“Islah nafsak, wad’u ghairak”
diatas saya isytiharkan sebagai quotes untuk hari ini. Kenapa? kerana hari ini saya jumpa quotes berkenaan dalam dua post dari dua site yang berbeza. Langitilahi.com dan blog fiq.
Quotes yang kalau tak silap saya dari Allahyarham Shaikh Mustafa Masyhur itu membawa maksud "perbaiki diri, dan ajak orang lain( utk sama2 memperbaiki diri)" sedikit sebanyak memberi sedikit motivasi kepada insan-insan yang baru berjinak dalam medan tarbiyah.
Realitinya kadang kala kita berasa segan untuk menegur kemungkaran yang berlaku lantas mengambil alternatif untuk sekadar membenci kemungkaran tersebut. Alasannya "siapalah aku nak menegur dia sedangkan aku pun bukanlah alim sangat". Kita merasakan amal kita masih belum cukup untuk menegur orang.
Kena tunggu amal kita cukup baru kita nak tegur member buat kemungkaran? kita mengamalkan konsep beramal kemudian baru berdakwah sedangkan yang sepatutnya berdakwah dulu kemudiannya sama-samalah kita beramal. Sebab itulah realitinya kita azan dulu baru kita solat. Azan kan mengajak kita melakukan solat. Azan itu dakwah dan solat itu amal.
Sekiranya kita nak tunggu sampai kita ni sempurna sepenuhnya, nampak gaya tiadalah orang diatas muka bumi ini yang kan menyeru kepada kebaikan. Ya la, mana ada manusia yang 100% sempurna. Justeru kita serulah setakat yang kita mampu. Nabi pun pesan "sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat".
Kita janganlah pandang kerja dakwah hanya terletak dibahu ustaz-ustazah atau budak-budak sekolah agama. Betulakan balik persepsi kita. Kadangkala bila orang sebut kerja dakwah ja kita bayangkan orang tabligh, kena berjanggut, berjubah&berserban dan kena ada title ustaz dan sebagainnya. Mengajak rakan-rakan bersolat kira dakwah la tu. Kita seru sekadar yang kita mampu kerana itulah tugas kita diatas muka bumi ini.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
[ali Imran, 3:110]
Justeru rakan-rakan seaqidah sekalian, marilah sama-sama kita mengislah diri kita disamping kita cuba mengaajak orang-orang yang berada disekeliling kita untuk sama-sama turut mengislah diri kerana inilah tugas kita. Ajaklah dengan hati yang ikhlas kerana Allah dan hasilnya serah kepada Allah sepenuhnya. Hanya Allah yang berupaya memberi petunjuk dan hidayah.
'bersama memburu redha Allah'
-mfr5071-
No comments:
Post a Comment