keep update with us on facebook!

Sunday, January 23, 2011

less than 100 days

in the name of Allah, the mighty Allah and the most gracious.

mungkin post kali ini cuma post 'kosong', namun hati tetap berharap sesiapa yang membaca mendapat ibrahnya walau cuma sekelumit.

tertekan. mungkin itu perkataan yang sesuai. ramai yang sedang struggle untuk menepati dealine yang ditetapkan. saya tidak terkecuali namun mungkin tekanan yang berbeza. saya masih ok dengan segala macam tugasan. tidur lambat, bangun awal dan mengeluh 'tension' itu biasa. itu rencahnya. kalau tak da semua tu kuranglah 'ummphh' nya. saya suka dengan rutin seperti itu. semakin sibuk semakin sikit ruang untuk terbazirnya masa.

cuma dalam kesibukan ini, ada perkara yang kurang enak bagi saya. ada cikgu bertanya tentang kehadiran pelajar ke kelas namun tiada jawapan yang dapat diberikan kerana tiada kepastian. bila ditanya adakah kita boleh ikut suka nak ke kelas atau tidak, saya akan kata boleh. 'the choice is yours'. sama macam nak buat maksiat, boleh ke tak? boleh je, buatlah bukan ada siapa nak halang tapi sendiri mau ingatlah, ada malaikat kiri kanan yang menilai.

saya observe semua ini kerana ianya salah satu dari objektif saya terima tawaran ke kmb yang dikatakan kolej tersohor kononnya. saya nak observe macam mana budak-budak 'pandai' ni hidup dan kini saya menuju ke konklusi yang pelik.

nak jadi pandai, belajar kena struggle all out, biar sampai 3 or 4 pagi. bab subuh gajah or terkantoi terus tu cerita lain. nak lagi? herm...letak assignment sebagai priority tambah2 yang contribute percent untuk final, biar tak masuk kelas pun tak pa. kalau tak siap nanti effect final, tak sanggup den, nak fly kot. cukup la kot 2 contoh tu.

sekarang baru saya tahu macam mana nak jadi budak pandai. takut juga kan nak jadi budak pandai. nasib baik saya tak berapa pandai. macam poyo kan statement tu, tapi memang betul pun, sahabat2 yang betul kenal saya mereka tahu saya tak pandai, cuma saya bertuah. justeru saya tidak punya alasan untuk tidak bersyukur.

dulu waktu saya dengan member2 hoki saya ada match dengan satu grup budak sbp, dan saya dicuit. "tu geng2 hang r tu, budak2 pandai, nanti tunggu naik turf kita tengok sapa pandai". saya senyum..lepas tu boleh la tngok aksi budak2 pandai di menganjing atas turf. tu pun masih nak tunjuk ego kononnya mereka masih lagi pandai.

saya harap tiada yang sakit hati dengan post saya kali ini. saya niat nak tegur tapi tak mampu nak tegur dengan lisan. nak tegur pun tiada testimoni yang yakin untuk dipersembahkan. ye la, dengan sikap dalam contoh saya itulah mereka peroleh result gempak2.

akhir kalam, saya nak quote kata2 cikgu saya di sekolah dahulu,

"saya tak kisah pun kalau result spm kamu nanti tak berapa bagus. kalau pun kamu hanya jadi seorang penjual burger, ianya lebih bernilai kalau punya akhlak yang baik dan reti hormat guru. kerja lah apa pun, janji halal dan boleh hidup."

sekadar muhasabah diri.

" ya Allah, andainya kejayaanku dalam IB may nanti punya manfaat untuk Islam, permudahkanlah"

sekian.

-mfr5071-

4 comments:

Anonymous said...

semua orang pandai, x da yang x pandai. cuma org pandai dalam belajar,belum tentu dia pandai selain belajar. Kepandaian tidak terletak pada result gempak, tp terletak kepada cara kita berfikir, tentang Akhirat, tentang dunia,tentang bangsa, tentang keluarga. :) thax for the reminder, the post.

FaizRodzi said...

terima kasih.

sama2 mengislah diri, meng'upgrade' hati dan jati diri.

Anonymous said...

perjuangan kita sama, duka mu, ku rasa.
BERSERAH saja pada yang ESA.

Anonymous said...

Salam. insyaAllah. Jiwa kena besar, bru fikiran 'besar'.
a GREAT reminder anw. Jazakallah.