keep update with us on facebook!

Friday, January 14, 2011

kempen: 1hari 1juz

in the name of Allah, the most gracious the most merciful.

enrty kali ini bertujuan untuk berkempen. ya, pilihan raya pun tidak lama lagi. kempen membaca al-quran, sehari satu juz. mana tahu kalau-kalau najib melancarkan kempen 1hari 1juz. setiap dari calon parti perlu membaca satu hari satu juz. kan manis gitu!

" antum mesti usaha gerakkan setiap orang disekeliling antum untuk membaca
al-quran. mengikut kajian ustaz dari sirah2 zaman nabi, paling sikit pon satu
juz sehari, 1 juz ni macam silibus utk seorang muslim. tak habis jgn tido. dan
antum sbg penggerak, sehari satu juz, sekali duduk. boleh?"

nah, terlopong kejap saya dibuatnya. mungkin sehari satu juz itu biasa bagi yang biasa (yg pasti bukan saya), tapi statement last tu sedikit berat. sekali duduk? budak ib kot ustaz, betapa egonya hati budak ib.huhu.

" ha..rasa beratkan? rasa berat itulah kotorannya.nak kena sental bagi
habis. berat kerana tak biasa buat. kalau dah hati kotor susah nak buat kerja.
cuba kalau antum basuh baju, basuh sikit tingfal, basuh sikit tinggal, bersih
tak? macam tu juga baca quran, biar sekali baca, biar sampai beri kesan pada
hati. memang rasa berat tapi itu lah nikmat ibadah. nikmat ibadah terletak pada
mujahadah."

kata-kata ustaz hasnan itu cukup memberi kesan. santai sahaja pengisiannya. syukran kpd zaha yang berusaha menjemput ustaz hasnan.

sekarang saya ingin mengajak sekalian pembaca, ayuh suburkan alquran dalam diri kita. usaha dapatkan sehari satu juz walau apa jua halangan. kalau sekali duduk lagi bagus. hidupkan suasana ini walaup dimana jua anda berada. bagi yang di kmb ( kalau ada rakan kmb yang membaca), mari sama-sama turun jemaah subuh then boleh terus baca. sekarang dah ada orang yang sahut kempen ini. so tak lah keseorangan bila membaca.

Di kmb, audio bacaan bacaan alquran sudah mula dipasang pagi dan petang. bagi yang di tempat-tempat lain pula, cuba lah lazimkan memasang audio bacaan alquran di laptop atau radio kereta semasa memandu.

insyaAllah, selamat beramal dan moga Allah terima amalan kita.

-mfr5071-

p/s: malam ni nak berkempen semasa mabit plak, cuma rasa 'segan' bercakap depan budak-budak kmb ni. hebat-hebat belaka. doakan saya. hanya Allah yang mampu 'menyentuh' hati mereka.

5 comments:

muhammad said...

ku doakan :D

Sher said...

good advice.. =)

matt Dark said...

thanx for the idea utk masa cuti,,, mintak2 trus istiqamah aku nih

Mustafa Farhan said...

jom2!

atifgazali@gmail.com said...

aku menangis ..
aku menangis..
aku menangis..
betapa jahilnya aku.