keep update with us on facebook!

Friday, March 18, 2011

Cerpen: Peluang berniaga di mana-mana

“bang, nak ke mana bang?”

“tak apa, dah ada tiket”

Riuh-rendah Hentian Bas Bukit Jalil bukanlah suatu yang asing lagi bagi Kamal, Pudu Raya mahupun Bukit Jalil, sama sahaja suasananya. Lambakan ulat tiket dan peminta sedekah kadang kala mengganggu juga tapi dah itu profesion mereka.

Kamal melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi di terminal bas utara.

“Huh, baru 3.30 kot, lagi dua jam”

Kamal tampak gelisah, memang dia tidak senang duduk sahaja tanpa membuat apa-apa, nak dibuka buku suasananya memang langsung tidak sesuai untuk membaca. Masuk kali ini sudah beberapa kali Kamal menggosok kedua belah tapak tangannya dan disapukan kemuka. Entah mengapa. Jauh dalam benak hatinya dia masih mengidam ais krim bakar namun egonya terlalu tinggi untuk tewas kepada pujukan hati itu.

Pandangan Kamal beralih kepada susuk tubuh yang baru sahaja mengambil tempat di sebelahnya. Gayanya seperti sebaya sahaja.

“Assalamualaikum” sapa Kamal sambil menghulurkan tangan.

“Waalaikumussalam” jawabnya dingin.

“Aku Kamal, kau?” Kamal memeperkenalkan diri sambil tangan erat bersalam dan senyum terukir di bibir.

“Aku Akmal, eh tolong tengokkan barang sat, nak pi kedai hujung sana” tanpa membalas senyum Kamal, Akmal terus berlalu membelakangi Kamal. Tampak biadap namun Kamal masih dengan senyumannya.

Peluang berniaga di mana-mana, getus hati kamal sambil matanya masih mengekori gerak Akmal. Baju Adidas, seluar jeans Levis, kasut Nike. Herm, boleh tahan. Antara dua, anak orang kaya atau berlagak kaya. Sekilas Kamal mentafsir penampilan Akmal.

“Hang tunggu bas nak pi mana?” Akmal menyambung perbualan sambil kembali mengambil tempat disebelah Kamal.

“ Alor Star, pergi rumah kawan” jawab Kamal.

“ oh patut pun cara cakap tak macam orang Kedah. Aku pun nak balik Kedah gak, satu bas la kita satgi.”

“tapi nanti aku turun dekat Hentian Gurun” sambung Kamal.

Kedengaran azan asar berkumandang. Suasana menjadi tenang seketika tanda orang ramai peka akan adab menghormati azan. Akmal tampak asyik dengan i-phone4 nya, nampak seperti sedang ber’twitter’.

“Akmal, cuba tweet ‘jom solat,amalan terbaik ialah solat di awal waktu’” tegur Kamal sambil bangun dan mengangkat beg.

“hadui, kalut la hang, ni hang nak pi mana pulak? Rilek la bas tak mai lagi”

“ai, pergi solatlah, kan dah azan tadi”

“oh, ingat nak pi mana, beg tinggai sini tak pa, aku jaga” sambil asyik dengan i-phone4 nya.

“aik, jom lah solat sekali, tak kan datang bulan kot” kamal berseloroh.

“ err..sat. ok jom kita mengangkat hadas kecil”

“ erk, apa yang sat?” sambil mengikut belakang Akmal menuju ke surau.

“dak bukan apa, dok pikir yang besar dah selesai belum, kalau belum macam mana nak selesaikan yang kecil, paham?” balas Akmal bersahaja.

“tak paham”

“tak pa tak masuk exam, itu tanda otak hang masih suci, haha”

***

“ err, cik kalau kurang selesa boleh tukar dengan brother sebelah tu, dia pun kawan saya” tegur Akmal segan silu kepada seorang gadis yang baru sahaja mengambil tempat di sebelahnya.

“erm, boleh jugak, terima kasih” balas gadis itu ringkas.

“ai, tadi bukan ke doa dapat duduk sebelah awek cun? Ni dah dapat tolak pula” gurau Kamal sambil menumbuk lembut bahu Akmal.

“ ustazah kot, kalau cikaro, muka hang pun aku tak kenai dah. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik je der ” Akmal merujuk kepada gadis tadi yang bertudung labuh.

“ wow, boleh tahan ustaz juga kau ni ye siap rujuk ayat quran”

“ haha ustaz la sangat, aku dengaq member-member sembang ja. Aku bukan apa, dia jaga diri dia, so kita hormat. Kalau yang jenis tayang sana sini, tak kan nak tolak, dah depa tayang mesti nak dilayan”

Bas meluncur laju menuju bumi jelapang padi. Akmal sudah tertidur. Kamal masih segar sambil pandangannya dilontar jauh ke luar tingkap. Kamal dan Akmal, persahabatan ini mungkin berakhir beberapa jam sahaja lagi. Namun perniagaan ini baru sahaja nak bermula.

“ Kau berkatilah perkenalan kami ini ya Allah” Kamal bermonolog.

***

“Akmal, aku nak turun dah ni, kejap lagi sampai lah Hentian Gurun” Kamal mengejutkan Akmal yang nyenyak tidur.

“oh dah nak sampai gurun ka. Ok, nanti kirim salam kat member hang” balas Akmal sambil menghulurkan tangan.

“insyaAllah, kau jaga diri elok-elok, keep in touch, nanti bila-bila jumpa jangan buat tak kenal aku pulak” sambil bersalam dengan Akmal sebelum melangkah ke hadapan dan meminta pemandu bas berhenti di hentian gurun.

***

“Assalamualaikum sahabat” Atif menyapa Kamal dari belakang lantas memeluk mesra sahabatnya itu.

“Waalaikumussalam ya sheikh”

“How was the journey?” soal Atif berbahasa inggeris.

“It was great. Future rijal, anak pengusaha kilang kicap, pelajar ijazah sarjana muda bidang kejuruteraan university Malaya, phone number and email for Facebook are in here” sambil menunjukkan telefon bimbit.

“ wow, new client? What a great first step”

“ yeah, it just started and it will be continue, bi iznillah”

-mfr5071-

4 comments:

Abe Am said...

memulakan bidang cerpen eh? menarik2...
cuba post kat iluvislam pulak...

suka dgn cerpen nih, sbb seiring dgn buku Dakwah Fardhiah, setiap manusia ada potensi utk ditarbiyah...

(^^,)V

Myosin said...

nama2 yang digunakan
-.-"

FaizRodzi said...

abe am: cerpen masih bertaraf picisan. hanya cebisan idea tatkala jiwa tak tenang untuk menelaah ilmu.

myosin: ya kenapa dgn nama?? salah satunya milik anda?? haha. btw nama2 tu muncul secara spontan. rindu mungkin.=)

Shereen said...

once again, you tell good stories.. :)