keep update with us on facebook!

Sunday, December 26, 2010

habit kita orang melayu

in the name of Allah, the most gracious the most merciful.

setelah hampir seminggu tidak mencoret, hari ini cuba untuk berkongsi sesuatu yang entah ilmiah entah tidak. anda sebagai pembaca yang tetapkannya. seminggu tidak menulis bukan bermakna sibuk sangat, hakikatnya hampir langsung menganak tirikan IB. berfutsal, menjengah laman bloggers lain, meng'explore' dunia business dan menonton movie. ya saya menonton movie, ketawa haziq 'classmate' saya bila saya meminta link untuk download movie. ada dua movie, sang murabbi dan color of paradise. lebih mengajak otak untuk menganalisa dari membuat batin terseksa.

habit kita orang melayu

banyak kalau nak di 'list'kan habit kita orang melayu ni baik positif mahu pun negatif. cuma saya nak sentuh satu, baca dan kajinya tak nak tapi bila bab mengata kalau tak diajak pun dia nak. mungkin saya tergolong dalam golongan ini. hal ini jelas semasa negara kecoh dengan isu syiah. serabut kepala jika mengikuti isu ini, lebih serabut bila mana saya dan faqir ditugaskan mengkaji tentang hizbut at-tahrir. cetek ilmu itu sudah semestinya lah tapi kelakar bila mana orang kecoh hal syiah, dia pun nak berhujah hal syiah. berhujah biarlah punya fakta dari sumber yang tepat. mungkin kenyataan tersebut menampakkan saya lebih birokrat tapi kalau nak 'smat alec' pun biarlah bertempat.

awas dengan sumber rujukan

ibrah dari pertelingkahan bab syiah di malaysia ini, ianya membuka mata dan minda saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih sumber rujukan. kalau sumberya terus dari al-quran dan hadith mungkin tidak punya masalah tapi sekarang banyak dari kita merujuk kepada internet. nasihat saya, bila kita merujuk biarlah ianya dari sumber yang sah. kalau kata ulama' biar ianya dari ulama-ulama muktabar. kalau buku-buku kita lihat dahulu siapa penulisnya dan lihat sumber rujukannya. saya risau juga sekiranya disepanjang penulisan saya telah merujuk kepada sumber yang salah. sebab itu saya cuba sertakan reference dan para pembaca boleh betulkan saya.

politik

saya bukan nak kritik politik semasa lagi tapi bila dirumah ini internetnya laju, jadi banyaklah laman politik yang saya singgah. yang pastinya kena dari dua pihak agar nanti ada 'claim' dan 'counter-claim'. saya mengesyorkan bagi yang stress untuk lepak di laman politik kerana ianya boleh membuatkan hati anda terhibur melihat badut-badut politik berpencak memaki hamun sesama mereka. apa kaitannya dengan topik? pesan saya, fakta dari laman politik amat dhaif untuk dijadikan hujah atau tak langsung boleh dijadikan hujah. anda perlu kerja lebih jika faktanya dari sumber yang berbenderakan politik. perlu memeriksa sumber hingga ke pangkal. pening politik malaysia sekarang, malaysia ada dua jenis ulama', ulama' umno dan ulama, pas. tak ka serabut kepala.

saya tutup entry saya dengan adegan dari sarkas politik bagi mengurangkan stress para pembaca:

claim: kita satu malaysia, katanya logo satu malaysia melambangkan perpaduan bukannya politik, jadi kenapa kerajaan selangor haramkan? kerajaan selangor takut dengan bayang2 BN
counter-claim: dah 3 thn pas memerintah kedah, gambar ustaz azizan tak leh gantung kat sekolah bawah kementerian pelajaran, katanya politik. tak kecoh kat tv pon. sapa takut sebenarnya?

sekian.

-mfr5071-

p/s: maaf kerana entry yang panjang

1 comment:

Anonymous said...

menarik.