Ruang masa menanti subuh yang masih lambat cuba diisi, membersihkan diri dengan wudhuk, solat sunat dan keluar bersahur, akhirnya aku duduk bersandar di tiang masjid yang masih sunyi. Berfikir dan muhasabah. Mentafsir manusia dan kehidupan bukan mudah tapi kita selalu ambil mudah dalam tafsiran.
Hujung minggu ku dihabiskan di Kuala Lumpur, bersama lautan kuning manusia yang kini hebat dicerca dan hebat pula dipertahankan oleh yang menyokongnya. Hakikatnya, manusia terlalu suka menghukum. Kita perlu akui itu. Tidak salah menghukum, saya menghormati segala bentuk pendapat dan analisa, cuma kebanyakannnya dilontar tanpa sulaman nilai dan tatasusila. Bukan mengharapkan bahasa berbunga tapi cukuplah dengan pilihan kata yang menghormati semua. Alhamdulillah banyak saja respon yang diterima minda biarpun yang menyokong atau mengkritik. Carilah sendiri, kalau saya kongsi nanti ada yang kata saya pilih respon yang sedap pada hemat saya saja. Sekarang saya minta anda pilih ikut cita rasa anda.
Konsekuensi kepada sikap manusia ini, aku memilih untuk berdiam diri dalam orang lain sibuk membahaskan pihak itu salah, pihak ini kejam. Aku melihat perkara ini merentasi dimensi itu. Sekurang-kurangnya duit yang dihabiskan, pedih dan sesak dada meredah gas pemedih mata menambahkan lagi kekuatan dan keazaman dalam diri. Berada ditengah-tengah gelombang manusia yang bermacam ragam mengajar pelbagai perkara.
Apa yang pasti aku puas, merasai sendiri bukan hanya mendengar berita yang disampaikan dari telinga ke telinga. Katalah apa nak kata, aku pilih jalan ini dengan sendirinya. Jalan kita mungkin tidak sama, kerana tafsiran kita berbeza.
Dan hamba-hamba dari Tuhan Yang Pemurah itu, ialah orangorang yang berjalan di atas bumi dengan sopan dan bila mereka ditegur sapa oleh orang-orang yang bodoh, mereka menjawab dengan "salam".
Sekian.
-FaizRodzi-
UTP, 30/4/2012
Changing Mode
No comments:
Post a Comment