***
Sukan rugby boleh dikatakan antara sukan utama dikebanyakan sekolah berasrama penuh. Berduyun-duyun pelajar menuju ke padang jika pasukan sekolah mereka beraksi, lengkap dengan segala macam peralatan untuk riuhkan suasana dan yang paling penting, ‘ayat-ayat power’ untuk meruntuhkan moral lawan.
Ditakdirkan berlangsung satu perlawanan, pertembungan musuh tradisi. Kedua pasukan ini bukan hanya membawa nama sekolah, tapi juga maruah. Semua muka ‘top’ diberi tumpuan, bukan sahaja oleh pemain tapi juga penyokong yang bersiap sedia menyerang dari sudut psikologi. Kira semua yang berada di padang memainkan peranan masing-masing untuk kalahkan lawan.
Perlawanan berlangsung dengan rancak. Penyokong dilihat lebih ‘perform’ beraksi. Habis semua dihentam, tidak kira pemain, jurulatih malah ahli phisio lawan turut kena. Nasiblah pemandu bas tiada di padang, kalau tak mesti turut dihentam. Akhirnya pasukan lawan berjaya ditumbangkan. Semua puas dan bergelak tawa, bangga dengan kemenangan.
sekadar hiasan
***
Keesokannya naiklah seorang guru berucap di perhimpunan, menyatakan kekecewaannya terhadap sikap pelajar-pelajar sepanjang perlawanan semalam. Ujarnya, bukan begitu adab menyokong. Menyokong pasukan sendiri dengan cara melakukan serangan-serangan psikologi kepada individu-individu tertentu dari pihak lawan amatlah tidak bertamadun. Kamu semua ternyata jauh menimpang dari semangat kesukanan yang cuba diterapkan.
Ujarnya lagi, kita sepatutnya menyokong pasukan kita, memberi kata-kata semangat kepada kawan-kawan kita yang beraksi. Bukannya ‘provoke’ pasukan lawan.
Itulah luahan kekecewaan seorang guru. Mungkin ada yang tidak setuju dengan pendapat beliau berkenaan adab menyokong tersebut tapi intipatinya berasas.
***
Eh apa pengajarannya kisah ini?
Entahlah. Kalian nilailah sendiri dan gesalah sel-sel otak untuk merembaskan segala macam enzyme untuk membolehkan kalian berfikir dengan waras. Jika tidak jumpa juga pengajarannya, lupakan saja kisah ini.
Pokok pangkalnya, walau sebenci mana pun kita kepada yang tidak sehaluan/sependapat dengan kita, serangan/cacian bersifat individu saya kategorikan sebagai tidak bertamadaun. Tidak menuding kepada sesiapa, sebaliknya kepada diri saya yang mungkin ada terlepas mengeluarkan kenyataan yang berbentuk cacian kepada individu tertentu.
Sekian.
-mfr5071-
No comments:
Post a Comment