keep update with us on facebook!

Friday, May 29, 2009

faiz cuba mencorak strategi utuh

Pokok Sena - Setelah sekian lama mencari,kami berjaya menemui faiz di kampung halamannya di pokok sena siang tadi(kelmarin). Faiz menolak tanggapan bahawa beliau cuba lari dari pihak media kerana meratapi keputusan pasukannya yang kurang memberangsangkan dalam Liga SMSSMJ yang lalu.

"Perkara yang lepas biarkan lepas,walaupun keputusan pasukan kami pada musim akhir(SPM) dalam Liga SMSSMJ yang lalu tidak mencapai target awal,kami menerimanya dengan redha. Kami akan terus fokus untuk musim hadapan," jawab Faiz bersemangat.

Pihak Faiz sekarang ini sedang mencorak strategi utuh bagi menghadapi musim baru yang hanya akan bermula pada 23 jun nanti. Bermula musim depan,pasukan faiz akan bertanding dalam Liga KMB yang mengguna pakai format IB yang nyata lebih mencabar berbanding Liga SMSSMJ yang lepas.

"Liga KMB nyata lebih mencabar namun itu tidak bermakna kami akan mengangkat bendera putih lebih awal. Para pemain nyata bersemangat untuk meneruskan cabaran di Liga KMB sejak menerima surat tawaran minggu lepas dan kami akan kekalkan semangat itu sepanjang liga berlangsung," kata faiz lagi.

Mengulas mengenai peraturan baru yang diperkenalkan,faiz tetap optimis. Pasukannya akan cuba membiasakan diri dengan sistem "autoplay" yang baru diperkenalkan. Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan pemain baru untuk musim hadapan bagi memperkuatkan jentera pasukannya.

Pada sesi latihan ringan yang dijalankan hari ini,belum kelihatan muka-muka baru dalam pasukan faiz. Namun pemain-pemain lama seperti Mr. Pilot Supergrip dan John Casio 570-es menjalani latihan seperti biasa dibawah kendalian faiz.

" Kami sedang mengintai beberapa pemain yang dilihat berpotensi untuk diserap ke dalam pasukan,namun itu bergantung kepada struktur kewangan pasukan yang agak goyah ketika ini. Antara yang hampir pasti untuk diserap ke dalam pasukan ialah Encik GDC( calculator grafik) bagi menggantikan John Casio 570-es. Walaupun John Casio beraksi cemerlang pada musim lalu sewaktu menewaskan pasukan Addmath,pengalaman Encik GDC memang diperlukan bagi mengharungi musim depan," kata Faiz dengan panjang lebar.

Pasukan faiz difahamkan akan berlepas ke Banting pada 22jun sebelum melapor diri secara rasmi sebagai peserta Liga KMB pada 23 jun.

-mfr5071-

7 comments:

mufazai said...

ceh, pandai kaw mengarang.

farhanN said...

haha...sekian lama ku tunggu suratmu, akhirnya, tawaran dari liga banting datang...all da bez kat sana k...make all proud wif u

atifgazali@gmail.com said...

haha.
bagus la.
macam berita dalam berita hairan sahaja.
haha.
pengaruh hoki kuat dalam berita ini.

FuTuRe L.A.E.P said...

mentang2 r skang ni musim bola..
mengarang mcm pengulas bola jew..
papepon,ianya sgt2 la menarik utk dibaca..
all da best..
semiga mencapai apa y g diimpikan..
insyaAllah...

foss-moss said...

gut lck kt sn!!!

salwaabubakar said...

wow!!pndai mgarang..
glad to know u..
future kmbians...

FAtiN ThAniAh_YaT said...

ceh333333333333333333333....=]