keep update with us on facebook!

Wednesday, June 8, 2011

budaya membaca

in the name of Allah, the most gracious the most merciful.

hari ini mata rasa agak berpinar mungkin kerana terlalu lama berada di hadapan 'laptop' menelaah beberapa bahan untuk dijadikan isi kepada 'review' yang saya tulis dan perlu disiapkan dalam masa seminggu. Kadang kala menelaah bahan bacaan yang bukan dalam bidang kita akan membuatkan proses pembacaan itu menjadi sangat bosan. mungkin itulah yang menyebabkan majoriti daripada kita tidak gemar kepada pembacaan.

kenapa saya kata majoriti?

Berdasarkan kajian dilakukan Perpustakaan Negara pada 2005, secara purata keseluruhan rakyat Malaysia membaca dua buku setahun berbanding purata sebelum ini dua halaman buku setahun , terendah antara negara di Asia.

Dalam hal ini, rakyat India mendominasi dengan 35, Thailand (25) dan Indonesia (18).

PERANGKAAN 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun berbanding 180,000 judul di China, 116,000 (United Kingdom), 60,000 (Amerika Syarikat) dan 45,000 (India).

Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun itu, hanya 1,273 atau 32 peratus bahan bacaan santai di samping buku teks akademik dan kanak-kanak.

sumber.

mungkin fakta yang mampu saya kemukakan merupakan fakta lapuk (6 tahun lalu), namun bukan fakta tersebut yang ingin diperdebatkan tetapi di manakah kita dalam kalangan orang yang membaca dua buku setahun itu? kalau puratanya 10 buku setahun pun itu sekadar purata, apa faedahnya kalau tiada satu pun dalam koleksi kita?

teknologi sudah maju beb, semua di hujung jari.

memang tidak dapat dinafikan. tujuan saya menulis perihal budaya membaca ini juga bukan bertujuan menafikan kewujudan teknologi yang membolehkan kita akses kepada pelbagai maklumat tapi persoalannya baca ke tidak? baguslah kalau kita manfaatkan teknologi sedia ada.

Apa faedahnya membaca ini, movie lagi best kot?

mari saya kongsikan beberapa penulisan yang disunting untuk tatapan dan cernaan kita bersama:

Pernah suatu ketika, para sahabat Abdullah bin Mubarak berkata kepadanya: “Kenapa kamu tidak mahu duduk dan berkumpul dengan kami?” Lalu dia berkata kepada mereka: “Saya lebih senang duduk dan berkumpul bersama Baginda SAW dan para sahabat (iaitu lebih senang bersama buku-bukunya), kerana setiap kali berkumpul di dalam majlis, kamu selalu mengumpat dan membicarakan orang lain.”

Francis Bacon berkata: “Sedikit ilmu malah memungkinkan dapat membuat anda menjadi orang yang ateis, dan jika anda mahu memperdalam ilmu, maka anda akan beriman kepada Tuhan”.

Dr Aidh Al-Qarni juga berpendapat, “Aktiviti membaca dapat menambah ilmu, wawasan dan meluaskan lagi cakerawala pemikiran setiap orang yang mahu membaca, karya-karya orang lain dan ilmu pengetahuan mereka, maka sudah pasti pengetahuan dan wawasannya akan semakin bertambah luas dan akal fikirannya dapat berkembang, terutama jika yang dibaca adalah hal-hal yang bermanfaat.

itulah antara pendapat yang boleh difikirkan. kepada penggemar movie, saya bukan cuba menentang hobi anda, cuma perjelaskan sebab musabab menonton movie tersebut. jika punya faedah dan bermanfaat buat diri dan ummat, teruskan.

saya harap penulisan ini dapat menjadi titik tolak kepada kita untuk menanamkan minat membaca dalam diri kita dan orang sekeliling kita. moga dengan budaya ini dapat menjadikan kita individu muslim yang lebih berdaya saing dan dihormati.

"bersama membina generasi harapan"

sekian.

-mfr5071-

p/s: "Siapa menuntut ilmu tanpa guru maka dia menuntut ilmu dengan syaitan". hanya kerna ini anda takut untuk banyak membaca? klik

1 comment:

Abe Am said...

"bersama membina generasi harapan"


suker2...

^^-