keep update with us on facebook!

Tuesday, July 19, 2011

politik: isu penutupan premis hiburan di Kedah sepanjang Ramadhan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Berbicara soal politik, saya tertarik untuk mengutarakan isu hiburan di Kedah. Isu ini sebenarnya bagi saya bukanlah isu politik namun aura PRU13 membuatkan isu ini turut terpalit bau busuk politik tanah air.

Mulanya berhasrat untuk menulis hasil bacaan berkaitan isu ini tetapi terjumpa penjelasan oleh Muhammad Sanusi Mohd Nor, Ketuan Penerangan PAS Kedah. Penerangan beliau sudah cukup mantap untuk kita teliti. Saya terima penerangan beliau sebagai sumber rujukan kerana beliau membincangkan dari sudut undang-undang dan pendirian sebenar di sebalik penguatkuasaan berkaitan isu ini. Saya terpaksa tolak sumber-sumber akhbar yang hampir semuanya berbicara dari sudut politik.

untuk bacaan klik sini

Bargain power

Pada hemat saya seluruh umat islam di Malaysia perlu duduk berfikir. Bagus juga isu ini dihangatkan. Bagi yang sedar umat islam di Malaysia kehilangan 'kuasa tawar-menawar' dalam menegakkan hukum Allah di negara sendiri. Bukan sahaja ditentang dan dipersoal oleh 'non-muslim', yang saudara seaqidah sendiri turut mentertawakan usaha ini.

Sekian bicara politik untuk minggu ini.

-mfr5071-

* Sanusi ni Alumni Sains Kedah,

No comments: