keep update with us on facebook!

Wednesday, June 9, 2010

hanya merepek

sekarang ini aku hanya terperap di rumah. Membilang hari untuk kembali ke kolej. Kredit pun tinggal 11 sen sahaja. Dalam wallet juga tinggal rm201, dimana rm200 itu duit orang menunggu masa untuk di 'bank in' ke dalam akaun.

Saki baki hari yang ada ini akan di gunakan sebaik mungkin untuk membuat assignment,untuk mengubati semula 'luka-luka' dan yang paling penting sekali berusaha menjahit semula sejadah iman yang koyak rabak.

Aku rindu untuk kembali ke kolej. Mungkin orang kata ini kenyataan gila tapi aku hanya rindu atas beberapa perkara. Aku rindukan makanan di DM. Sungguhpun orang kata makan di rumah lebih sedap,tapi mana nak dapat makan 5 kali sehari dengan nasi berlauk + sayur dan juga paling kurang ais kosong yg bernilai rm0.20 di warung-warung. sepanjang cuti aku hanya mampu dengan nasi + telur goreng + kuah serta air suam. Kalau kaya sikit baru beli ais kosong rm0.20. Namun mana mungkin aku sanggup merungut sedangkan masih ada manusia yang kelaparan tidak punya makanan.

Inbox aku selepas ini mungkin lebih lapang. Tiada lagi email dari facebook,friendster,tagged dan banyak lagi lah. Baru sebentar tadi aku deactivate akaun fb, delete akaun myspace dan friendster. Yahoo Messenger pun telah di delete dengan jayanya. Cuma tinggal teratak saja,itu pun kerana aku creatornya.

Apa lagi ya?

selamat meneruskan kehidupan.

-mfr5071-

p/s- gud bye 0408. Selamat mengejar karier.

1 comment:

naimah said...

knapa delete semua??
cmna nk contact lpas ni....