keep update with us on facebook!

Tuesday, June 2, 2009

sekadar berpesan kepada diri sendiri

Pada suatu hari, Rabiatul Adawiyah membawa air di sebelah tangannya dan api di sebelah lagi tangannya.Orang yang melihatnya pun bertanya , “Engkau mahu ke mana ya rabiah?” dan Rabiah menjawab “ Saya mahu ke langit untuk membakar syurga dan memadamkan api neraka, supaya kedua-duanya tidak menjadi sebab menyembah bagi manusia”.

masturamohdyusuf.blogspot.com

aku terdiam seketika merenung kata-kata diatas...
hatiku sebagai seorang hamba Allah yg sememangnya daif dari pelbagai aspek kini tersentak..
hal ini membuatkan aku terus bermonolog sendirian..

"faiz,sebagai seorang hamba layakkah kita meminta itu dan ini walaupun Allah tetap memberi kerana sifatnya yang Maha Pemurah??"

sesungguhnya kita sering meminta itu dan ini tetapi kita sering lupa diri apabila permintaan kita itu dituruti...

bertapa hipokritnya diriku ini....
merintih hingga menitis air mata ketika inginkan sesuatu dan ketika ditimpa musibah...
namun angkuh tika diri ini diulit kesenangan...

"faiz,kamu hanya sembah Allah kerna hajatkan sesuatu??"
"faiz,kamu hanya sembah Allah kerna takutkan neraka n inginkan syurga??"
so kalau syurga or neraka itu tidak wujud...kamu akan sembah Allah??
kalau Allah tak tunaikan hajat kamu...kamu still akan sembah Allah??

faiz...sedarlah...insaflah..malulah kepada kekasih-kekasih Allah yang ikhlas dalam menyembah Allah. Cinta secara total. Mereka menyembah Allah tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Mereka menymbah Allah kerna zat-zat Allah dan nikmat yang telah diberinya...masyaAllah..

faiz..
segera betulkan niatmu jika kamu benar-benar ingin syahid di jalan Allah...
sesungguhnya tarbiyahmu belum cukup...
proses tarbiyah itu cukup luas...cuba selaminya...
bertegaslah dgn dirimu...
tarbiyah bukn utk org manja...

sekadar berpesan kepada diri sendiri...

sekian.

-mfr5071-












No comments: