Ada salafussoleh berkata: Setiap perbuatan samada yang kecil atau yang besar akan ditanya tentang dua aspek: mengapa ia dilakukan dan bagaimana ia dilakukan? Iaitu mengapa anda melakukannya dan bagaimana anda melakukannya? Soalan mengapa adalah berkaitan tentang sebab, pendorong dan punca melakukan sesuatu perbuatan: adakah kerana ganjaran segera yang diperolehi oleh daripada sesuatu kerja dan untuk mendapat tujuan dunia seperti pujian manusia, takut kejian mereka, untuk menarik perhatian orang yang dikasihi atau untuk menghindarkan diri daripada perkara yang tidak disukai di dunia. Atau pun dorongan melakukan amal itu adalah untuk menunaikan kewajipan ubudiah, mencari kasih sayang dan mendekatkan diri kepada Allah serta mencari jalan untuk berdampingan denganNya?
jelas kan?
mengapa kita melakukan? adakah kerana ianya seiring dengan kehendak kita atau kerana kita punya hujah dan dalil yang menyokong perbuatan kita itu?
sangat berbeza jika kita mempertahankan sesuatu kerana kita menyukainya jika dibandingkan dengan pembelaan berdasarkan dalil dari quran atau hadis.
sesuatu yang kita perlu ingat, orang yang bijak tutur katanya akan berlandaskan quran dan hadits, diikuti dari sumber ijma' ulama' dan mengikut turutan taraf sumber rujukan. lebih baik diam sahaja jika kita tidak tahu apa-apa dari menyanggah tidak tentu hala.
mungkin post ini agak 'vague', tapi ini respon saya terhadap isu hangat di 'ruang mencarut' yang disediakan oleh mpp di concourse. entah apa yang dimencarutkan. mungkin ianya dimulakan dengan hujah ilmiah tapi hujah susulan itu yang ..... seram-sejuk melihat bijak pandai harapan negara memberi respon terhadap sesuatu perkara. pengajaran yang amat baik buat saya kerana saya sedar, ada post saya yang sebelum ini 'membabi buta'. terima kasih ya Allah.
berfikir. itu kuncinya.
******
date: 31 jan 2011
location: in class (lr1)
pn adilah: guys, tomorrow is already 1 feb, and feb only has 28 days. 3 months to go.
saya( dalam hati) : permudahkan ya Allah.
-mfr5071-
No comments:
Post a Comment