keep update with us on facebook!

Friday, January 27, 2012

Deria mempengaruhi minda

Beberapa hari yang lalu saya ada timbulkan satu kemusykilan di status facebook dengan harapan ada sahabat yang mampu memberi pencerahan terhadap kemusykilan yang dikemukakan (rujuk gambar).

Pertama sekali saya ingin jelaskan, saya tidak bertujuan memperkecilkan minat anda untuk membaca genre buku yang dimaksudkan. Bagi saya, ianya terlalu dangkal untuk memperlekeh minat seseorang yang kita sendiri pun tidak pernah mencubanya. Saya hanya ingin perkongsian kalau-kalau minat anda tersebut punya manfaat yang saya tak nampak. Saya perjelaskan hal ini bila mendapat respon dari beberapa rakan di kampus yang menyatakan persetujuan yang bacaan novel melayu bertemakan cinta seolah-olah tiada manfaat. Persoalannya, adakah status tersebut menampakkan saya bersikap prejudis terhadap golongan yang dimaksudkan?

Deria mempengaruhi minda

Berdasarkan pengamatan saya, pembacaan dan menonton ‘movie’ akan memberi impak kepada perlakuan dan pemikiran kita seharian. Ini hanya pengamatan saya dan tiada kajian akademik yang menyokong pendapat saya ini. Pendapat anda mungkin berbeza. Saya ingin berkongsi hal ini kerana kegagalan kita mengawal apa yang diperoleh melalui pembacaan dan tontonan mampu membuatkan diri jadi tidak keruan (eh ye ke?).

Contohnya, menelaah biografi tokoh-tokoh korporat dan kepimpinan Negara seperti Tan Sri Lim Goh Tong dan Tun Dr. M (DR in the house) mampu mencungkil rasa optimis dan berpandangan jauh serta menyuntik semangat untuk mengharungi kehidupan. Sebagai tindakan susulan saya seimbangkan bacaan dengan menyelak buku-buku fikrah islamiah agar dapat memimpin saya menganalisis pembacaan dari sudut pandangan seorang muslim. Kalau tidak, kekaguman anda dengan kebolehan Goh Tong untuk ‘survive’ di Malaysia dengan hanya bermodalkan 15USD akan memandu anda untuk memburu kekayaan dunia tanpa sedar penghujung kehidupan akhirnya ke mana.

Isunya: keghairahan membaca novel cinta

Saya melihat lambakan novel cinta di pasaran yang laris sempena pemberian BB1M oleh kerajaan tempoh hari serta drama-drama melayu yang tidak dapat lari dari tema cinta sedikit sebanyak memberi impak kepada pembangunan jati diri remaja sebagai pewaris masa hadapan.

“ pait, hang tak risau ka, kita dah 21 dah ni, awek pon tak ada lagi”

Persoalan yang melucukan dari seorang kawan. Dia tidak salah tapi persekitaran yang mendesak. Remaja hari ini kelihatan lebih asyik dengan cinta antara lelaki dan perempuan bukan mahram yang belum pasti penghujungnya sedangkan pada usia begini banyak perkara berfaedah lain yang boleh dilakukan. Tiada pula yang melenting “sibuk nak bercinta ini buat apa, belajar lah dahulu” sebaliknya remaja yang bangkit memberontak dan mengkritik dasar kerajaan dianggap bodoh. Pelik dan jelik.

Hobi membaca novel cinta hingga mengalirkan air mata tidak salah. Isunya, kita perlu seimbangkan dan bijak mengurus diri agar tidak tenggelam dengan keasyikan hidup yang melampau kerana deria kita yang terlibat member respon kepada minda dan seterusnya mendorong kepada perlakuan kita seharian.Perjelaskan apa yang kita mahu dari novel tersebut sebelum membacanya dan biar kita peroleh manfaat dari bacaan tersebut. Kita remaja, perjalanan masih jauh, masa depan agama dan negara tergalas pada bahu kita. Kalau novel tersebut menampakkan matlamat ini, Alhamdulillah.

Akhir kalam, Perkongsian ini hanya berdasarkan pengalaman yang mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak sedar dan terus runsing memikirkan kenapa dirinya berkelakuan sedemikian sedangkan sahabat lain tenang sahaja hidup mereka.

Perbezaan pendapat boleh dikongsikan di ruang komen. Saya raikan perbezaan pendapat kerana setiap dari kita menganalisis kehidupan dari sudut yang berbeza dan kesan setiap perkara yang berlaku kepada kita juga lain refleksinya.

“What happen to you is not important as what happen in you”

Sekian.

FaizRodzi

1 comment:

Mastura MY said...

assalamualaikum.

you are what you read.

ummat Islam umat membaca, tapi dalam membaca perlu berhati-hati.

:)