keep update with us on facebook!

Saturday, December 26, 2009

hoki itu saya

banyak sebenarnya kisah yang nak dikongsi.

Ini kisah sekolah rendah. Aku dulu seorang yang gemok dan tak reti bersukan. kalau lumba lari sure aku dibelakang(la pon kt belakang gak). selection bola tak pernah lekat. Asyik kena kutuk saja bila kaitkan aku dengan sukan. Terbakar den. Aku pun bertekad utk jadi 'somebody' dalam bidang sukan. pagi2 weekend bangun awal jogging. aku masuk hoki. Org perlekeh sbb bleh la main hoki sbb tak da orang nak main. Terbakar lagi. aku gigih berlatih. Kelas fardu ain tak pi tapi latihan hoki ada pulak. Begitulah komitmen aku. At last, darjah 6 aku dapat wakil kedah hoki." So now?? takat main wakil daerah xda menda la wey..." tu la faiz dulu. agak angkuh gak la. tapi puas dapat tutup mulut pengkritik.

Hidup slepas tu hanya dengan hoki. Bila masuk sains kedah impian aku sebenarnya nak dapat anugerah 'full colour award sbp'. Anugerah ni aku tau ada bila baca mjalah skolah kat libry.(aku xpernah share ngn spa pun impian ni.)Susah nk dapat, nak kna ada international achievement. Satu hari aku baca paper, aku tngok ada senior hoki aku dpt selection hoki U16 m'sia. Nama kuar paper siot. dari situ aku pasang azam yg nnti bila aku baca paper akan ada nama aku dlm list tu. Peluang utk full colours.

Aku mula gigih training. Form 1 aku dh wakil daerah.Ptg2 aku joging sblom main ngn member2. depa kata aku pulun, aku kata mana tau nnti depa panggil main m'sia. Nada bergurau ja. bila form 4, aku dah mcm terdesak sbb tu la thn last aku nk capai hasrat aku. Aku terlepas selection negeri. Sapa yg bersama aku waktu tu tau la mcm mna aku maki hamun. aku cari cable, last aku dpt gak masuk team kedah tanpa selection. Walaupun guna cable, aku berjanji utk buktikan aku deserve tempat tu. Teamate pon dh mula yakin dgn aku lpas lma training skali.

abih tournament kt KL aku balik skolah. Lepak depan anjung sblom assembly pagi, amek 'the star'. Aku pasti hari ni mesti ada list name utk selection U16 m'sia. Aku buka, senyum and aku tanya senior hoki aku yg kebetulan ada dekat dgn aku " abg, mcm kenai la nama ni" haha poyo gak la tyme tu. "mohd faiz rodzi (kedah)" bangga siot. Pagi tu gak aku naik pentas, dpt jaket alumni sains kedah. Baru selection tak dapat lagi.

Mula hari tu aku gigih training sblom pi latihan pusat. Hari2 sepuluh round track skolah pastu main bola nak tambah fitness. Bertapa disiplinnya aku waktu tu. Lepas p latihan pusat berapa lama nntah, lama gak la at last nama d umumkan aku lekat wakil m'sia. Perasaan tyme tu xtau la nk kata pa. Rezki plak mencurah-curah. Mentor bagi duit,mjlis wrden bg duit,ckgu2 len bagi duit. Kirannya aku pi German bawak duit rm4000 lebih la. yg best dpt PASPORT FREE yg d taja hoki m'sia.

Lepas blk dari German, aku rasa puas sbb aku dah capai apa yg aku nak. aku pon dh mcm x training la sangat. Prestasi aku menurun. Aku kna drop utk selection asia cup tp x rasa rugi pon sbb tournment tu x jd pon. form 5 aku main takat mssm ja. Org training pagi petang aku petang ja. Besa la star. haha, p training lmbat pon org tak kata pa. Mula dari situ prestasi merosot. Sbb tu aku tak suka org tau background aku. Faiz mudah berasa selesa dgn status yg dia ada. La ni aku main mcm taik.

Hoki juga mengajar aku macam2. Baik dan juga buruk. banyaknya yg buruk. hoki gak buat aku gelabah nk amek spm. ye la tyme f4 setengah tahun tak masuk kelas. kata f4 honeymoon..haha.
Aku mula sedar aku punya aim "full colours award". mau tak mau mesti la nak kna dpt strght a. Aku pun pulun la blajaq pulak, walaupun admath ngn kmia slalu ja failed. tapi kna pulun gak klau nk anugerah tu sbb kriteria lain dah cukup dah tinggai akademik ja lagi.

pulun punya pulun, tngok result mid yr f5 aku air mata gak r. still da dua failed. aku ingat lagi, pak lah(mmber aku) tanya aku, " pait,cmna ni, bleh ka kita dpt strght a?" aku masih optimis lagi tyme tu dgn mnjawab "faiz tak pernah gagal lagi dalam memburu impian, stakat la smua yg aku nak aku dapat pak lah". haha,aku tak lupa pak lah oii... sblom msuk dewan hari spm pon aku still bisik kata2 ni kt diri aku. aku dpt kepercayaan PK 1 utk apply full colours award walapun result trial hampeh. satu sbjek ja hampeh.

bila result spm d umumkan, herm...sudah tiba babak kecewa dan sedih. Aku tak dpt strght a. dpt 8 ja. Rasa mcm nk luruh jantung. Ini kisah benar. Aku bukan kecewa sbb result aku 8a ja, tapi membayangkan yg aku gagal mncapai cita2 yg aku pasak2 kuat2 tyme form 1 dulu. serius aku tak fikir lagi pon sal nk sambung course apa tyme tu. Cma depan member aku buat besa saja, sbb aku tak pernah pon share target aku ni ngn sapa2. "full colours award" hanya impian yg tidak lagi akan menjadi kenyataan.

Namun route to the awards memberi jutaan makna. Dari sudut materialistik or experience amat berguna. Terima kasih kepada semua yg support aku sepanjang aku berjuang memburu impian yg kini sudah terkubur. Tinggal kenangan. Jam tngan yg aku pakai la ni pon hasil dari hoki gak, anugerah tokoh koku tyme f4, masih pakai sampai skrng.

Kini dengan impian baru, cuma aku sedar perjuangan ku yg dulu sangat kurang hubungan aku dengan Allah. Sbb tu aku kecewa bila gagal. Perjuangan jika berlandaskan islam tiada kegagalan sebenarnya. Cuma antara dua, menang atau syahid. itu yg aku belajar.


.
p/s: atip, jgn gelak baca post ni. aku pon mcm nk trgelak gak bila baca balik. tapi aku dan hoki. kira mcm klau tau kisah hoki aku, knai la aku spenuhnya. tapi ni banyak kisah aku dan hoki yg aku 'cut'. klau gtau smua mcm buka pekung didada. (atip ni teammate aku)

sori la post kali ni cerita sal aku ja. lgi pun aku rasa bukan ada sangat org baca blog aku,so klau kdang2 merapu ok gak kot. hehe.. xda ilmu yg dpt d kongsi utk kali ini. myb next time.

sekian.

-mfr5071-

2 comments:

Ahmad Jazli said...

Haha...bag0s gak abang paid wat camni...skurang2nya..dapat la saya kenal sapa abang paid yg sebenarnya...
lagipon ni slah stu cara nak share pengalaman idop...

atifgazali@gmail.com said...

aku tak gelak pait.
aku cuma senyum.
pengalaman yg kadang2 mendewasakan kita.