keep update with us on facebook!

Tuesday, January 19, 2010

now i feel the heat

setelah sekian lama tak menulis,alhamdulillah petang ni ada sedikit ruang untuk mencoret sesuatu disini. Terasa sempit benar otak ini untuk mencurahkan idea di sini. Ujian yang bertalu-talu datang menyapa membuatkan kehidupan ini menjadi semakin menarik.

Perbezaannya jelas terasa. Tatkala badan sihat,masa lapang dan tiada assignment, mutaba'ah tu berjalan lancar sahaja. Nah sekali Allah uji sikit sahaja, habis tunggang-langgang semuanya. Sekarang ini semakin hari semakin mencabar. Bahang sebagai pelajar IB semakin terasa. Jiwa rasa tercabarlah juga. Setelah sekian lama hidup ni relax saja, bila harga masa itu kembali melambung, terasa seperti huru-hara.

Sekarang ini hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja. Selebihnya serah kepada Allah. Kesihatan tubuh badan hak Allah, cuma bergantung kepada kita bagaimana kita peka terhadap kesihatan itu. Ilmu itu hak Allah, cuma bergantung kepada usaha bagaimana kita mencarinya.

sekian untuk kali ini.

-mfr5071-

1 comment:

arika said...

when the going gets tough, the tough get going.. Alhamdulillah, sume nye baik2 saja.. stay strong.. nie baru sikit.. there's more to come.. keep your faith in check.. HE will always be there.. =)