19 tahun sudah bernafas di atas bumi Allah ini.
19 x 365 = 6935 hari
6935 x 24 = 166440 jam
166440 x 60 = 9 986 400 minit
Nah. melihat kepada perkiraan itu, dari jutaan minit, berapa lama telah kita gunakan untuk mengabdikan diri kepada Allah. bagi sesiapa yang menulis jurnal harian, buka dan semaklah. Kepada budak2 IB, melihat kepada sumbangan kita kpd Islam dan pengabdian diri kpd Allah, berapakah gred kita atau kita boleh agak, personal statement yang bakal malaikat roqib & a'tid serahkan kpd Allah nanti. Bersediakah untuk interview dgn mungkar & nakir. Layakkah kita ke syurga? yang pasti requirement untuk ke syurga lebih tinggi dari universiti di UK. Sama-sama lah kita muhasabah.
seperti biasa setiap orang akan memasang azam baru. barukah? bagaimana dengan yang lama. sudah tertunaikah? kalau belum tidak mengapa, berikan nafas baru sekiranya masih relevan untuk dicapai.
Tiupkan sedikit iman dalam setiap azam. Walau sedikit biarlah ianya konsisten dan cabar diri untuk tingkatkannya dari masa ke masa. Selamat berhijrah.
"aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku"
[51:56]
"wahai orang -orang beriman! masuklah ke dalam Islam secara kesuluruhan, dan jangan kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu"
[2:208]
"dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dengan yang batil dan janganlah kamu menyembunyikan yang haq itu sedangkan kamu mengetahui"
[2:42]
~bermacam novel dan cerpen sudah d khatam tapi terjemahan al-quran tak khatam lagi apa cer? ( aku berazam)
-mfr5071-
No comments:
Post a Comment