Jemaah subuh tadi semakin surut. Al-maklumlah orientasi dah berakhir. yang senior pula dua tiga kerat ja. huh, bagaimana la dengan hari-hari seterusnya.
semasa makan tadi kelihatan dua tiga orang ikhwah bertebaran di DS. makan bersama-sama junior. semuanya dalam proses membina hubungan dalam usaha membentuk saf-saf dakwah yang kukuh. ini strategi. waktu mabit semalam pun dah berta'aruf dah sikit cuma tak tidur di surau sama-sama sebab mulai tahun ini admin tak benar tidur di surau. tapi nanti boleh kot. peraturan itu teori.
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh" [61:4]
moga istiqamah. fastabiqul khairat.
-mfr5071-
2 comments:
Betul, betul.
Semoga beristiqamah berfastabiqul khairat =) [Ayat rosak nahu & tabahasa]
Teringat setahun dulu,
Buat taalim untuk tajmi' batch antum di bilik tv. Ramai jugak yang datang. Xcukup rasanya buat sekali seminggu. Kebanyakan ikhwah kali pertama berjumpa, di bilik tu la. Penuh memori bilik tu sebenarnya ^_^
Tahun baru, kreativiti baru. Teruskanlah menghasilkan karya baru atas jalan dakwah ini.
insyaAllah akh. moga istiqamah.
semlm akmal buat ta'alim d blk tv. mengisi sambil mengimbas nostalgia mungkin.
jiwa2 mereka masih segar.
Post a Comment