keep update with us on facebook!

Sunday, June 27, 2010

sesegar embun pagi

pagi hari minggu yang dingin. hujan renyai-renyai membuatkan telinga ini terdengar suara katil sayu memanggil dengan menjanjikan mimpi indah. terasa bertuah sebenarnya kerana online guna streamy zone di bilik. ada bilik lain di kmb yang dapat streamyx zone? hehe.

Jemaah subuh tadi semakin surut. Al-maklumlah orientasi dah berakhir. yang senior pula dua tiga kerat ja. huh, bagaimana la dengan hari-hari seterusnya.

semasa makan tadi kelihatan dua tiga orang ikhwah bertebaran di DS. makan bersama-sama junior. semuanya dalam proses membina hubungan dalam usaha membentuk saf-saf dakwah yang kukuh. ini strategi. waktu mabit semalam pun dah berta'aruf dah sikit cuma tak tidur di surau sama-sama sebab mulai tahun ini admin tak benar tidur di surau. tapi nanti boleh kot. peraturan itu teori.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh" [61:4]

moga istiqamah. fastabiqul khairat.

-mfr5071-

Friday, June 25, 2010

angan-angan kosong

"(setan itu) memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, padahal setan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka." [As-saf,61:4]

bila ditanya siapa ingin masuk syurga nescaya semuanya mengangkat tangan, kalau disuruh angkat kaki pun pasti ramai yang bersungguh-sungguh mengangkat kaki masing-masing.

Namun bila berbicara soal amalan harian kita kepada Allah,tersipu-sipu tunduk. agak-agak kenapa begitu ya?

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakdan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)”. -(Aali-’Imraan:14)

adakah kita sedar akan perkara ini?

itulah kan orang-orang yang skor exam kata, kau study buku sekian-sekian pasti skor punya exam. jadi situasinya sama sahaja dengan kehidupan ini.

Ibarat medan peperiksaan untuk menguji tahap keimanan kita dan Allah telah sediakan Al-Quran sebagai bahan bacaan untuk kita study. Semua ini agar kita tak berangan-angan kosong untuk ke syurga.

Mana nak dapatnya 'honour roll' kalau study pon tidak.


-mfr5071-

Wednesday, June 23, 2010

defend mechanism

ini pendapat saya mengenai defend mechanism.

bukankah lebih baik dalam kita muhasabah dan membuat refleksi diri, kita menuding jari kepada diri kita sendiri?

tanya kepada diri kenapa sesuatu masalah itu boleh berlaku dan bagaimana nak menyelesaikannya?

apakah keuntungannya bila kita menuding jari kepada orang lain? aku tuduh kau, kau tuduh aku then penyelesaiannya?

dalam hidup ini banyak lagi perkara yang kita perlu belajar.

-mfr5071-

Saturday, June 12, 2010

keberangkatan pulang

sebentar lagi akan berangkat pulang ke kolej.

membawa pulang bersama assignment yang tak siap.

semua orang di rumah rasa seperti sekejap sahaja. Memang sekejap pon aku di rumah. seminggu lebih sahaja walaupun hakikatnya cuti tiga minggu. Yang lain dihabiskan di luar, Kalau di rumah pon bukan lah lekat di rumah sangat. Ada sahaja tempat nak pergi. Bila cuti dah habis baru gelisah assignment tak siap. Ala kata cuti. Dan aku tahu kesungguhan ku bercuti ini akan dibayar dengan setimpal bila berada di kolej nanti. Itu berdasarkan 'inductive logic'.

bila ditanya bila pula balik. entahla,zaman sahabat dulu orang keluar jihad mana ada menaruh harapan nak balik. Semua nak syahid. Tapi aku ni layakkah nak berada sebaris dengan para sahabat yang syahid? d.u.i.t

balik ni Minggu Penghayatan Islam lah pulak. Mampukah nak menghayati? or lebih menghayati world cup? cabaran tu.

Wahai math dan physics ku sayang,tolonglah jangan fail.

-mfr5071-

Thursday, June 10, 2010

b.a.c.a

baru selesai membaca 'dakwah fardiah' yang di download pagi tadi. Jiwa terasa seperti dibelai setelah sekian lama meninggalkan bahan-bahan bacaan ilmiah yang membawa diri memikir soal aqidah dan keimanan.

7 marhalah dakwah yang tampak ringkas tapi pelaksanaannya memerlukan kekuatan dari setiap aspek. Menelaah tanpa sebarang gangguan. Ayat demi ayat dihayati. Terasa seram sejuk menyelubungi diri. Tambahan bila tiba bahagian ciri dan pesanan buat dai'e. Terasa diri ini tidak mampu dan mahu tarik diri dari saf ini. Namun siapa yang ingin tolak janji-janji Allah yang indah bagi siapa yang menyeru kepada agama-Nya?

Mungkin dunia telak menapak di dalam hati. Kiranya perlu mengislah diri, agar dunia jatuh ke tapak kaki.

Letakkan dunia di telapak kakiku biar kupijak

Tanamkan akhirat pada jiwaku biar kurindu

Sisipkan cinta dalam hatiku biar aku menjadi aku

Langit tunggu ku tawan

Bumi tunggu kulakukan perubahan

~hilal~



-mfr5071-

Wednesday, June 9, 2010

hanya merepek

sekarang ini aku hanya terperap di rumah. Membilang hari untuk kembali ke kolej. Kredit pun tinggal 11 sen sahaja. Dalam wallet juga tinggal rm201, dimana rm200 itu duit orang menunggu masa untuk di 'bank in' ke dalam akaun.

Saki baki hari yang ada ini akan di gunakan sebaik mungkin untuk membuat assignment,untuk mengubati semula 'luka-luka' dan yang paling penting sekali berusaha menjahit semula sejadah iman yang koyak rabak.

Aku rindu untuk kembali ke kolej. Mungkin orang kata ini kenyataan gila tapi aku hanya rindu atas beberapa perkara. Aku rindukan makanan di DM. Sungguhpun orang kata makan di rumah lebih sedap,tapi mana nak dapat makan 5 kali sehari dengan nasi berlauk + sayur dan juga paling kurang ais kosong yg bernilai rm0.20 di warung-warung. sepanjang cuti aku hanya mampu dengan nasi + telur goreng + kuah serta air suam. Kalau kaya sikit baru beli ais kosong rm0.20. Namun mana mungkin aku sanggup merungut sedangkan masih ada manusia yang kelaparan tidak punya makanan.

Inbox aku selepas ini mungkin lebih lapang. Tiada lagi email dari facebook,friendster,tagged dan banyak lagi lah. Baru sebentar tadi aku deactivate akaun fb, delete akaun myspace dan friendster. Yahoo Messenger pun telah di delete dengan jayanya. Cuma tinggal teratak saja,itu pun kerana aku creatornya.

Apa lagi ya?

selamat meneruskan kehidupan.

-mfr5071-

p/s- gud bye 0408. Selamat mengejar karier.