keep update with us on facebook!

Thursday, February 24, 2011

stranger

sudah lama puisi ini tersimpan di perut laptop ini. entah kenapa hari ini terasa nak dikongsi. masa sangat terhad untuk mengarang puisi sendiri, hanya sebuah puisi yang disunting dari langit ilahi.

baca dan renunglah.

Dunia hari ini terbalik,

mereka melihat aku aneh,

hanya kerana aku menyatakan bahawa Allah adalah ILAH dan RABBku,

dan hidup dengan menjunjung semua perintahNya,

mereka kata aku aneh kerana dunia adalah untuk bersuka ria,

aku serius di atasnya,

mereka kata aku aneh kerana mati lambat lagi tiba,

aku mempersiapkan diri untuknya,

mereka kata aku aneh kerana Islam itu di masjid sahaja,

aku membawanya ke mana-mana

mereka rasa aneh kepadaku

dan terus dengan keanehan mereka

tetapi mereka tidak tahu,

jauh dalam sudut jiwaku,

mereka juga kulihat aneh untukku,

Aneh apabila mereka melihat alam sebegini sempurna aturannya,

mereka tidak percaya bahawa yang mengatur alam ini berkuasa,

aneh apabila mereka tahu akan kewujudan Allah dan beragama dengan agamaNya

tetapi tidak hidup dengan hukum-hukum Yang Esa,

aneh apabila mereka bersedihan mereka mencari-cari Yang Kuasa,

tetapi bila tenang dan bahagia mereka meninggalkanNya

Mereka pandang aku aneh

kerana aku tidak bersama mereka

Aku turut memandang mereka aneh

kerana mereka tidak bersamaku mengabdikan diri kepadaNya

Aku dengan keanehanku,

mereka dengan keanehan mereka,

nanti keanehan-keanehan ini akan berdiri di hadapan Yang Esa

pada Hari Tiada Perlindungan Selain PerlindunganNya,

maka aneh pada haritu adalah orang-orang yang tidak percaya

juga di dunia mereka tidak mempedulikan arahanNya

~Hilal Asyraf~

justeru biar kita tahu dan faham apa yang kita buat. agar kita tak merasa aneh apabila kita dipandang aneh.

-mfr5071-

*aneh kah berselipar dan baju lepas ke luar? mungkin aneh bagi UPPK tapi masih banyak perkara aneh lain yang perlu dirasa aneh. bungkusan nangka dan hutan terlarang mungkin?

Friday, February 4, 2011

last push

Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.- Hasan Al Banna

4 feb - 3 mei
2011

6 subjects

syllabus of 4 semester

28 to 35

seems impossible

but got no choice

do or ......

in the name of Allah, the most gracious the most merciful

accompanied by the song of 'sunnah berjuang' as a morale booster

i shall begin

" sekiranya langkah ini bakal membuahkan manfaat untuk islam, permudahkanlah ya Allah"

ameen.

-mfr5071-

*i cant promise whether there would be any post after this until i'm done with it.

Thursday, February 3, 2011

isu mesir: ini pendapat saya, anda bagaimana?

in the name of Allah the most gracious the most merciful

kalau semalam saya berkomentar perihal revolusi mesir yang di 'extract' dari media, hari ini ianya masih sekitar isu revolusi mesir cuma ia terus dari hati saya dan disokong oleh beberapa penulisan individu yang saya sependapat dengan mereka. hanya nak diingatkan, anda mungkin tidak setuju dengan pendapat saya. itu terpulang.

pertama kali isu mesir ini meletup, terasa satu aura luar biasa. aura kebangkitan ummat. cuma selepas itu ianya menjadi pelik, bukan kerana reaksi rakyat mesir disana, tapi respon dari rakyat malaysia dan kerajaan malaysia.

semua yang berada di mesir (mungkin tak semua) sibuk nak lari balik, kerajaan malaysia digesa segera menghantar bantuan. habis semua pihak dikerah termasuk air asia dan malaysia airlines. saya pelik dan sungguh pelik, cuma saya tidak suarakan. bukan kerana takut, cuma saya kurang jelas dengan situasi disana. saya bukan lagi jenis yang cepat melatah, seoalah-olah pendapat saya sahaja yang betul.

justeru senggang masa yang ada sempena CNY dan assignment yang semakin surut, saya terus membaca dan menjelajah bagi mendapat penjelasan dan hasilnya, bukan saya seorang yang merasa kepelikan itu.

apa yang peliknya?

tatkala palestin bergolak, hampir setiap ceruk di malaysia berdemonstrasi membantah. semangatnya masyaAllah, kalau ada penerbangan ke palestin ketika itu, insyaAllah semua akan menyertainya. jihad kata mereka. tapi kenapa sekarang ada kontradiksi?

dengar ceritanya jumaat ini kita di malaysia nak berdemo tanda sokong revolusi mesir sedangkan yang di mesir sibuk nak lari balik. herm, apa pendapat anda? anda yang di mesir mungkin kata yang menghadapinya bukan saya, bolehlah nak kata itu ini. itu benar. tapi bersyukurlah kerana jati diri anda sebagai seorang muslim telah diuji sedemikian rupa, bukan seperti muslim di malaysia yang nak bangun subuhnya masih terpinga-pinga.

saya rasa itu saja, ini saya sertakan link yang pendapat mereka sama dengan saya, bacalah, komentar di sana lebih pedas untuk difikirkan:
anda pula bagaimana?

-mfr5071-


Wednesday, February 2, 2011

revolusi mesir

in the name of Allah, the most gracious and the most merciful.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

kebelakangan ini jerit perih IB amat menghimpit, namun saya terasa amat bertenaga mengharunginya. khabar-khabar dari mesir sungguh membawa satu aura yang luar biasa walaupun saya tidak dapat gambaran yang jelas terus dari mesir. terasa seperti kemenangan yang dijanjikan semakin hampir.

saya hanya bergantung kepada beberapa source yang entah betul atau tidak kebenarannya. justeru saya hanya akan kemukakan berita yang dipaparkan lebih dari satu source.

sehingga semalam sudah 2 juta umat berkumpul di tahrir square mendesak hosni mubarak berundur. kepada rakyat malaysia, demonstrasi ini ialah demonstrasi aman. disertai oleh jiwa-jiwa yang mendambakan syahid. segala kacau bilau yang dihebahkan media cuma dilakukan oleh segelintir yang mengambil kesempatan. jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

source: syabab.com

rentetan dengan lautan umat yang semakin bergelora itu, hosni mubarak tampil menyatakan yang beliau akan berundur pada pilihan raya akan datang september nanti. dan ini responnya:

"The speech is useless and only inflames our anger," said Shadi Morkos. "If Mubarak was not going to run for a sixth term, why did he not say it before? Why does he leave the people hanging ... We will continue to protest."

"This just really won't work," he told CNN. "I can't see anybody in Tahrir Square accepting that he will be president for eight more months and that he would, after 30 years, be trusted to be the man in charge of the democratic transition. - former U.S. deputy national security adviser Elliot Abrams

ini pula respon barack obama:

"What is clear and what I indicated tonight to President Mubarak is my belief that an orderly transition must be meaningful, it must be peaceful and it must begin now," Obama said.

"To the people of Egypt, particularly the young people of Egypt, I want to be clear: We hear your voices. I have an unyielding belief that you will determine your own destiny and seize the promise of a better future for your children and your grandchildren," he said.

inilah yang dikatakan 'bargain power'. bila semua bersatu, US, israel and sekutu tu celah kuku ja. sama juga di Malaysia, rakyat sudah boleh berfikir sekarang, bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, cuma nak mengingatkan yang berkuasa yang Allah maha berkuasa. yang haq tetap haq dan yang haq tetap akan menang.

dan saya akhiri dengan kata-kata yang saya re-tweet di twitter:

HOSNI MUBARAK is ended. But at least he stands better as a man, not like some lame male leaders who are overshadowed by their iron ladies - ustaz hasrizal.

terbaek. - faiz
sekian.

-mfr5071-

Tuesday, February 1, 2011

pengajaran buat saya

in the name of Allah the most gracious the most merciful.

Ada salafussoleh berkata: Setiap perbuatan samada yang kecil atau yang besar akan ditanya tentang dua aspek: mengapa ia dilakukan dan bagaimana ia dilakukan? Iaitu mengapa anda melakukannya dan bagaimana anda melakukannya? Soalan mengapa adalah berkaitan tentang sebab, pendorong dan punca melakukan sesuatu perbuatan: adakah kerana ganjaran segera yang diperolehi oleh daripada sesuatu kerja dan untuk mendapat tujuan dunia seperti pujian manusia, takut kejian mereka, untuk menarik perhatian orang yang dikasihi atau untuk menghindarkan diri daripada perkara yang tidak disukai di dunia. Atau pun dorongan melakukan amal itu adalah untuk menunaikan kewajipan ubudiah, mencari kasih sayang dan mendekatkan diri kepada Allah serta mencari jalan untuk berdampingan denganNya?
jelas kan?

mengapa kita melakukan? adakah kerana ianya seiring dengan kehendak kita atau kerana kita punya hujah dan dalil yang menyokong perbuatan kita itu?

sangat berbeza jika kita mempertahankan sesuatu kerana kita menyukainya jika dibandingkan dengan pembelaan berdasarkan dalil dari quran atau hadis.

sesuatu yang kita perlu ingat, orang yang bijak tutur katanya akan berlandaskan quran dan hadits, diikuti dari sumber ijma' ulama' dan mengikut turutan taraf sumber rujukan. lebih baik diam sahaja jika kita tidak tahu apa-apa dari menyanggah tidak tentu hala.

mungkin post ini agak 'vague', tapi ini respon saya terhadap isu hangat di 'ruang mencarut' yang disediakan oleh mpp di concourse. entah apa yang dimencarutkan. mungkin ianya dimulakan dengan hujah ilmiah tapi hujah susulan itu yang ..... seram-sejuk melihat bijak pandai harapan negara memberi respon terhadap sesuatu perkara. pengajaran yang amat baik buat saya kerana saya sedar, ada post saya yang sebelum ini 'membabi buta'. terima kasih ya Allah.

berfikir. itu kuncinya.

******
date: 31 jan 2011
location: in class (lr1)

pn adilah: guys, tomorrow is already 1 feb, and feb only has 28 days. 3 months to go.
saya( dalam hati) : permudahkan ya Allah.

-mfr5071-