keep update with us on facebook!

Monday, January 4, 2010

result oh result

Entah kenapa hari ini saya terpanggil untuk menulis tentang result exam. Mungkin kerana lagi beberapa hari saya akan dapat tahu result sem 1 saya yang sudah boleh diagak bagaimana.


Satu perkara lagi, sampai hari ini saya tak pernah tanya pun result pmr adik saya yang diumumkan disember lalu. Saya hanya tahu melalui mama sahaja. Kenapa tak tanya? Asalnya nak tanya tapi bila tengok kepada ekspresi muka selepas mendapat result saja, saya tak jadi nak tanya.


Kelemahan saya, saya jadi kelu untuk bercakap bila saya bertanyakan result kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Tak kan asyik nak ulang ayat-ayat cliché yang pastinya sudah bosan didengar. Namun ini masalah kecil sahaja sebenarnya sebab selalunya orang akan dapat result lagi bagus dari saya, jadi merekalah yang perlu memikirkan ayat-ayat untuk menyedapkan hati saya walaupun saya tak kisah sebenarnya. Hehe.


“ Maka apabila kamu telah berusaha maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal” [ 3:159]


Kita sendiri tahu tahap usaha kita, jadi sudah pastinya kita boleh tahu bagaimana hasilnya.


“ dia tu hari-hari main game ja, lepak ja tapi result gempak gak…”


Kenapa, jealous kah? Dah itu rezeki dia. Bukan kerja kita nak menentukan kadar rezeki ni, kita hanya boleh target dan berusaha dan selebihnya serah kepada Allah.Biarlah kita dapat setimpal dengan usaha kita. Kalau usaha sikit dapat lebih takut-takut istidraj pula. Belajarlah untuk bersyukur dan lipat gandakan usaha. Allah kan maha adil dan maha penyayang. Kita pasti peroleh ganjaran yang sepatutnya.


“ hari-hari aku study, stay up smpai lewat malam, hand out yg aku dpt smua aku buat tapi result hampeh jugak..”


Bersyukurlah sebab Allah masih sayang kita dengan menguji kita sedemikian rupa. Usaha keras kita itu mungkin masih terdapat kekurangannya. Duduk dan muhasabahlah. Mungkin HDA kita masih rapuh dan masih banyak hijab antara kita dan pemilik segala Ilmu. Hubungan dengan guru-guru lagi. Islah diri agar kesilapan sama tak diulangi.


Sebagai penutup kalam, kepada rakan-rakan KMB yang bakal terima result nanti, kepada adik-adik yang bakal terima result spm nanti, ingatlah natijah kepada setiap perkara yang berlaku itu punyai hikmah yang tersendiri. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan bertawakkal.


Kejayaan yang hakiki ialah bila kita berjaya menggapai redha Allah dan ditempatkan di syurga-syurga Allah.


‘bersama memburu redha Allah’


-mfr5071-


p/s: sekadar menyedapkan hati

2 comments:

atifgazali@gmail.com said...

semoga kita sentiasa belajar apa makna 'reda'.

Anonymous said...

post yg bagus..
buatkan aku tersedar..