keep update with us on facebook!

Sunday, October 18, 2009

bila turn kita?

sejuk.
semalam hujan lebat menyimbah bumi kmb disertai dengan kombinasi guruh dan kilat sabung-menyabung.
tatkala manusia lain sedang enak diulit mimpi di pagi hari minggu ini,aku pula membuka laptop bagi meng'update' isu-isu semasa sebelum menyambung menyiapkan report fizik yang masih belum tersentuh.
Menjadi kebiasaan semasa online untuk ziarah dari blog ke blog. Sekurang-kurangnya dapat meninjau keadaan sahabat-sahabat lain yang sedang berjihad dilapangan masing-masing.

"destinasi kita sama cuma waktunya berbeza"

frasa spontan yang keluar dari mulutku.
dua berita yang agak terkesan kepada diri semasa 'blog walking' tadi.
dua post yang bertajuk al-fatihah dan you have to be strong,
dua kisah seniorku yang baru berusia 22thn dan 20thn,
moga Allah mencucuri rahmat keatas roh kak fatimatussolihah yg kembali ke rahmatullah akibat kemalangan,
dan moga Allah memberi kekuatan kpd kak nadia yg sedang berperang dgn sakit buah pinggang yg kini berada pada fasa kritikal.

merujuk kpd kisah dua orang seniorku itu,
aku teringat kpd kisah perbualanku dgn beberapa org sahabatku di sekolah dulu,
mungkin ini dianggap jenaka ketika itu,
ya,sebuah lawak jenaka yang agak kasar bunyinya,

semasa prep pagi hari sabtu di kelas 5s2...
md square:"weh pait,aku rasakan nnt aku nk wat frame besaq2 gambaq batch kita,nak gantung kt dinding rumah aku"
sater:"gila style, baguih gak idea hang tu.."
md square:"tp kena ada gambaq smua org r...xleh ada yg tercicir.."
pait:"apa yg hang tiba2 semangat batch ni..??"
md square: "haa...dah tu nantikan bila ada ja member kita yg mati dulu aku pangkah la muka dia...nanti kita tengok sapa last man standing.."
pait: haram toi...kurang hajaq gila...
sambil kelas aku menjadi riuh seketika.yg sebelum ini tengah fokus belajar pon mencelah kata2 member aku sorang ni yg idea nntah apa2..
sater:"dah tu nnt klau hg yg p dulu cmna..?? sapa nk pangkah..?
md square: haa...btoi gak no...haish..hg jgn kata cmtu sater...doa la bagi umur aku panjang..
pait: haha...mampuih gak hg ni...
perbualan itu berlanjutan lagi dengan nntah apa lagi isu yg gagal direkodkan sambil mengulangkaji pelajaran...kononnya study la..huhu..

teringat kisah itu membuatkan aku teringat akan rakan-rakan yg lain..
apa khabar mereka sekarang...
entah bila turn kita ya..
tp mau tak mau semua itu pasti berlaku...
detik2 sedih itu tetap kita akan hadapi..
kehilangan orang yg kita sayang...
cuma masanya entah bila...

"sama-samalah kita bermuhasabah..."

~kadang kala berfikir perkara yang sepatutnya org lain fikir itu hanya membuang masa

-mfr5071




3 comments:

iYLa said...

semoga Allah memanjangkan umur kita dan semoga kita semua mendapat rahmat dripadaNya.. amin

farhanN said...

aku di sini pait...
sehat lg...
sakit otak ja nak final...

semoga roh kak fatimatussoleheh dicucuri rahmat...
ntah2 esok lusa giliran kita pulak...
sapa tau...

farhanN said...

aku di sini pait...
sehat lg...
sakit otak ja nak final...

semoga roh kak fatimatussoleheh dicucuri rahmat...
ntah2 esok lusa giliran kita pulak...
sapa tau...