keep update with us on facebook!

Friday, June 12, 2009

perpecahan umat yg semakin parah

hari jumaat pada kali ini dihiasi dengan ucapan khatib yang penuh semangat rentetan kepada peristiwa pembunuhan umat islam yang sedang mendirikan solat di selatan thai.

ucapan beliau menyeru kearah penyatuan ummah yang realitinya pada hari ini semakin lemah dan berpecah-belah. Umat Islam yg kini bilangannya mencecah 1.5 billion di seluruh dunia dengan mudah ditindas begitu sahaja. kaum yahudi yang hanya berjumlah 14juta di seluruh dunia mampu untuk berdiri megah utk melakukan kekejaman tanpa ada pihak yg berani menghalang mereka. Bahkan US yg merupakan kuasa besar dunia pun tunduk kepada telunjuk yahudi laknatullah itu.
US menyelar tindakan korea utara mengaktifkan sistem nuklear kononya akan menggugat keselamatan dunia namun tidak pula mereka menyelar tindakan yahudi laknatullah yang mnjadikan bumi palestin sebagai pusat penyembelihan umat islam.

ternyata agenda para musuh islam sedang berlangsung dengan jayanya. umat islam kini berperang sesama sendiri dan musuh-musuh islam mendapat manfaatnya. pakistan bersekongkol dengan kuffar utk menyerang afghanistan manakala mesir hanya mampu berpeluk tubuh menyaksikan saudara seislam dibunuh dengan kejam.

sesungguhnya perjuangan berlandaskan bangsa itu telah memecahbelahkan umat islam di seluruh dunia. dunia arab dengan semangat assabiah mereka manakala malaysia dengan agenda ketuanan melayunya sedangkan musuh-musuh islam bersorak dan bertepuk tangan menyaksikan semua itu.

memang benarlah kata-kata salahudin al-ayubi sebelum beliau wafat bahawa " apabila umat islam bersatu, mereka kuat dan musuh tidak berani melakukan kezaliman tetapi apabila mereka berpecah belah, mereka umpama buih yang banyak tetapi lemah "

mungkin diluar kemampuan kita utk mengangkat senjata dan ke medan perang terutamanya diri ini dan rakan seperjuangan yang masih menuntut namun harus diingat masalah umat islam adalah masalah kita bersama. berjuanglah di medan pendidikan ini sebaik mungkin bagi mengambalikan kegemilangan islam di dalam bidang ilmu ini yang suatu ketika dahulu dipelopori oleh cendekiawan-cendekiawan islam. sesungguhnya seluruh umat mengharapkan kita utk berada di barisan hadapan bagi menjulang nama islam pada masa akan datang. dan tidak lupa juga doalah yang menjadi senjata utama umat islam. justeru berdoalah seikhlas hati utk kesejahteraan umat islam di seluruh dunia.

ya Allah,kau satukanlah hati-hati seluruh umat islam.

Allahuakbar!!!

-mfr5071-

p/s: seluruh jemaah pada hari ini telah sama2 mendirikan solat hajat berjemaah bagi mendoakan keamanan dunia islam khususnya di selatan thailand.

2 comments:

mufazai said...

insyaallah,
bersama menuju kejayaan
bersama memikul tnggungjwb kita sbg islam

atifgazali@gmail.com said...

bilakah lagi kita semua satu hati?
yup.
menuntut ilmu.
penting untuk kegemilangan Islam.
tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.