keep update with us on facebook!

Saturday, October 23, 2010

saya ada telefon bimbit

petang ini sunyi dan tenang sahaja. ramai yang balik dan ada yang keluar ke alamanda. tinggallah aku yang malas di kolej ini. ya, saya mengaku saya malas dalam segala perkara. kemalasan itu yang membuatkan kaki ini belum pernah menjejakkan kaki ke alamanda. pekan banting pun baru dua kali sahaja. EE tak siap-siap juga.

sambil berusaha menyiapkan lab report physic, tertarik kepada sebuah gajet hitam di sebelah bantal. oh,saya punya handset rupanya. ada macam tak ada sahaja. setelah dibelek dan diselongkar, inilah hasilnya. pesanan-pesanan dari orang yang sayangkan saya. merekalah insan yang bergelar sahabat.

"hati yang bersih ibarat nur yang memancar, dimiliki oleh insan yang
benar-benar meletakkan Allah di hadapan,malaikat di kiri dan kanan dan matlamat
islam di sekelilingnya. hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling
lembut terhadap saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling cekal
dalam beragama" - saidina Ali

"kesolehan akhlak bermula dari kesolehan hati. kefasadan akhlak berpunca
dari fasadnya hati. islahlah hati dengan amal ketaatan dan kebajikan( hati raja
kepada amal jasad). tiada yang selamat bertemu Allah melainkan orang yang
membawa hati yang sejahtera"

terima kasih sahabat.

"ukhwah adalah kesatuan roh, jalinan hati dengan hati, minuman yang bersih
dari Allah untuk hambanya yang beriman. dengan spontan rasa cinta bergerak dan
mengalir bersama darah, bersinar dalam wajah"- sheikh Abdullah Nasih Ulwan

mesej-mesej di atas membuatkan saya rasa bersyukur. dianugerahkan sahabat itu satu hal, tetapi sekurang-kurangnya handset saya punya fungsi untuk dekat dengan Dia, walaupun telah retak skrinnya.

sekian.

-mfr5071-

1 comment:

Mustafa Farhan said...

pergi follow tapah beli i-phone 4 dkt KLCC!