keep update with us on facebook!
Wednesday, June 29, 2011
diary: hidup tu berdikarilah sikit, jangan fikir diri sendiri ja.
Wednesday, June 8, 2011
budaya membaca
hari ini mata rasa agak berpinar mungkin kerana terlalu lama berada di hadapan 'laptop' menelaah beberapa bahan untuk dijadikan isi kepada 'review' yang saya tulis dan perlu disiapkan dalam masa seminggu. Kadang kala menelaah bahan bacaan yang bukan dalam bidang kita akan membuatkan proses pembacaan itu menjadi sangat bosan. mungkin itulah yang menyebabkan majoriti daripada kita tidak gemar kepada pembacaan.
kenapa saya kata majoriti?
Berdasarkan kajian dilakukan Perpustakaan Negara pada 2005, secara purata keseluruhan rakyat Malaysia membaca dua buku setahun berbanding purata sebelum ini dua halaman buku setahun , terendah antara negara di Asia.Dalam hal ini, rakyat India mendominasi dengan 35, Thailand (25) dan Indonesia (18).
PERANGKAAN 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun berbanding 180,000 judul di China, 116,000 (United Kingdom), 60,000 (Amerika Syarikat) dan 45,000 (India).
Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun itu, hanya 1,273 atau 32 peratus bahan bacaan santai di samping buku teks akademik dan kanak-kanak.
mungkin fakta yang mampu saya kemukakan merupakan fakta lapuk (6 tahun lalu), namun bukan fakta tersebut yang ingin diperdebatkan tetapi di manakah kita dalam kalangan orang yang membaca dua buku setahun itu? kalau puratanya 10 buku setahun pun itu sekadar purata, apa faedahnya kalau tiada satu pun dalam koleksi kita?
teknologi sudah maju beb, semua di hujung jari.
memang tidak dapat dinafikan. tujuan saya menulis perihal budaya membaca ini juga bukan bertujuan menafikan kewujudan teknologi yang membolehkan kita akses kepada pelbagai maklumat tapi persoalannya baca ke tidak? baguslah kalau kita manfaatkan teknologi sedia ada.
Apa faedahnya membaca ini, movie lagi best kot?
mari saya kongsikan beberapa penulisan yang disunting untuk tatapan dan cernaan kita bersama:
Pernah suatu ketika, para sahabat Abdullah bin Mubarak berkata kepadanya: “Kenapa kamu tidak mahu duduk dan berkumpul dengan kami?” Lalu dia berkata kepada mereka: “Saya lebih senang duduk dan berkumpul bersama Baginda SAW dan para sahabat (iaitu lebih senang bersama buku-bukunya), kerana setiap kali berkumpul di dalam majlis, kamu selalu mengumpat dan membicarakan orang lain.”
Francis Bacon berkata: “Sedikit ilmu malah memungkinkan dapat membuat anda menjadi orang yang ateis, dan jika anda mahu memperdalam ilmu, maka anda akan beriman kepada Tuhan”.
Dr Aidh Al-Qarni juga berpendapat, “Aktiviti membaca dapat menambah ilmu, wawasan dan meluaskan lagi cakerawala pemikiran setiap orang yang mahu membaca, karya-karya orang lain dan ilmu pengetahuan mereka, maka sudah pasti pengetahuan dan wawasannya akan semakin bertambah luas dan akal fikirannya dapat berkembang, terutama jika yang dibaca adalah hal-hal yang bermanfaat.
itulah antara pendapat yang boleh difikirkan. kepada penggemar movie, saya bukan cuba menentang hobi anda, cuma perjelaskan sebab musabab menonton movie tersebut. jika punya faedah dan bermanfaat buat diri dan ummat, teruskan.
saya harap penulisan ini dapat menjadi titik tolak kepada kita untuk menanamkan minat membaca dalam diri kita dan orang sekeliling kita. moga dengan budaya ini dapat menjadikan kita individu muslim yang lebih berdaya saing dan dihormati.
"bersama membina generasi harapan"
sekian.
-mfr5071-
p/s: "Siapa menuntut ilmu tanpa guru maka dia menuntut ilmu dengan syaitan". hanya kerna ini anda takut untuk banyak membaca? klik
Thursday, June 2, 2011
Kematian Hati
Banyak orang tertawa tanpa mahu menyedari sang maut sedang mengintainya. Banyak orang cepat datang ke saf solat lagaknya seperti orang yang amat merindukan kekasih. Namun, sayang ternyata ia datang tergesa-gesa hanya agar dapat segera pergi. Seperti penagih hutang yang kejam ia perlakukan Tuhannya.
Ada yang datang sekadar memenuhi tugas rutin mesin agama. Dingin, kering dan hampa,tanpa penghayatan. Hilang tak dicari, ada tak disyukuri. Dari jahil engkau disuruh berilmu dan tak ada izin untuk berhenti hanya pada ilmu. Engkau dituntut beramal dengan ilmu yang ALLAH berikan. Tanpa itu alangkah besar kemurkaan ALLAH atasmu.
Tersanjungkah engkau yang pandai bercakap tentang keheningan senyap ditingkah rintih istighfar, kecupak air wudlu di dingin malam, lapar perut kerana puasa atau kedalaman munajat dalam rakaat-rakaat panjang?
Tersanjungkah engkau dengan licin lidahmu bertutur, sementara dalam hatimu tak ada apa-apa? Kau kunyah mitos pemberian masyarakat dan sangka baik orang-orang berhati jernih, bahawa engkau adalah seorang soleh, alim, abid lagi mujahid, lalu puas meyakini itu tanpa rasa ngeri.
Asshiddiq Abu Bakar Ra. Selalu gementar saat dipuji orang. "Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku kerana ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidak tahuan mereka", ucapnya lirih.
Ada orang bekerja keras dengan mengorbankan begitu banyak harta dan dana,lalu ia lupakan semua itu dan tak pernah mengenangnya lagi.
Ada orang beramal besar dan selalu mengingat-ingatnya, bahkan sebagian menyebut-nyebutnya.
Ada orang beramal sedikit dan mengklaim amalnya sangat banyak.
Dan ada orang yang sama sekali tak pernah beramal, lalu merasa banyak amal dan menyalahkan orang yang beramal, karena kekurangan atau ketidak-sesuaian amal mereka dengan lamunan pribadinya, atau tidak mau kalah dan tertinggal di belakang para pejuang.
Mereka telah menukar kerja dengan kata. Dimana kau letakkan dirimu?
Saat kecil, engkau begitu takut gelap, suara dan segala yang asing. Begitu kerap engkau bergetar dan takut. Sesudah pengalaman dan ilmu makin bertambah, engkaupun berani tampil di depan seorang kaisar tanpa rasa gentar. Semua sudah jadi biasa, tanpa rasa.
Telah berapa hari engkau hidup dalam lumpur yang membunuh hatimu sehingga getarannya tak terasa lagi saat maksiat menggodamu dan engkau menikmatinya?
Malam-malam berharga berlalu tanpa satu rakaatpun kau kerjakan. Usia berkurang banyak tanpa jinjang kedewasaan rohani meninggi.
Rasa malu kepada ALLAH, dimana kau kubur dia?
***
sekadar muhasabah,
kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat, tiada alasan untuk berasa berasa bosan kerana terlalu banyak perkara yang masih perlu kita fikir dan ambil tindakan.
Ya, rata-rata kita berusia 20-an, rasa seperti masih panjang hidup ini bukan? realitinya, baru semalam seorang sahabat yang baru berusia 23 tahun telah kembali ke rahmatullah. Moga Allah rahmati roh beliau.
Fikir-fikirkanlah sahabat, bukan nak takutkan diri kita dengan kematian tapi cuma nak mengingatkan sejauh mana persediaan yang telah kita lakukan.
"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).apa nak jawab?
sekian.
-mfr5071-