keep update with us on facebook!

Thursday, December 31, 2009

sekadar coretan kosong

Sebenarnya malam ni berhajat nak tulis tentang sesuatu tetapi entahlah, terasa kering.

Sementara rakan-rakan remaja di luar sana sedang berhibur meraikan tahun baru kononnya sedangkan sudah 2 minggu 1431 hijrah menyapa kita, saya di rumah sahaja. Mungkin terasa hipokrit bila menulis begini tapi mungkin itu perasaan yang perlu dilawan untuk keluar dari kelam jahiliah.

Tadi sempat berchatting dengan rakan-rakan di facebook. Berkongsi pendapat dan isu-isu yang boleh menaikkan iman. Ada juga junior yang meminta nasihat, termangu juga bila ada yang meminta nasihat. Ya la, diri sendiri pun terhuyung-hayang tapi rukun ukhwah itu, bila ada sahabat yang meminta nasihat,kita perlu memberi.

Sekurang-kuranya saya belajar sesuatu. Sebenarnya produk-produk yang terhasil dari sistem pendidikan Malaysia yang kita lihat terkinja-kinja, orang berambut merah mereka pon rambut merah, orang merokok mereka pon merokok, kebanyakan dari mereka tidak tahu sebenarnya. Tiada yang memberitahu dan membimbing.

Saya ambil contoh, dulu semasa sekolah, kami disuruh menutup aurat ketika bermain di padang dan ketika mewakili sekolah. Kebanyakan yang menutup aurat kerana kalau tak nanti balik asrama terima lah akibatnya. So apa jadi bila si junior jadi senior? si senior dah tak tutup aurat sebab dia lah senior, sapa nak marah. Dia pula yang suruh junior tutup aurat sebab dulunya dia kena macam tu. Nampak? kami tidak dijelaskan sejelas-jelasnya kenapa perlu menutup aurat. Ini baru isu aurat, belum isu-isu besar yang lain.

Pencapaian akademik pula satu hal. Betul kecemerlangan akademik itu perlu tapi sampai dah terlupa objektif asal kehidupan sapa suruh. Bila prestasi akademik teruk, pihak sekolah dan pibg kelam-kabut buat program, panggil penceramah motivasi sana-sini sedangkan pelajar sibuk bercintan-cintun dan fly mencari stok rokok. Bagaimana nak kan kejayaan kalau segalanya tak digantung harap kepada pemilik segala kejayaan?

Aku juga belajar, dalam memberi nasihat tidak perlu terlalu obses. Mungkin sahabat kita itu baru nampak jalan kebenaran sedangkan kita gah dengan dalil-dalil yang bertalu-talu dihujah kepada sahabat kita itu. Sifat daie tu kan perlu kreatif dan berhikmah. Beri peluang sahabat kita itu berfikir, mungkin pemikiran belum capai seperti yang kita faham, tapi berdoa dan yakinlah dengan pertolongan Allah. Hidayah itu hak milik Allah seluruhnya.

Rasanya itu sahaja, mohon undur diri bagi meneruskan agenda lain. Agenda seorang hamba-Nya.

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".

[Yusuf, 12:108]


-mfr5071-






No comments: