keep update with us on facebook!

Wednesday, June 29, 2011

diary: hidup tu berdikarilah sikit, jangan fikir diri sendiri ja.

in the name of Allah, the most gracious and most merciful.

penulisan kali ini mungkin bersifat 'sandarkan pada kenangan' sikit.

kejap tadi baru saja aku berhujah dengan mama kerana kami tidak sependapat. Mama merungut mengatakan cikgu sekarang ni muda-muda ramai jenis 'perongoih' (panas baran) sikit-sikit nak penampar nak rotan. Ini berikutan adik aku yang sakit dan tidur di asrama kena rotan semasa sedang tidur. baru-baru ini kena penampar pula kerana tidak ke kelas 3 hari berturut-turut alasannya sakit juga.

aku faham perasaan seorang ibu. mestilah menyebelahi dan membela anaknya tapi bukan itu kerja cikgu dan warden?

apa yang aku persoalkan betul kah sakit?

pengalaman mengajar aku untuk berhati-hati dengan 'permainan' budak-budak form 1 ni. kadang-kadang tu akal ja lebih sebenarnya. melaga-lagakan pihak admin dan ibu bapa. masa aku form 5 dulu banyak dah handle kes macam ni. Budak-budak macam ni ubat dia memang pelempang atau penyepak ja. Mak ayah serang sekolah, sila lah datang, apa ada hal?

parents: ni kamu yang tampaq anak saya?
saya: ya saya, kenapa?
parents: saya pon tak pernah tampaq dia tau dak?
saya:kira orait la saya first, nih kalau nak anak mak cik dibelai ambil bawak balik, sini bukan tempat dia.
parents: ustaz tengok, kp apa mcm ni kurang hajaq!!
pk hem: nih borang tukaq sekolah banyak kat bilik saya, anak cik boleh naek kemas barang kot!
saya: nak saya suruh kawan2 dia tlong kemaskan? *nada sinis*

lu tak jantan beb panggil mak serang sekolah. begitu saya dididik sejak form 1.

hidup pandai-pandai lah berdikari. jangan manja, jangan belajar jadi malas.

aku dulu darjah satu sampai enam tiga hari ja tak pergi sekolah sebab demam panas. masa sekolah menengah, aku kena terajang ka, pelempang ka sampai nak makan pun tak lalu tak pernah telefon balik rumah pon. adik aku kira beruntung sebab semua masalah cikgu selesai kan, aku kat asrama senior selesai kan sampai lah zaman aku form 5.

mana ketaq pun kena dengan senior. muntah-muntah, pening serta rasa bengong sat tu simptom biasa lepas keluar dari dorm senior.

inilah antara argument aku masa berhujah dengan mama aku tadi. last phrase aku, kalau sakit buat cara sakit, kita bukan tak p bagi ubat tapi jangan dok manja sangat. kalau kita belajaq penuh komitmen, sakit tak yah tunjuk MC pun cikgu percaya.

pesanan untuk adik aku kalau dia baca:
hang punya perangai buat mama susah hati tau dak?! kalau nak merasa ubat yang aku dok bg junior aku makan dulu habaq la, tara anak orang pun aku terajang tampaq ikut dan ja ni kan pulak adik sendiri. mai minta ja, tanpa syarat aku bagi free...boleh tara tu??

sekian.

-mfr5071-

p/s: -aku harap mama tak kecik hati lah tadi.
-adik aku mrsm kubang pasu.


6 comments:

Adni said...

Salam alaik.
Ni pandangan saya, betullah jgn manjakan diri sgt.Saya setuju tuh.
Tapi, bila kita nak mrah org tuh, nak2 lagi dia buat salah, marah sebb nk mndidik, bukn mrah sbb nafsu amarah kita. Kena beza kan baik2 benda tuh spya tak timbul dendam, depress ke hape ke.
Pndgn saya jelah.
:)

FaizRodzi said...

huhu. tq adni for ur opinion.
sbb tu awal2 dh ckp 'sandarkan pada kenangan'.

now dah tak mcm tu dah. now i'm working with alumni to slowly change the culture n so far so good.

dengar pun mcm kejam kan. actually kena ada cara gak nak buat. now boleh ja duduk lepak2 dgn senior n junior. bersalam dgn tgn yg pernah tampar saya dulu. mcm bersyukur ja rasa kena tmpar dgn org yg now engineer dan doc.

peace no war ;p

Shereen said...

when I was little, if my sisters and I naughty kena rotan jugak - dgn paip getah sekali tu.. adoi... My little sister dapat tali pinggang.. It is a way to teach kids I suppose - look at where I am now haha.. Cuma kids these days memang manja sikit kot.. no offense to your brother.. Hope things will be resolved Faiz..:)

atifgazali@gmail.com said...

zaman la ni lain pendekatannya.

Abe Am said...

ramai parents tak setuju pasal kuasa seniority kat sekolah. somehow, kadang2 aku rasa benda tu amat2 perlu, tapi berpatutan...

aku kat sekolah menengah dulu makan gak sepak terajang, ada satu event tuh, kitorg kena saling tampar menampar..sebab? monteng kuliah maghrib baiii..

seniority itu penting, tapi jgn melampau.
penting gak ada senior yg garang2 nih, sbb aku dah tengok kesan benda tu dihapuskan... konsep touch and go(buli kene keluar sekolah!!) dilaksanakan mase aku form 4, aku dapat lihat syudent form 1 jadi makin kurang hajar dan samseng, termasuk dengan cikgu2, sebab senior takleh nak control langsung perangai diorang.. memonteng program asrama, dorm kotor22222222x, dan macam2 ag...

cam aku cakap, seniority itu sgt penting, tapi jgn melampau..
dan pada junior2, jgn manja sangat...

tunkuF said...

sokongan 100% diberikan kpd admin..