Si Penjual Akhbar
location: stadium darulaman, pagi, 07042012
tatkala manusia lain menjamah makanan sebagai pemula pagi, lelaki ini sudah gigih mencari sesuap rezeki.
Kakinya kudung sebelah, namun kerusi roda itu digerakkan dengan segenap tenaga yang ada. Dari meja ke meja, dari sebuah warung ke sebuah warung.
"bang, nak beli surat khabar?"
Gelengan kepala atau apa sahaja reaksi disambut dengan senyuman. Peluhnya yang menitik peluh semangat, memberi pengajaran kepada umat
Allah. Jiwa ini umpama dilanda gempa seketika. Menggoncang hingga hampir gugurkan air mata.
Atas alasan apa lagi untuk susuk tubuh sempurna bermalasan?
"Nikmat tuhanmu yg manakah tidak kamu dustakan?"
-FaizRodzi-
No comments:
Post a Comment