keep update with us on facebook!

Tuesday, December 15, 2009

dugaan itu

dugaan itu
datang dalam pelbagai cara
canda tawa
duka lara
kelapangan masa
cuma cara kita melayannya sahaja berbeza

dugaan itu
bertujuan menguji
kita sangka iman kita utuh
hakikatnya rapuh
runtuh ternoda
dek dugaan yang sekelumit cuma

dugaan itu
mengajar erti sabar
sabar itu cantik
penawar tatkala disapa dugaan

dugaan itu
tanda sayang
sayangnya Ar-Rahim kepada hambanya
agar hambanya tidak kesal dikemudian hari

dugaan itu
Patutkah manusia menyangka
bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

[29:2]



~aku belajar sesuatu

-mfr5071-



No comments: