pasukan faiz telah dibelasah teruk oleh pasukan Math HL dan Physics HL jelas menggambarkan status pasukan faiz sekarang ini.

"Berdasarkan keputusan perlawanan persahabatan yang lalu,kami tidak menaruh harapan yang tinggi pada musim ini tapi itu tak bermakna kami tidak akan memberi saingan" kata faiz yang ditemui di bilik c239 sebentar tadi.

Kelihatan pasukan faiz sedang giat menjalani latihan dalam usaha mencari keserasian pemain-pemain baru dan lama. Kali ini pasukan faiz bakal dibarisi Takae GDC yang baru dibeli dengan yuran perpindahan yang mencecah hampir rm500. Selebihnya pasukan faiz kekal dengan muka-muka lama seperti pakar "drag flick" Thomas Kilometrico dan Sohail Pilot.

"Kami berharap kehadiran Takae GDC dalam pasukan dapat memberi impak positif sepanjang perlawanan nanti" ujar Sohail Pilot.

Mengulas kondisi 'turf' latihan dan turf kejohanan,faiz berkata keadaannya agak berbeza semasa liga SPM yang lalu. Turf latihan disini mempunyai banyak gangguan luar seperti aktiviti sampingan yang banyak yang kadangkala mengganggu kosentrasi pemain. Turf kejohanan pula agak sejuk namun para pemain tampak tidak menghadapi sebarang masalah dengan keadaan ini.

"Kami akan turun sebagai pasukan 'underdog' dan insyaAllah kami akan tampil bersama strategi ampuh bagi merobek kubu lawan" ulas faiz lagi.

Liga IB musim 1 ini akan bermula pada 3 Disember 2009 dan pastinya penampilan pertama pasukan faiz amat dinantikan.

sumber: mfr5071

Wednesday, November 4, 2009

terfikirkah kita...??

case 1

"eh, ko dah siap report blom?"
"aku blom lg la...mcm mna ni...nnt kna sound, dh tu rendah la markah I.A aku."

"mlm ni ko tngok bola tak..?"
"mesti la tngok,rugi oo tak tngok...game best siot..."

"weh bayar rm5."
"nak buat ape..?"
"kita nk kumpul duit beli TV baru untuk blok ni.."
"rm5 je..cukup ke..rm10 pon aku sanggup.."
"tv besar baru puas tngok bola"

case 2

"eh, ko dah solat blom..?
"ala..kejap lg la..."
"ko tak takut Allah marah ke..?
"dah tu nanti cm ne nk masuk syurga..?"

"malam ni ko pegi usrah tak..?"
"ishk...tak kot...aku banyak keje la..."
"lagi pon mak aku antar cni suruh belajar je..."
"tp kan...Allah taqdirkan ko hidup kat dunia ni untuk ape..?"

"weh ko dah derma untuk palestin..?"
"erm...aku kewangan tak mengizinkan la.."

"Jangan tanya apakah yang islam telah sumbang kod kita,
tapi tanyalah apakah yang telah kita sumbangkan untuk islam.."

~maaf jika sejak kebelakangan ini banyak post yg mengarut

"hidup dan mati kerana Allah"

-mfr5071-