sekalung tahniah kepada skuad harimau malaya yang berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki ke tanah air. walaupun dipatuk garuda, namun gigitan skuad harimau di kandang sendiri beberapa hari yang lalu sudah cukup bisa untuk dinobat sebagai juara.
rakyat malaysia pastinya suka setelah Najib mengumumkan 31 dec ini sebagai cuti umum yang jatuh pada hari jumaat. moga dengan pengumuman itu membuatkan seluruh rakyat malaysia dapat mengecapi nikmat solat jumaat dengan lebih segar dan khusyuk tanpa memikirkan hal kerja. sekali-sekala dapat juga menikmati nikmat yang dikecapi rakyat kedah kelantan dan terengganu ini.
rasa-rasanya la kan, kita ada menyumbang tak kepada kemenangan malaysia tadi?
waterboy: aku tolong bancuh ayaq kot.
mamak kedai: you makan dekat saya punya kedai sambil layan skrin besar lagi mau tanya ka?
jejakamacho: giler der, gwa lari laju2 dari pejabat, pukul 5 dah masuk stadium, ni ha, poket pon dah rabak. demi harimau malaya der.
yang dekat rumah pulak? ok la kan walau jeritan tu safee sali mahupun brader kutip bola tu tak dapat dengar, tembakan-tembakan doa itu sampai insyaAllah.
walaupun malaysia sedang asyik menyaksikan harimau malaya berentap, masih ada golongan yang tak hirau pun suasana ini. mereka dengan hal mereka. tapi esok bila baca paper terhegeh-hegeh juga nak tumpang bangga. jumaat ni pun mereka nak cuti juga. tak segan ke der?
boleh nampakkan 'level of contribution' di situ?
Dari Nukman bin Basyir katanya,
“Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?” Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan). Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda,
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.
Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.
Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya.
Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.”
Kata Huzaifah RA, “Kemudian baginda SAW diam.”Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.
agak-agaknya la kan, nanti bila hadith nabi diatas menjadi kenyataan, sistem khalifah kembali dan islam menjadi rujukan alam, ada tak contribution kita kepada kebangkitan dan kejayaan tersebut?
or masa tu kita baru bangga yang kita ni islam? herm...saya bertanya kepada diri saya sebenarnya. kadang-kadang kita perlu berkomunikasi dengan diri. agar apa yang kita fikirkan itu lebih jelas. tak gitu?
sekian.
-mfr5071-