keep update with us on facebook!

Thursday, December 31, 2009

sekadar coretan kosong

Sebenarnya malam ni berhajat nak tulis tentang sesuatu tetapi entahlah, terasa kering.

Sementara rakan-rakan remaja di luar sana sedang berhibur meraikan tahun baru kononnya sedangkan sudah 2 minggu 1431 hijrah menyapa kita, saya di rumah sahaja. Mungkin terasa hipokrit bila menulis begini tapi mungkin itu perasaan yang perlu dilawan untuk keluar dari kelam jahiliah.

Tadi sempat berchatting dengan rakan-rakan di facebook. Berkongsi pendapat dan isu-isu yang boleh menaikkan iman. Ada juga junior yang meminta nasihat, termangu juga bila ada yang meminta nasihat. Ya la, diri sendiri pun terhuyung-hayang tapi rukun ukhwah itu, bila ada sahabat yang meminta nasihat,kita perlu memberi.

Sekurang-kuranya saya belajar sesuatu. Sebenarnya produk-produk yang terhasil dari sistem pendidikan Malaysia yang kita lihat terkinja-kinja, orang berambut merah mereka pon rambut merah, orang merokok mereka pon merokok, kebanyakan dari mereka tidak tahu sebenarnya. Tiada yang memberitahu dan membimbing.

Saya ambil contoh, dulu semasa sekolah, kami disuruh menutup aurat ketika bermain di padang dan ketika mewakili sekolah. Kebanyakan yang menutup aurat kerana kalau tak nanti balik asrama terima lah akibatnya. So apa jadi bila si junior jadi senior? si senior dah tak tutup aurat sebab dia lah senior, sapa nak marah. Dia pula yang suruh junior tutup aurat sebab dulunya dia kena macam tu. Nampak? kami tidak dijelaskan sejelas-jelasnya kenapa perlu menutup aurat. Ini baru isu aurat, belum isu-isu besar yang lain.

Pencapaian akademik pula satu hal. Betul kecemerlangan akademik itu perlu tapi sampai dah terlupa objektif asal kehidupan sapa suruh. Bila prestasi akademik teruk, pihak sekolah dan pibg kelam-kabut buat program, panggil penceramah motivasi sana-sini sedangkan pelajar sibuk bercintan-cintun dan fly mencari stok rokok. Bagaimana nak kan kejayaan kalau segalanya tak digantung harap kepada pemilik segala kejayaan?

Aku juga belajar, dalam memberi nasihat tidak perlu terlalu obses. Mungkin sahabat kita itu baru nampak jalan kebenaran sedangkan kita gah dengan dalil-dalil yang bertalu-talu dihujah kepada sahabat kita itu. Sifat daie tu kan perlu kreatif dan berhikmah. Beri peluang sahabat kita itu berfikir, mungkin pemikiran belum capai seperti yang kita faham, tapi berdoa dan yakinlah dengan pertolongan Allah. Hidayah itu hak milik Allah seluruhnya.

Rasanya itu sahaja, mohon undur diri bagi meneruskan agenda lain. Agenda seorang hamba-Nya.

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".

[Yusuf, 12:108]


-mfr5071-






Wednesday, December 30, 2009

31 dicember birthday Muaz


Assalamualaikum, kenal orang dalam gambar kt sebelah? haa...jom ta'aruf sikit ngan brader kt sebelah ni. Nama dia Muaz b. Zulkhairi, orang kulim n now blajaq kt UIA buat dentist.

Kenapa muaz??

hehe..sbenarnya 31 december, the last day of the year is his birthday. He was born on 31 december 1991. So aku dedikasikan post kali ini utk abg muaz kita.

Kalau nak disingkap kenangan tu memang banyak la, dah kami hidup sebumbung selama 5 thn. Form 1 smpai form 3 dorm skali. Dia ketua rumah aku, pengawas juga.

Nak dengar kisah menarik muaz???
sini2 gua mau cerita, cerita kami.

Tersebut al-kisah di bumi sains kedah, ada seorang budak tu dia kena penyakit, penyakit 'homesick'. Punya la kritikal, sembang nk tukaq sekolah, nanti lepas cuti tak mau mai dah la, last2 bila nak masuk amek spm, aku ada ungkit kisah ni ngn seorang member aku, member kami la, aku kata "weh pian, ingat dak, dlu ada budak dorm kita tu sembang nk tukaq skolah, tak best dok skolah ni,nnti lpas cuti tak mau mai dah...hg ingat dak pian...??" pian pon jwb.."tu la, aku bru ingat, tapi smpai hari ni nk masuk amek spm pon muka dia ada lagi kt sini..." haha smbil kami gelak2. Hehe, muaz, jgn marah na...

ada banyak lagi kisah sebenaqnya tapi biarlah jadi hak cipta terpelihara budak2 sains kedah saja. Dari kisah zaman junior2 kt sains kedah smpai zaman di mana jiwa remaja bergelora, zaman di mana ulat bulu sudah gatal.

hahahahahaha....serius aku tgh gelak ni. Aku tak pernah lupa memori aku ngn kawan2, tu yg aku tergelak sakan bila tulis post ni. Kisah utk perenggan ni aku imbau dlm kepala ja. hehe

tapi gua tabik sama ini brader, sebabnya banyak la, klau tulis kt cni tak abis punya, biar kami berdua ja tau ceritanya.

sebagai mengakhiri post ini, ingin ku imbau tradisi d sekolah,

lokasi dewan makan,
masa: makan tgh hari

Assalamualaikum, hari ni dalah birthday member aku,
nama dia muaz b. zulkhairi...

ramai2...

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Muaz Zulkhairi....
Allah selamatkan kamu....

dum dam dum dam.....(bunyi ketukan meja dewan mkn oleh student2)

sekian.

-mfr5071-

Sunday, December 27, 2009

ini azam baru


pandangan dilontar jauh ke hadapan,
sedar akan perjalanan yang masih jauh,

dedaunan melambai,

selamanya,

forget and forgive.

-mfr5071-




Saturday, December 26, 2009

hoki itu saya

banyak sebenarnya kisah yang nak dikongsi.

Ini kisah sekolah rendah. Aku dulu seorang yang gemok dan tak reti bersukan. kalau lumba lari sure aku dibelakang(la pon kt belakang gak). selection bola tak pernah lekat. Asyik kena kutuk saja bila kaitkan aku dengan sukan. Terbakar den. Aku pun bertekad utk jadi 'somebody' dalam bidang sukan. pagi2 weekend bangun awal jogging. aku masuk hoki. Org perlekeh sbb bleh la main hoki sbb tak da orang nak main. Terbakar lagi. aku gigih berlatih. Kelas fardu ain tak pi tapi latihan hoki ada pulak. Begitulah komitmen aku. At last, darjah 6 aku dapat wakil kedah hoki." So now?? takat main wakil daerah xda menda la wey..." tu la faiz dulu. agak angkuh gak la. tapi puas dapat tutup mulut pengkritik.

Hidup slepas tu hanya dengan hoki. Bila masuk sains kedah impian aku sebenarnya nak dapat anugerah 'full colour award sbp'. Anugerah ni aku tau ada bila baca mjalah skolah kat libry.(aku xpernah share ngn spa pun impian ni.)Susah nk dapat, nak kna ada international achievement. Satu hari aku baca paper, aku tngok ada senior hoki aku dpt selection hoki U16 m'sia. Nama kuar paper siot. dari situ aku pasang azam yg nnti bila aku baca paper akan ada nama aku dlm list tu. Peluang utk full colours.

Aku mula gigih training. Form 1 aku dh wakil daerah.Ptg2 aku joging sblom main ngn member2. depa kata aku pulun, aku kata mana tau nnti depa panggil main m'sia. Nada bergurau ja. bila form 4, aku dah mcm terdesak sbb tu la thn last aku nk capai hasrat aku. Aku terlepas selection negeri. Sapa yg bersama aku waktu tu tau la mcm mna aku maki hamun. aku cari cable, last aku dpt gak masuk team kedah tanpa selection. Walaupun guna cable, aku berjanji utk buktikan aku deserve tempat tu. Teamate pon dh mula yakin dgn aku lpas lma training skali.

abih tournament kt KL aku balik skolah. Lepak depan anjung sblom assembly pagi, amek 'the star'. Aku pasti hari ni mesti ada list name utk selection U16 m'sia. Aku buka, senyum and aku tanya senior hoki aku yg kebetulan ada dekat dgn aku " abg, mcm kenai la nama ni" haha poyo gak la tyme tu. "mohd faiz rodzi (kedah)" bangga siot. Pagi tu gak aku naik pentas, dpt jaket alumni sains kedah. Baru selection tak dapat lagi.

Mula hari tu aku gigih training sblom pi latihan pusat. Hari2 sepuluh round track skolah pastu main bola nak tambah fitness. Bertapa disiplinnya aku waktu tu. Lepas p latihan pusat berapa lama nntah, lama gak la at last nama d umumkan aku lekat wakil m'sia. Perasaan tyme tu xtau la nk kata pa. Rezki plak mencurah-curah. Mentor bagi duit,mjlis wrden bg duit,ckgu2 len bagi duit. Kirannya aku pi German bawak duit rm4000 lebih la. yg best dpt PASPORT FREE yg d taja hoki m'sia.

Lepas blk dari German, aku rasa puas sbb aku dah capai apa yg aku nak. aku pon dh mcm x training la sangat. Prestasi aku menurun. Aku kna drop utk selection asia cup tp x rasa rugi pon sbb tournment tu x jd pon. form 5 aku main takat mssm ja. Org training pagi petang aku petang ja. Besa la star. haha, p training lmbat pon org tak kata pa. Mula dari situ prestasi merosot. Sbb tu aku tak suka org tau background aku. Faiz mudah berasa selesa dgn status yg dia ada. La ni aku main mcm taik.

Hoki juga mengajar aku macam2. Baik dan juga buruk. banyaknya yg buruk. hoki gak buat aku gelabah nk amek spm. ye la tyme f4 setengah tahun tak masuk kelas. kata f4 honeymoon..haha.
Aku mula sedar aku punya aim "full colours award". mau tak mau mesti la nak kna dpt strght a. Aku pun pulun la blajaq pulak, walaupun admath ngn kmia slalu ja failed. tapi kna pulun gak klau nk anugerah tu sbb kriteria lain dah cukup dah tinggai akademik ja lagi.

pulun punya pulun, tngok result mid yr f5 aku air mata gak r. still da dua failed. aku ingat lagi, pak lah(mmber aku) tanya aku, " pait,cmna ni, bleh ka kita dpt strght a?" aku masih optimis lagi tyme tu dgn mnjawab "faiz tak pernah gagal lagi dalam memburu impian, stakat la smua yg aku nak aku dapat pak lah". haha,aku tak lupa pak lah oii... sblom msuk dewan hari spm pon aku still bisik kata2 ni kt diri aku. aku dpt kepercayaan PK 1 utk apply full colours award walapun result trial hampeh. satu sbjek ja hampeh.

bila result spm d umumkan, herm...sudah tiba babak kecewa dan sedih. Aku tak dpt strght a. dpt 8 ja. Rasa mcm nk luruh jantung. Ini kisah benar. Aku bukan kecewa sbb result aku 8a ja, tapi membayangkan yg aku gagal mncapai cita2 yg aku pasak2 kuat2 tyme form 1 dulu. serius aku tak fikir lagi pon sal nk sambung course apa tyme tu. Cma depan member aku buat besa saja, sbb aku tak pernah pon share target aku ni ngn sapa2. "full colours award" hanya impian yg tidak lagi akan menjadi kenyataan.

Namun route to the awards memberi jutaan makna. Dari sudut materialistik or experience amat berguna. Terima kasih kepada semua yg support aku sepanjang aku berjuang memburu impian yg kini sudah terkubur. Tinggal kenangan. Jam tngan yg aku pakai la ni pon hasil dari hoki gak, anugerah tokoh koku tyme f4, masih pakai sampai skrng.

Kini dengan impian baru, cuma aku sedar perjuangan ku yg dulu sangat kurang hubungan aku dengan Allah. Sbb tu aku kecewa bila gagal. Perjuangan jika berlandaskan islam tiada kegagalan sebenarnya. Cuma antara dua, menang atau syahid. itu yg aku belajar.


.
p/s: atip, jgn gelak baca post ni. aku pon mcm nk trgelak gak bila baca balik. tapi aku dan hoki. kira mcm klau tau kisah hoki aku, knai la aku spenuhnya. tapi ni banyak kisah aku dan hoki yg aku 'cut'. klau gtau smua mcm buka pekung didada. (atip ni teammate aku)

sori la post kali ni cerita sal aku ja. lgi pun aku rasa bukan ada sangat org baca blog aku,so klau kdang2 merapu ok gak kot. hehe.. xda ilmu yg dpt d kongsi utk kali ini. myb next time.

sekian.

-mfr5071-

Thursday, December 17, 2009

1431 hijrah

Alhamdulillah. Allah memberi kesempatan untuk berada dalam tahun baru, 1431 hijrah yang pastinya menjanjikan segala macam cabaran yang perlu diharungi.

19 tahun sudah bernafas di atas bumi Allah ini.

19 x 365 = 6935 hari
6935 x 24 = 166440 jam
166440 x 60 = 9 986 400 minit


Nah. melihat kepada perkiraan itu, dari jutaan minit, berapa lama telah kita gunakan untuk mengabdikan diri kepada Allah. bagi sesiapa yang menulis jurnal harian, buka dan semaklah. Kepada budak2 IB, melihat kepada sumbangan kita kpd Islam dan pengabdian diri kpd Allah, berapakah gred kita atau kita boleh agak, personal statement yang bakal malaikat roqib & a'tid serahkan kpd Allah nanti. Bersediakah untuk interview dgn mungkar & nakir. Layakkah kita ke syurga? yang pasti requirement untuk ke syurga lebih tinggi dari universiti di UK. Sama-sama lah kita muhasabah.

seperti biasa setiap orang akan memasang azam baru. barukah? bagaimana dengan yang lama. sudah tertunaikah? kalau belum tidak mengapa, berikan nafas baru sekiranya masih relevan untuk dicapai.

Tiupkan sedikit iman dalam setiap azam. Walau sedikit biarlah ianya konsisten dan cabar diri untuk tingkatkannya dari masa ke masa. Selamat berhijrah.

"aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku"
[51:56]

"wahai orang -orang beriman! masuklah ke dalam Islam secara kesuluruhan, dan jangan kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu"
[2:208]

"dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dengan yang batil dan janganlah kamu menyembunyikan yang haq itu sedangkan kamu mengetahui"
[2:42]

~bermacam novel dan cerpen sudah d khatam tapi terjemahan al-quran tak khatam lagi apa cer? ( aku berazam)

-mfr5071-

Tuesday, December 15, 2009

dugaan itu

dugaan itu
datang dalam pelbagai cara
canda tawa
duka lara
kelapangan masa
cuma cara kita melayannya sahaja berbeza

dugaan itu
bertujuan menguji
kita sangka iman kita utuh
hakikatnya rapuh
runtuh ternoda
dek dugaan yang sekelumit cuma

dugaan itu
mengajar erti sabar
sabar itu cantik
penawar tatkala disapa dugaan

dugaan itu
tanda sayang
sayangnya Ar-Rahim kepada hambanya
agar hambanya tidak kesal dikemudian hari

dugaan itu
Patutkah manusia menyangka
bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

[29:2]



~aku belajar sesuatu

-mfr5071-