keep update with us on facebook!

Saturday, November 7, 2009

Menjelang Liga IB musim 1

Banting,KMB - Menjelang liga IB yang akan berlangsung pada awal Disember nanti kelihatan pasukan Faiz masih berusaha mencari rentak. Sebagai pasukan yang masih baru dalam kancah liga IB ini sememangnya menuntut kesungguhan yang amat tinggi jika ingin memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain.

Liga IB yang akan berlangsung selama empat musim mempunyai enam pasukan yang ternyata sangat berpengalaman seperti Math HL, Chemistry HL,Physics HL,English HL,Malay SL dan Business SL. Semua pasukan yang berada dalam liga IB ini menjanjikan saingan sengit sepanjang empat musim bagi merebut tempat dalam liga antarabangsa yang lebih berprestij.

Berdasarkan keputusan perlawanan persahabatan yang lalu,ternyata pasukan faiz bukan tandingan pasukan-pasukan lain. Pasukan faiz telah dibelasah teruk oleh pasukan Math HL dan Physics HL jelas menggambarkan status pasukan faiz sekarang ini.

"Berdasarkan keputusan perlawanan persahabatan yang lalu,kami tidak menaruh harapan yang tinggi pada musim ini tapi itu tak bermakna kami tidak akan memberi saingan" kata faiz yang ditemui di bilik c239 sebentar tadi.

Kelihatan pasukan faiz sedang giat menjalani latihan dalam usaha mencari keserasian pemain-pemain baru dan lama. Kali ini pasukan faiz bakal dibarisi Takae GDC yang baru dibeli dengan yuran perpindahan yang mencecah hampir rm500. Selebihnya pasukan faiz kekal dengan muka-muka lama seperti pakar "drag flick" Thomas Kilometrico dan Sohail Pilot.

"Kami berharap kehadiran Takae GDC dalam pasukan dapat memberi impak positif sepanjang perlawanan nanti" ujar Sohail Pilot.

Mengulas kondisi 'turf' latihan dan turf kejohanan,faiz berkata keadaannya agak berbeza semasa liga SPM yang lalu. Turf latihan disini mempunyai banyak gangguan luar seperti aktiviti sampingan yang banyak yang kadangkala mengganggu kosentrasi pemain. Turf kejohanan pula agak sejuk namun para pemain tampak tidak menghadapi sebarang masalah dengan keadaan ini.

"Kami akan turun sebagai pasukan 'underdog' dan insyaAllah kami akan tampil bersama strategi ampuh bagi merobek kubu lawan" ulas faiz lagi.

Liga IB musim 1 ini akan bermula pada 3 Disember 2009 dan pastinya penampilan pertama pasukan faiz amat dinantikan.

sumber: mfr5071

2 comments:

atifgazali@gmail.com said...

uahh..
liga ini penuh dengan warna hitam putihnya..
cuba lawan sungguh..
bagi mng 35-0.

farhanN said...

all da bez....