7 marhalah dakwah yang tampak ringkas tapi pelaksanaannya memerlukan kekuatan dari setiap aspek. Menelaah tanpa sebarang gangguan. Ayat demi ayat dihayati. Terasa seram sejuk menyelubungi diri. Tambahan bila tiba bahagian ciri dan pesanan buat dai'e. Terasa diri ini tidak mampu dan mahu tarik diri dari saf ini. Namun siapa yang ingin tolak janji-janji Allah yang indah bagi siapa yang menyeru kepada agama-Nya?
Mungkin dunia telak menapak di dalam hati. Kiranya perlu mengislah diri, agar dunia jatuh ke tapak kaki.
Letakkan dunia di telapak kakiku biar kupijak
Tanamkan akhirat pada jiwaku biar kurindu
Sisipkan cinta dalam hatiku biar aku menjadi aku
Langit tunggu ku tawan
Bumi tunggu kulakukan perubahan
~hilal~
-mfr5071-
1 comment:
Masanya untuk menterjemahkan bacaan kepada perbuatan. Carilah sebanyak-banyaknya pengalaman.
Jangan excited sangat sehingga tergopoh-gapah. Jangan pula rilex sangat sehingga terlambat.
Semoga Berjaya!
Post a Comment