terasa malas sekali untuk turun beriadah pada petang ini. Lebih selesa duduk bersandar dihadapan laptop sambil menikmati gelagat manusia sekeliling melalui tingkap bilik sahaja.
"Mari kita merenung sebentar"
Dipetik dari blog seorang sahabat. Blog post yang cukup ringkas tapi mungkin itulah yang perlu aku lakukan ketika ini. Cuma sebentar kalau lama hanya membuang masa namanya.
Pernah terbaca sebuah penulisan yang mengatakan sekiranya kita cepat putus asa, frust dan segala yang negatif dengan segala usaha yang telah kita lakukan sebelum ini,itu bermakna kita perlu semak kembali niat kita. Hala tuju kita.
Sememangnya tak semua yang kita kehendaki akan tercapai tapi bagi aku kita berhak untuk kecewa tetapi ambillah pengajaran daripada kegagalan itu.
"Adakah kita kecewa kerana kita gagal..?"
hal itu bergantung kepada situasi masing-masing.
Justeru perkara yang perlu direnungkan ketika ini ialah soal niat.
"Untuk siapa..?"
"Kerana apa..?
mungkin persoalan itulah perlu dijawab seikhlas mungkin. Hal ini kerana walau apa kerja buat kita, HDA merupakan perkara pertama yang perlu diambil kira then come others.
Rasanya itu sahaja renungan untuk kali ini. Mungkin ianya lebih kearah membetuli diri sendiri tapi bagi yang membaca penulisan ini moga memperoleh manfaat juga.
sekian.
~tuning myself to be .... and achieve them. Yang 'lain' pegi mampos...
-mfr5071-
2 comments:
bgus peringatan ni..
sama2 la kita merenung kembali..
tumpang tnya ye..
HDA tu pew??
sowi..btul2 xtau..
HDA = hubungan dengan Allah
sja guna shirt form..
Post a Comment