rasa macam baru semalam, alunan merdu ayat-ayat suci Sang Pencipta menghiasi subuh yang hening. namun sebentar tadi aku tewas, dan sekarang aku kembali menghadap yang Maha Pengampun.
"hipokrit!" getus hatiku bersendirian.
tubuh yang masih dibasahi air wudhuk kini bersandar di tiang masjid. memerhatikan manusia lain yang khusyuk menghadap Allah. waktu solat lambat lagi sebenarnya, cuma sahaja ingin mencari ketenangan.
"aku faham maksud futur, aku faham ayat 8 surah as-syams, tapi kenapa aku masih tewas dengan pujukan nafsu" aku terus bermonolog sendirian.
"mungkin kamu manjakan sangat diri kamu ya syabab" terngiang suara itu seolah memberi respon kepada monologku.
"manja?" aku terus berkomunikasi, walau tidak tahu dari mana datang suara itu.
"ya, manja. apa yang terlintas di fikiran, kamu turuti. kononnya punya faedah, dapat membentuk fikrah islamiah. kamu dah timbang berapa fikrah islamiah, berapa jahiliah?' aju suara tersebut.
ada benar apa yang dibicarakan suara itu. hati ini tersentak.
"jadi bagaimana?" aku bertanya kembali tanpa menjawab soalan yang ditanya.
"mungkin sudah sampai masa berjinak-jinak dengan perkataan i'qab."
"i'qab? menghukum diri?" retorisku spontan.
"ya. pernah dengar bukan? ilmu tanpa amal umpama pokok tidak berdaun. sedangkan para sahabat mengi'qab diri. tujuannya sebagai tarbiah membentuk akhlak islamiah."
i'qab atau melayunya menghukum. pernah dengar dalam halaqah yang entah bila tarikhnya. benarlah, setiap teori perlu disertakan praktikalnya. baru ilmu itu bermanfaat.
"mad, bangun mad. dah subuh!!" kedengaran suara lain sambil diiringi ketukan pintu.
"Astaghfirullah...mimpi rupanya aku. ya, ya, dah bangun ni, terima kasih tolong kejut" sambil menyahut suara sahabat yang datang mengejut diri ini untuk sama-sama berjemaah di masjid
sambil bersiap-siap ke masjid, mimpi tadi masih bermain difikiran.
"ya Allah bantulah hamba Mu ini, berilah petunjuk dalam setiap kerja buatku" doaku sambil kaki ini cergas melangkah ke masjid, sambil tangan mengetuk pintu-pintu yang dilalui, sambil memanggil nama-nama sahabat lain yang disayangi.
i'qab, teori yang mungkin praktikal untuk mentarbiah diri.
-mfr5071-
*olahan pengisian berkenaan tazkiyatun nafs. assif kalau ada salah dalam penggunaan istillah.
3 comments:
kejut C-242 ya!
kebiasaan dahulu kala membuatkan kita terbiasa dalam harian kita..
tambah2 klu bercuti.
byk benda yg mnganggu.
rsa hii..
kena ikut kta hg .
kna byk iqab.sungguh2.
faiz..follow blog aku....
Post a Comment