keep update with us on facebook!

Thursday, December 9, 2010

muqaddimah 1432

cuti semester telah menjengah hari ketiga. bertemankan gerimis subuh dan kesejukan angin yang menggigit ini, hati dijemput untuk mencoret sesuatu disini, menulis dari bumi Melaka, bandaraya bersejarah. Terasa kekok sebenarnya untuk kembali menulis setelah agak lama tapak pembinaan ini berhenti beroperasi.

"duduklah bersama kami, kita beriman sejenak"-mu'az ibn jabal

mari sama-sama kita menyahut seruan mu'az ibn jabal. kita baru saja melangkah ke tahun 1432 hijrah, kalau dikira sejak 1412h, usia saya pun sudah menghampiri angka 20 dan sejak 2007, sudah hampir 4 tahun bergelar 'blogger'.

sebagai muqaddimah tahun baru, saya kembali menyelak helaian muqaddimah kitab almuntalaq karangan syeikh muhammad ar rasyid kerana di dalamnya terkandung pesanan yang berguna terutamanya tentang seni dakwah yang saya kira perlu diambil perhatian oleh rakan-rakan yang berkecimpung dalam dunia blog ini. tidak perlu rasa 'inferior' bila mendengar perkataan dakwah itu, selagi mana kita menulis hal kebaikan bertujuan untuk memberi kefahaman dan mengajak kearah kebaikan, itulah dakwah walaupun sekadar berkongsi pengalaman diri.

cuma apa yang cuba ditekankan dalam muqaddimah al-muntalaq ini ialah perlunya kekuatan hubungan dengan Allah (HDA) untuk memastikan keberkesanan penyampaian kerana hanya aqal yang memahami, hati yang bersih dan orang yang yakin dengan kebenaran yang dibawanya sahaja boleh mengungkapkan kata-kata yang benar dan kekal. diluar logik akal kata-kata mu'az ibn jabal diatas mampu kekal hingga hari ini walau dahulunya tiada teknologi untuk merakam kata-kata tersebut. kuncinya ialah HDA. Allah jualah juga yang membuatkan kata-kata itu tersemat di hati hamba-hambaNya yang terpilih.

justeru saya mengajak hadirin rakan-rakan bloggers untuk memberi nafas baru dalam setiap bait yang bakal kita coret pada hari-hari mendatang. biarkan ianya menjadi pelaburan yang bermanfaat 'disana' kelak.

akhir kalam, teruskan menulis walau hanya berkongsi pengalaman diri. saya pun kembali menulis dengan azam baru dan dengan harapan akan lebih teratur (munazzhamun fi syu'nihi). ada beberapa perubahan sempena tahun baru ini. walau tidak sehebat langitilahi.com tapi tetap ada. tiada publisiti tentang perubahan itu. cari dan kesanlah sendiri.

sekian.

-mfr5071-

reference: muqaddimah al-muntalaq, muntalaq.com

4 comments:

Anak FELDA said...

mfr
ko ada al-muntalaq ke???
nanti nak pinjam....
(^_^)

af yusOf said...

insyaallah.. thanks f0r d reminder.. a way t0 akhirah..

Salam Manaff said...

aishh.. tak pernah gtau pun ada blog.

Anyway, salam maal 1432 hijrah. all da best in dakwah and study. Hope we can achieve successfully in both aspects. Ukhwah fillah. =)

FaizRodzi said...

hisyam: aku xda full almuntalaq. aku refer yg dpt time daurah ari tu ja. boleh cari kt link yg aku letak kt reference.

paan:moga dpt manfaat. share dgn yg laen juga.

salam: akh,ana dah follow blog enta dh lma dah, enta ja x perasan. segan la nk promote, bukn ada apa sngat pon. hehe.