kalau semalam saya berkomentar perihal revolusi mesir yang di 'extract' dari media, hari ini ianya masih sekitar isu revolusi mesir cuma ia terus dari hati saya dan disokong oleh beberapa penulisan individu yang saya sependapat dengan mereka. hanya nak diingatkan, anda mungkin tidak setuju dengan pendapat saya. itu terpulang.
pertama kali isu mesir ini meletup, terasa satu aura luar biasa. aura kebangkitan ummat. cuma selepas itu ianya menjadi pelik, bukan kerana reaksi rakyat mesir disana, tapi respon dari rakyat malaysia dan kerajaan malaysia.
semua yang berada di mesir (mungkin tak semua) sibuk nak lari balik, kerajaan malaysia digesa segera menghantar bantuan. habis semua pihak dikerah termasuk air asia dan malaysia airlines. saya pelik dan sungguh pelik, cuma saya tidak suarakan. bukan kerana takut, cuma saya kurang jelas dengan situasi disana. saya bukan lagi jenis yang cepat melatah, seoalah-olah pendapat saya sahaja yang betul.
justeru senggang masa yang ada sempena CNY dan assignment yang semakin surut, saya terus membaca dan menjelajah bagi mendapat penjelasan dan hasilnya, bukan saya seorang yang merasa kepelikan itu.
apa yang peliknya?
tatkala palestin bergolak, hampir setiap ceruk di malaysia berdemonstrasi membantah. semangatnya masyaAllah, kalau ada penerbangan ke palestin ketika itu, insyaAllah semua akan menyertainya. jihad kata mereka. tapi kenapa sekarang ada kontradiksi?
dengar ceritanya jumaat ini kita di malaysia nak berdemo tanda sokong revolusi mesir sedangkan yang di mesir sibuk nak lari balik. herm, apa pendapat anda? anda yang di mesir mungkin kata yang menghadapinya bukan saya, bolehlah nak kata itu ini. itu benar. tapi bersyukurlah kerana jati diri anda sebagai seorang muslim telah diuji sedemikian rupa, bukan seperti muslim di malaysia yang nak bangun subuhnya masih terpinga-pinga.
saya rasa itu saja, ini saya sertakan link yang pendapat mereka sama dengan saya, bacalah, komentar di sana lebih pedas untuk difikirkan:
anda pula bagaimana?
-mfr5071-
No comments:
Post a Comment