Kebelakangan ini banyak juga spent masa menonton movie dan ini salah satunya:
Hadis yang sering kita dengar namun menjadi yang asing bukan suatu yang mudah. Ianya perlukan kefahaman dan kekuatan yang berteraskan aqidah yang satu. Ini lah antara kunci perjuangan. Masing-masing punya pemahaman tapi jangan pantas kita mengatakan pemahaman kita sahaja yang benar dan yang lain salah. Menemplak pendapat dan pemahaman orang lain tanpa hujah serta usul periksa adalah suatu yang kurang ajar bagi saya.Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
H.R. Muslim
Bergerak juga satu keperluan. Jangan kita petah berbicara itu ini tapi 'habuk pon tarak!' tapi jangan pula takut untuk menyuarakan pendapat hanya kerana kita takut diri tidak dapat menurut apa yang diperkatakan. Berkatalah dengan yakin kerana ia merupakan salah satu kunci perubahan.
Allah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatalah yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki perbuatanmu serta mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasulnya maka ia sungguh akan berbahagia dengan kebahagiaan yang agung.” (AlAhzab:70-71)Filem ini tidak menjanjikan aksi dan pelakon 'hot' tetapi bagi saya jalan cerita dan mesej yang cuba disampaikan sudah cukup 'hot' untuk kita fikirkan dan refleksi pada diri serta masyarakat hari ini. Moga peroleh manfaat.
Selamat menonton!
Full movie: Sang Pencerah
-mfr5071-
1 comment:
laju nyaa!! aku nak tulis gak tpi tak sempat lgi
Post a Comment