keep update with us on facebook!

Friday, September 25, 2009

semua dalam satu

memang menjadi hobi ini untuk ber'jaulah' ke mana sahaja yang termampu. Ku gagahkan kaki ini untuk menapak ke sebuah tempat nan indah lagi permai. Mungkin udara tak sesegar desa yang dikelilingi flora menghijau,tapi teriknya mentari sudah cukup untuk menaut hati ini dengan persekitarannya. Secara fizikalnya tempat ini sedang galak menikmati arus urbanisasi. Yang separuh kini sudah penuh, yang "lopek" kini sudah canggih dan yang tiada kini sudah ada. Aku tersenyum kadangkala jeles pon ada.

langkah kaki ini menjadi semakin bersemangat. Beramah mesra dan diselangi dengan gelak tawa sedikit menghilangkan letih perjalanan sebentar tadi. Pelbagai cerita dikongsi dan beberapa respon diteliti untuk diselami dan diubati.

setelah menunaikan kewajipan diri ini bersandar di suatu sudut. "sukar..." hanya itu yang terpacul dari mulut ini sewaktu bermonolog sendirian.

Namun aku bingkas bangun meneruskan hariku. Orang bertanya kita menjawab dan bercerita. Benar, erti hidup pada memberi. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya. Mataku tertancap pada sesuatu yang kiranya sejuk mata memandang. Hati ini terdetik untuk berdoa moga ianya berkekalan. Bukankah setiap yang berlaku itu hanya dengan kehendak Allah. Aku terus berbicara dengan orang disekelilingku. Bicara hati ke hati ini diharapkan akan terkesan dan memberi impak yang maksima. Walaupun kadangkala hati ini seolah dihinjak dek berita yang tak disangka. "astaghfirullah..." hanya itu yang mampu diucap.

Sejam. Mungkin lama bagi adik-adik yang sedang menanti waktu berbuka. Namun tempoh itu hanya sekejap bagi dua insan yang sedang asyik berkongsi cerita suka dan duka. Inilah kisah dua sahabat yang seusia dan berkongsi cita-cita.

Malamku di situ ku isi dengan pelbagai perkara. Tapi halnya tetap sama, 'bercerita dan berkongsi segala ilmu yang ada'. Namun diri ini terpesona dek petah bicara yang penuh bertenaga walapun bicara itu tak semua boleh diterima. Ciptaan Allah itu amat sempurna cuma diri ini berdoa agar ianya tidak disalah guna. Tidak dicampur haq dan batilnya. Moga Allah memberi hidayah itu terjun ke medan dakwah dalam usaha menegakkan syiar-Nya.

Masa untuk berangkat pulang beransur tiba. Entah bila pula dapat kembali semula ke bumi berjasa ini. Namun perjuangan perlu diteruskan. Inginku simpulkan beberapa perkara sepanjang hariku disini. Bayu sekular yang semakin kencang disini perlu dicari penawarnya segera. Perjelaskanlah matlamat hidup masing-masing dan kikislah budaya-budaya yang merosakkan sahsiah itu.

~Bingkisan seorang perantau...

-mfr5071-

1 comment:

green said...

entry ni penuh makna..
dah lama tak baca post begini..

semalam aku berbicara tentang 'hak dan batil' dgn seorang kawan..

dan entry ini mengingatkan aku pad die..
die juga musafir..
perantau seperti kamu..